Perbualan Pengguna:PM Poon/30 April 2006
From Wikipedia
Hai PM Poon, Anda boleh membuka laman sendiri dengan mendaftar di mana-mana laman web percuma (sila rujuk terms and conditionnya dahulu.) Di bawah undang-undang hakcipta Malaysia, hakcipta terletak pada penulis asal. Ataupun saudara boleh mendaftar laman berbayar. Masaalahnya paparajah, perlu anda buat sendiri. Aturcara WIKI boleh di pindah terima, tetapi lesen penggunaannya masih GDLF.
Berkenaan penjualan, wangnya tidak sampai pada Jack Cranfield, tetapi digunakan oleh Yayasan Wikipedia, entiti terpisah dari Jack Cranfield. Anda boleh periksa lebih lanjut di Wikipedia Inggeris. Saya pernah bacanya dahulu, tetapi tidak ingat URLnya. Selamat maju jaya. Yosri 00:41, 28 Mac 2006 (UTC)
Hai,
- Rujuk http://cvs.sourceforge.net/viewcvs.py/wikipedia/phase3/README?rev=HEAD&content-type=text/vnd.viewcvs-markup
- Tetapi kalau anda pakai di PC anda sendiri, tak perlu ikutlah.
- Yayasan Wikipedia entiti berpisah dengan pengarah dan lembaga tersendiri. Kalau bengkok, pengarah dan lembaga yang bengkok, bukannya orang tu. Kalau anda jadi pengarah Wiki Bahasa Melayu, tak bengkok kut.
- Bagaimanapun, akan tiba satu masa, anda perlu percayakan seseorang mentakbir pembiayaan Wikipedia. Yosri 05:51, 28 Mac 2006 (UTC)
[Sunting] Jawapan
Saya tidak tahu apakah kaitan perkara peribadi saya di en:Wikipedia dengan anda, kecuali orang yang suka jaga tepi kain orang.
- Kalau semua orang boleh nampak, ia tidak peribadi.
Adakah teknologi untuk OrphanBot merupakan suatu teknologi yang baru ditemui pada November 30?
- Ia dicipta oleh seorang sukarelawan, en:User:Carnildo. Sememangnya ada idea untuk bot bagi masa yang lama, tapi tiada orang minat nak program bot sehingga Carnildo.
Jika mengikut petikan anda, gambar surat khabar memang tidak dibenarkan, bukannya tidak digalakkan.
- Di Wikipedia BI, bukan di Wikipedia BM. Polisi mereka bukan semestinya polisi kita. Selain itu, gambar surat khabar tidak dibenarkan kecuali jika gambar-gambar tersebut adalah topik yang dibincang dalam artikel (en:WP:FU memberi contoh kontroversi Jyllands-posten). Bukan semua imej daripada sumber media dilarang.
Kan saya telah mengatakan saya tidak hendak menyumbang lagi? Mengapa anda masih sibuk-sibuk. Apakah niat anda yang sebenarnya?
- Saya ingat awak ingin mendebatkan isu-isu ini dengan saya, kerana awak masih hangat membuat komen baru di laman perbualan saya.
Saya juga berpendapat bahawa jika sampai satu tahap, Wikipedia tidak menerima sumbangan yang mencukupi, ia juga harus berbuat demikian... asalkan jangan jual karya yang disumbang tanpa bayaran secara langsung.
- Jadi kalau hendak menerbit salinan DVD Wikipedia, kita perlu pergi minta derma atau letak iklan di laman Wikipedia daripada meminta bayaran untuk kos membuat DVD sahaja?
Sila periksakan kebenaran kenyataan ini. Anda boleh merujuk kepada halaman-halaman Wikipedia:Kedai Kopi yang telah diarkibkan.
- Inilah sudah dibincang di perbincangan emel di mailing list untuk Wikipedia BI, Yayasan Wikimedia, dan sebagainya. Jika Yosri (atau mana-mana orang lain) kata Yayasan Wikimedia akan cari untung melalui penjualan salinan keras Wikipedia, saya rasa itu tidak tepat. Harga salinan keras patut hanyalah kos membuat salinan keras tersebut. Saya sudah berkata di Kedai Kopi bahawa saya rasa Yosri salah -- tak logik jual salinan keras Wikipedia untuk mencari wang.
Tahukah anda tentang taktik fine print yang sering dipergunakan untuk menipu orang? Kalau mereka tidak ada niat, ataupun sesuatu perkara itu amat bermanfaat kepada mereka, mereka akan MEMASTIKAN bahawa kenyataan itu tidak akan terlepas perhatian pembacanya.
- Dijual tanpa pampasan? Mana boleh ada pampasan kalau harga karya yang dijual ditetapkan pada kos membuat salinan keras karya tersebut? Selain itu, "disebarkan secara bebas" bermakna apa yang ia kata -- karya yang disumbang akan disebarkan secara bebas kepada sesiapa yang mahunya. Para penyumbang tidak patut terkejut -- lesen GFDL bukan begitu gila-gila panjang dan membuatnya jelas bahawa sesiapa sahaja -- termasuk organisasi komersial -- boleh menerbit semula karya yang disumbang di bawah GFDL dalam apa-apa cara mereka suka. Falsafah GFDL dan lesen-lesen "copyleft" yang lain kerap diringkaskan sebagai "Free as in speech, not free as in beer". Dan ini bukan "fine print" -- semua penyumbang tahu penyumbangan mereka dilesen di bawah GFDL. Pautan kepada salinan GFDL diberi. Kalau tiada orang baca, bukan salah Wikipedia.
(Untuk memastikannya, sila lihat hati sendiri dan tanyakan hati anda: "Apakah niat saya yang sebenarnya?")
- Saya tiada niat. Saya hanya merupakan seorang dengan terlalu banyak masa bebas dan tiada bentuk lebih berfaedah untuk menghabiskan masa itu. Di internet, amat biasa hangat berdebat mengenai apa-apa isu, tak apa kalau debat itu tiada berfaedah.
Apakah tujuan anda sewaktu anda mengatakan mereka "tiada masalah"? Adakah anda cuba mengatakan bahawa jika saya mempunyai masalah, saya telah bersalah? Untuk makluman anda, "mereka tiada masalah" tidak semestinya bermakna saya juga tidak bermasalah.
- Saya minta maaf, makna saya ialah mereka tiada masalah dengan orang jadi tamak cari untung, walaupun mereka sama-sama menghasilkan salinan Wikipedia Jerman dengan syarikat swasta yang mengutip untung.
Perkara saya langsung tidak kena mengena dengan anda, khususnya kerana anda cuma merupakan seorang pengguna biasa yang agak baru di sini.
- Dalam sebuah projek yang bergantung pada penyumbang sukarelawan, perkara ini mustahak didebatkan kerana perlu mengelakkan kurang persefahaman mengenai penghasilan salinan keras Wikipedia. Nanti akan datang pengguna-pengguna lain yang mungkin salah faham hal pencetakan Wikipedia kalau pernyataan yang salah/kurang tepat tidak dibetulkan.
Saya tidak akan membuang masa menjawab anda lagi.
- Baik, kita bersetuju -- debat ini habis. Johnleemk 06:20, 28 Mac 2006 (UTC)
[Sunting] Alih
Akan tiba satu masa anda perlu percayakan seseorang untuk terus maju. Saya terpaksa percayaan pengguna yang saya lantik sebagai sysop tidak akan menjahanamkan hasil kerja saya selama bertahun lamanya. Sekiranya tidak, no risk no gain. Yosri 11:56, 28 Mac 2006 (UTC)
[Sunting] Pentakbiran yayasan
Kalau macam itu, saya kurang faham kenapa ada masaalah. Sekiranya Wikipedia Melayu membentuk yayasan, kemungkinannya anda akan menjadi salah seorang pentakbir. Anda akan terbabit dan mengawal dalam pengurusan (bersama ahli lembaga lain). Saya percayakan anda, tetapi mesti ada pemantaunya... Hee.. heee.... Yosri 00:23, 29 Mac 2006 (UTC)
(PETUA: Bagi maksud "pengasas portal", saya merujuk kepada orang yang memulakan portal itu, dan bukannya orang yang memulakan cabangnya. Dengan kata yang lain, anda bukannya "pengasas portal" tetapi pengasas cabangnya. Terdapatnya banyak perbezaan kerana dalam istilah itu, pengasas cabang portal merupakan pengguna. Sila fikir dengan lebih mendalam, hehehe.) — PM Poon
???
- Lesen GDLF tidak memberi kelebihan kepada pengasas Portal. Wikipedia adalah entiti berlainan. Lesen GDLF dicipta oleh badan bebas ('entiti') yang lain. Sekali dibebaskan di bawah GDLF, tidak boleh undur lagi. Dengan itu tiada perbezaan dari segi perundangan, hanya dari segi istilah. Lihat http://www.gnu.org/philosophy/
- Saya tidak rasa penutur bahasa lain akan menghasilkan bahan cetak bahasa lain. Takkan kita nak cetak rencana Hebrew. Dengan itu, kemungkinan bahan bahasa melayu dikeluarkan oleh pihak bukan penutur Melayu agak tipis. Yosri 10:28, 29 Mac 2006 (UTC)
Lihat lesen http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Copyrights
- The license Wikipedia uses grants free access to our content in the same sense as free software is licensed freely. This principle is known as copyleft. That is to say, Wikipedia content can be copied, modified, and redistributed so long as the new version grants the same freedoms to others and acknowledges the authors of the Wikipedia article used (a direct link back to the article satisfies our author credit requirement). Wikipedia articles therefore will remain free forever and can be used by anybody subject to certain restrictions, most of which serve to ensure that freedom.
Jikalau ada sesiapa menerbitkan rencana Wikipedia; terbitan mereka yang telah di typeset, diperiksa ejaan, diperiksa kosa-kata, diperiksa nahunya. Terbitan ini boleh digunakan semula oleh Wikipedia untuk diterbitkan secara bebas dalam Internet. Bukankah ini win-win senario.
Berbalik kepada kata anda bahawa anda sedang menyalin kandungan, anda boleh memindah turun keseluruhan kandungan Wikipedia Bahasa Melayu. Ada pautannya, tetapi saya tidak ingat di mana letaknya.
Selamat memuat turun................ Yosri 10:35, 29 Mac 2006 (UTC)
[Sunting] Selamat kembali
Hai PM Poon, Selamat kembali. Saya telah mengutarakan pembatalan SYSOP anda di meta. Harap sempat. Yosri 10:14, 30 Mac 2006 (UTC)
- PM Poon ingin kembali? Ibarat sirih pulang ke gagang. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.... Hehehe. Sesuai ke guna peribahasa ni? Rindu la PM Poon.... — Polar 11:18, 30 Mac 2006 (UTC)
- Anda sudah kembali? Wah ini berita baik, selamat kembali ke Wikipedia Bahasa Melayu. Hidup PM Poon. — Master2841 08:49, 1 April 2006 (UTC)
[Sunting] Nama
Jasmin - (Bunga wangi) boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan. Atau Khalaf - Anak yang baik. Wisam- Pingat. Baqir - Pembelah. Budair-Pantas. Dhia-Cahaya. Yosri 11:12, 30 Mac 2006 (UTC)
- Nak nama untuk laki dan perempuan ke? Tak silap saya nama ni byk guna bagi lagi dan perempuan. (saya pernah kenal orang yang punya nama ini pun. Laki2 dan juga perempuan)
- Fairuz - Sejenis batu permata berwarna hijau kebiru-biruan (turquoise).
- Fitri - semula jadi/lumrah
- Amal - perbuatan/cita-cita/harapan
- Anas - Mesra/cinta/kasih
- Faris - Yang berilmu/ahli penunggang kuda
- Zarif - Periang/berjenaka
- Walaupun nama ni ada berbaur arab, ianya tetap manis didengar. Hehe. Boleh juga guna nama Kasturi (sejenis buah limau yang wangi), Setanggi (sejenis haruman seperti kemenyan), Mega (yang hebat) dan beberapa nama melayu lain yang kebanyakannya perkataan yang kita guna mahupun perkataan lama sama ada dari Sanskrit atau lain2 campuran bahasa. — Polar 11:38, 30 Mac 2006 (UTC)
-
- Hai PM Poon,
- Sebenarnya saya tidak mempunyai masaalah sekiranya anda hendak menukar nama, "A rose by any name is still a rose." Tetapi pendapat peribadi saya, nama yang diberikan oleh ibu bapa kita adalah terbaik, kerana mereka telah berfikir beberapa bulan (9 bulan?) untuk mendapatkannya. Kenapa kita mesti malu menggunakannnya. Adakah kita malu dengan nama yang diberikan oleh keluarga kita sehingga kita perlu mencipta nama baru/lain? Walau apapun, selamat maju jaya....
-
- Berkenaan Jimmy Wales pula, saya rasa tidak salah dia membuat syarat seperti itu. Setelah membelanjakan beribu dollar, pastinya dia ingin mengekalkan kepentingannya di situ. Tetapi walau apa pun, dia tidak dapat menukar lesen Wikipedia, kecuali dia hendak berhadapan dengan pemberontakan Wikiland... Tidak kisahlah, kucing hitam ke kucing putih. Asalkan kucing GDLF dah.. Walau apapun, selamat maju jaya.... Yosri 00:06, 4 April 2006 (UTC)
[Sunting] Emrrans
Minta maaf saya tidak dapat menghubungi Emrrans. Walau bagaimanapun, tadi semasa siang hari, saya lihat dia ada menulis sedikit. Cuba lihat laman perbualannya. — Master2841 18:03, 31 Mac 2006 (UTC)
[Sunting] Hmm... tentang saya
Hai PM Poon, tentang saya. Hmm.... susahlah nak kata. Sebab saya berasa amat terkejut apabila anda mengatakan, bahawa anda telah baca suratkhabar mengenai Jimmy Wales dimana dia adalah pemilik tapak web lucah (porn site operator). Saya memang suka wikipedia sejak saya memasukinya di sekitar 2005-2006. Saya akan pulang jika masa saya adalah sesuai. Saya juga berharap agar anda juga pulang ke wikipedia ini kerana anda mempunyai hati yang sangat baik. Emrrans 11:06, 1 April 2006 (UTC)
[Sunting] Tentang ejaan link "lihat sumber"
Hai PM Poon, saya akan kembali nanti ke Wikipedia apabila masa adalah sesuai. Hehe, tentang ejaan link "lihat sumber", boleh tak anda tukarkan ejaan linknya dari "lihat sumber" kepada "tengok sumber" atau "usha sumber". "Usha sumber" lagi sesuai kan. Hehehe, ala ni cuma lawak kecil je. Tak payah tukar ejaan link "lihat sumber". — Emrrans 12:00, 1 April 2006 (UTC)
[Sunting] Selamat Maju Jaya
Hai PM Poon, Awak ini terlalu sensitiflah. Selamat maju jaya itu bermaksud Semoga anda berjaya dalam semua bidang yang anda lakukan/ceburi. Takkan anda tak nak berjaya kot?
Berkenaan fail antara muka, jika anda sudah menyaipkannya, sememanglah bagus jika dipindah hantar. Tetapi, saya juga kurang faham masaalah teknikal. Mungkin anda boleh rujuk di Meta Wiki. Yosri 03:37, 4 April 2006 (UTC)
[Sunting] Tentang laman pengguna anda
Hai PM Poon, barangkali anda masih berada dalam Wikipedia Melayu ini. Adakah anda tidak mahu meletakkan semula profail anda ke laman pengguna anda, PM Poon? Ini menunjukkan anda belum ada tanda untuk keluar ke Wikipedia. Satu lagi adalah anda masih seorang penyelia (lihat wikipedia:penyelia), tetapi ia menunjukkan bahawa anda telah meletak jawatan. Bolehkah anda aktif sepenuhnya? Walaupun begitu saya tidak boleh memaksa anda kerana anda mempunyai pilihan, betul tak? Hehe. — Emrrans 06:48, 4 April 2006 (UTC) Perbualan
[Sunting] Hai PM Poon
- Saya tidak mendewakannya, cuma menyatakan, sebagai pengasas (tidak kira sengaja atau tidak) dan pelupur (dengan mendermakan masa komputer), dia pastinya tidak mahu pengaruhnya hilang sebegitu sahaja. Walaupun saya tidak bersetuju dengan langkahnya, agak logik dia meletakkan syarat sedemikian, kalau tidak jadi macam Steve Job, kena singkir daripada syarikat sendiri. Tsk.. tsk.. tas... sedihnya.
- Saya Yosri menyebarkan pengetahuan
- kepada sahabat, rakan dan taulan
- Saya lakukan dengan tidak jemu
- siang dan malam menyebar ilmu
- menyebar ilmu tidak berkira
- semua bidang dan juga perkara
- saya khabarkan semua cerita dan berita
- ikhlas dihati semata-mata
- agar hilang fikiran dangkal
- hapus segala otak yang bebal
- tidak perlukan pujian atau gelaran
- menulispun tanpa bayaran
- kos internet tanggung sendiri
- agar bahasa Melayu kekal berseri...... Yosri 00:42, 5 April 2006 (UTC)
- Hai PM Poon,
- Siapa pula menghalang PM Poon mendaftar Wikia, Inc Melayu untuk membuat iklan. Apa yang dilakukan oleh Jimmy, bebas dilakukan oleh semua orang. PM Poon pun boleh jual kandungan Wiki Jawa. Kalau fahamlah... Hee... Hee... Itu lah yang benar-benar dikatakan bebas.
- Wikipedia tidak sepatutnya mengiklan kerana ia didaftarkan sebagai persatuan bukan laba. Tetapi ia boleh mendaftar syarikat laba yang lain bagi menjual kandungannya. (Haraf anda tak pening... Hee... Heee....)
- Mungkin Jimmy nak menguasai Wikipedia kerana tidak mahu Wikipedia ditukar menjadi syarikat laba. Kena fikir baik kecuali sudah terang putar belitnya.
- Saya tidak sebaik hati seperti anda sangka. Teks dilesen di bawah GDLF kerana dah terpaksa. Tetapi gambar saya semuanya non-commercial, kecuali 3 di common.
- Tuhan akan balas kita atas niat kita, kerana kita tidak boleh tipu. Mahkamah balas berasaskan bukti fizikal. Errr... Saya harap anda tak cari saya sebab nak makan free. Bahaya nii....... Yosri 05:13, 5 April 2006 (UTC)
[Sunting] Senarai Rencana Semua Bahasa Perlu Ada
Hehehe. Bukan anda seorang saja yang mencuri tengok perbualan pengguna lain kerana portal ini kita melakukan kerja secara bersama-sama dan bukannya persendirian ataupun secara sulit. Terima kasih kerana menawarkan kerja kepada saya dan saya amatlah sudi membantu. Mungkin anda telah tersedia maklum ataupun belum, saya kini kurang melibatkan diri dalam menambahbaikkan rencana sehingga bulan 5 kerana peperiksaan saya. Maka, saya cadangkan kita bergotong-royong mulai bulan depan. (Kalau anda mahu mulakannya dengan segera, tiada halangan bagi saya melainkan saya tak dapat bersama... Huhuhu T_T).
Berkenaan Senarai Rencana Semua Bahasa Perlu Ada tu, saya mungkin akan memilih Alexander Agung, ataupun Seribu satu malam kerana saya agak mengetahui sedikit sebanyak fakta tentangnya. Tapi oleh kerana anda ingin saya menilai bahasa anda, terus terang saya katakan bahasa anda mempunyai peningkatan jika hendak dibandingkan dengan kali pertama saya mula bergiat aktif dahulu. Mungkin terdapat sedikit kesilapan tatabahasa tapi jika anda mahu saya membetulkannya, saya sedia membantu yang mungkin akan membantu anda meningkatkan kebolehan anda dalam menguasai penulisan bahasa Melayu dengan betul (tetapi seperti yang anda katakan, berkenaan istilah, saya tak hirau sangat kerana panduan anda adalah DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka). Hehehe. Jangan pula terasa di hati. Saya hendak membantu anda dan pada masa yang sama membantu meningkatkan mutu wikipedia juga. Harap bersama-samalah kita bekerja dan saling menegur. Kalau saya tersilap, tegurlah saya juga. Itulah sikap mulia dan jangan lupa, "Budi Bahasa Budaya Kita". Hehehe. Saya hendak ke kelas dulu. Minta izin. — Polar 02:47, 5 April 2006 (UTC)
[Sunting] Alexander Agung
Saya berpendapat bahagian "Perkahwinan-perkahwinan Alexander dan keseksualan" haruslah ditulis tetapi bagi bahagaian "Alexander dalam media popular" saya rasa tidak perlu. Saya rasa kehidupan seksual Alexander perlulah ditulis supaya pembaca dapat mengetahui bagaimanakah kehidupan peribadi panglima perang ini diluar medan peperangan (malah ada pendapat mengatakan Alexander ini homoseksual). Saya rasa semua itu perlu dikupas dan saya akan tulis mengenainya. Salah satu bahagian yang saya rasa perlu kita tulis ialah sama ada Alexander Agung ini ialah Iskandar Zulkarnain yang terdapat di dalam Al Quran kerana dalam beberapa tahun sebelum ini beberapa pengkaji-pengkaji sejarah mengatakan yang Alexander dan Zulkarnain ialah dua individu berbeza. Saya kini tengah mengumpul maklumat tentang perkara itu. Satu lagi, bahagian "Perkahwinan-perkahwinan Alexander" ini kita tidak perlulah tulis dengan lengkap cuma ringkas dan padat. — Master2841 00:22, 6 April 2006 (UTC)
- Berkenaan beza antara Alexander Agung dan Iskandar Zulkarnain, pakar sejarah Islam telah mengesahkan mereka mempunyai perbezaan setelah membandingkan sejarah Alexander dan Iskandar. Jika tiada yang membuatnya, saya akan membuatnya kelak. — Polar 02:48, 6 April 2006 (UTC)
- P/S- Saya telah membetulkan sedikit bahasanya. Mungkin anda boleh lihat. Tapi saya tidak lakukannya secara menyeluruh sangat kerana perterjemahannya agak bagus. Cuma seperti yang saya pernah baca (curi tengok agaknya), anda keliru akan penggunaan "ikan" (imbuhan akhiran -i dan -kan bagi sesuatu kata kerja). Kalau ada masa, mungkin saya akan terangkannya. Oh ya. Jangan lupa. "Tempoh" adalah untuk selang masa manakala tempuh adalah seperti mengharungi sesuatu seperti menempuh halangan. Saya rasa awak mungkin terkeliru perkataan yang hampir-hampir sama sepertimana Yosri sering menggunakan perkataan "pentakbiran" berbanding "pentadbiran". — Polar 03:17, 6 April 2006 (UTC)
[Sunting] Jika anda keluar dari Wikipedia
Hai PM Poon, jika anda hendak keluar dari Wikipedia pada bila-bila masa, anda boleh mengalihkan nama pengguna anda kepada nama lain. Saya mengetahui perkara ini dari pengguna Wikipedia Inggeris yang bernama Khoikhoi yang dahulu nama penggunanya ialah Hottentot. Namanya yang dahulu iaitu "Hottentot" ditukar hasil dari alihan nama penggunanya. Anda boleh melakukannya. Contohnya, menukar nama pengguna saya dari "Emrrans" kepada "Curran" dengan menekan butang alih pada laman pengguna. Anda boleh lakukan perkara ini jika anda mahu, atau jika anda menggantikan tempat laman pengguna anda kepada orang lain jika ada. Bolehkah anda mengajar orang lain yang hendak menggantikan nama pengguna anda tentang perkara ini "in case" jika ada? — Emrrans 17:12, 6 April 2006 (UTC)
[Sunting] Hai
Hai PM Poon, meskipun rasa penat kerja kat Wikipedia nie. Saya sanggup berkorban untuk Wikipedia Melayu dan negara. Ceh, negara tak masuklah, cuma Wikipedia je. "By the way" bak kata orang Melayu "bagai aur dengan tebing". Itulah kata untuk saya berkhidmat untuk Wikipedia Melayu. Saya ada satu lagi kata perangsang untuk saya untuk Wikipedia Melayu, iaitu melalui lirik lagu Inggeris yakni dari artis yang bernama "Robbie Williams" hasil petikan dari internet iaitu Lirik Better Man:
- Send someone to love me
- I need to rest in arms
- Keep me safe from harm
- In pouring rain
- Give me endless summer
- Lord I fear the cold
- Feel I'm getting old
- Before my time
- As my soul heals the shame
- I will grow through this pain
- Lord I'm doing all I can
- To be a better man
- Go easy on my conscience
- 'Cause it's not my fault
- I know I've been told
- To take the blame
- Rest assured my angels
- Will catch my tears
- Walk me out of here
- I'm in pain
- As my soul heals the shame
- I will grow through this pain
- Lord I'm doing all I can
- To be a better man
- Once you've found that lover
- You're homeward bound
- Love is all around
- Love is all around
- I know some have fallen
- On stony ground
- But Love is all around
- Send someone to love me
- I need to rest in arms
- Keep me safe from harm
- In pouring rain
- Give me endless summer
- Lord I fear the cold
- Feel I'm getting old
- Before my time
- As my soul heals the shame
- I will grow through this pain
- Lord I'm doin' all I can
- To be a better man
Dari: Emrrans 18:03, 6 April 2006 (UTC)
P/S: Sepandai-pandai tupai melompat, lagi pandai biawak main snooker. LOL.
[Sunting] Rangka Rencana Dao De Jing
Untuk menulis sebuah rencana mengenai sesuatu teks, adalah jauh lebih senang daripada menulis sebuah rencana mengenai sesuautu aliran pemikiran.
Jadi adalah lebih senang untuk kita menulis tentang Dao De Jing daripada menulis taoisme sendiri.
Rangka mengenai rencana Dao De Jing adalah seperti berikut:
1.Pengenalan kepada Dao De Jing 2.Isi-isi penting Dao De Jing 3.Pengaruh Dao De Jing(Kepada masyarakat/sejarah dsb)
Isi kandungan seperti sudah memadai untuk memanfaatkan orang umum. Kita tidak perlu membincangkan soal versi dao de jing secara ilmiah. Orang awam tidak perlu mengetahui beberapakah versi dao de jing yang ada di dunia.
Saya rasa bahagian 1 dan 2 adalah bahagian yang senang. Bahagian 1 kita boleh terus salin daripada en.wikipedia.org. Manakala bagi bahagian 2 pula, kita boleh cari sumber sekunder, ataupun kita buat kajian sendiri.
Saya akan bertanggungjawab bagi bahagian yang ketiga. Saya akan cuba mencari sumber-sumber sekunder mengenainya.(Teman Wanita saya berasal daripada jurusan pengajian cina.Ychmatematik 07:03, 7 April 2006 (UTC)
[Sunting] Rangka untuk Rumusan Dao De Jing
Hari itu saya telah meminjam buku teks daripada teman nita saya. Didapati isi kandungan dao de jing boleh dibahagi kepada 6 bahagian utama:
- Kosmologi
- Epistemologi
- methodologi(?? saya sendiri pun tak faham apa gerangannya)
- Etika(kemoralan)
- Politik
- ilmu askar(military sains)
bahagian rumusan adalah bahagian terpenting, kerana ia dapat memanfaatkan para pembaca. Saya harap rangka ini dapat memandu anda untuk membuat rumusan dengan lebih baik.Ychmatematik 04:05, 9 April 2006 (UTC)
[Sunting] Hmm... Maaf, tak sempat.
Hai PM Poon. Maaf. Saya sekarang ni amat sukar untuk melayari laman web kerana modem di rumah saya sudah rosak dan saya terpaksa untuk ke perpustakaan atau kafe berinternet untuk melayari internet. Maka, saya jarang masuk sekarang sehinggalah modem saya dapat diperbaiki dan terutama sehinggalah peperiksaan saya tamat. Hidup saya tak tentu arah sikit sekarang. Biasalah. Tengah pening-pening. Dah la ambil fizik. Berjela-jela rumus nak kena ingat dan terbitkan. Jika saya ada kelapangan, saya akan baca dan betulkan jika perlu. Awak mahu saya beritahu atau tidak setelah saya betulkan? Manalah tau awak mahu tengok-tengok yang mana telah dibetulkan supaya awak dapat belajar. Hehehe.
Oh, ya. Tentang Alexander Agung tu, boleh dikatakan dia masih belum mencapai semua hasratnya. Lagipun, dia tidak sempat menikmati sedikitpun hasil taklukan yang dijarah atas dasar ketamakannya untuk meluaskan empayar dan pengaruh Hellenistik memandangkan dia mati muda. Tambahan, saya tidaklah mendewakan dia kerana kerakusannya untuk menakluk dunia Meditteranean. Lagipun, apa guna saya mendewakan orang yang menganggap dirinya Tuhan. Dah tentu salah dari segi agama saya. Saya hanya minat akan sejarah dan bagaimana hidup dia mengubah banyak benda. Saya hanya terfikir, jika seseorang tokoh itu tak pernah wujud (jahat atau baik), dunia sekarang pasti tak sama. Tidak kisahlah sama ada seseorang itu membentuk dunia dengan pisau atau kata-kata, mereka telah mengubah dunia kepada dunia yang kita kenal kini.
Oh ya. Apakah itu "kesan Pareto" atau "Peraturan 80-20"? Hm... yang saya tahu, kalau 80-20 tu, ianya suatu yang tak adil memandangkan kita selalu dengar 50-50. Entahlah. Ada juga perkara yang saya tidak tahu. Tapi tak mengapa. Sekurang-kurangnya, kita boleh berkongsi bersama. — Polar 02:36, 10 April 2006 (UTC)
[Sunting] Rencana "Injil"
Saya telahpun menukarkan terjemahannya dari laman Kerajaan Arab Saudi ([1]). — Polar 04:28, 10 April 2006 (UTC)
[Sunting] Bidang saya pada masa sekarang
Hai PM Poon, bidang saya buat masa sekarang ni adalah bidang kelas lukisan (art class) yang telah saya memasukinya pada Februari lalu di National Art Gallery, saya belajar melukis dan jenis cat yang saya mewarnakannya adalah menggunakan cat minyak (oil paint). Saya belum lagi memohon untuk masuk kolej buat masa sekarang kerana saya telah ada bidang iaitu bidang kelas lukisan. Tapi ada orang orang nak mohon saya masuk kolej memalui telefon di rumah saya walaupun saya telah ada bidang. Kemungkinan saya masuk kolej nanti atau tukar ke bidang yang lebih sesuai untuk saya selepas bidang kelas lukisan saya tamat, hanya masa boleh menentukannya. — Emrrans 08:09, 10 April 2006 (UTC)
[Sunting] Pertanyaan anda
Hai PM Poon, saya nak tanya adakah anda minat mempelajari Islam? Kerana saya nampak anda peka terhadap ayat Al-Quran. Tidakkah anda terfikir untuk memasuki Islam? Lagi satu ialah adakah anda orang Cina dan boleh anda hantar wajah imej anda? Sebab saya dah hantar dah wajah imej saya jadi tak acilah kalau saya je yang tunjuk wajah imej saya, tapi orang lain tak tunjuk wajah imej mereka. Boleh anda memenuhi pertanyaan saya? Maaflah jika pertanyaan saya tidak menyenangkan kamu. — Emrrans 16:34, 10 April 2006 (UTC)
P/S: Satu lagi boleh tak awak letak nama anda di Yahoo messenger atau MSN massenger? Sebab nanti boleh saya chat ngan awak dan satu lagi kerana saya rasa seronok berdamping ngan awak.
[Sunting] Lihat ini
Hai PM Poon, mungkin anda patut lihat ini Perbualan:Lao Zi. — Master2841 19:48, 10 April 2006 (UTC)
[Sunting] Rencana "Republik"
Hi..PMPoon...saya gembira yang anda banyak menulis artikel...tetapi bagi rencana repblik, saya mencadangkan kepada anda supaya gabungkan sahaja kedua=dua artikel main...dengan sambutan...keranan entitinya satu iaitu karya republik.. che 11:35, 11 April 2006 (UTC)
[Sunting] Macamana nak tukar laman istimewa?
Hai PM Poon, saya hendak tanya, macamana nak tukar laman istimewa? Adakah kena dapat pangkat bureaucrat dulu baru boleh tukar laman istimewa? Macamana pangkat bureaucrat? Apakah tujuan bureaucrat? Jangan lupa reply. — Emrrans 15:36, 12 April 2006 (UTC)
P/S: Lagi satu apasal kebelakangan ni bila saya tengah sunting laman paparan yang belum disimpan adalah ke bawah? Dulu ke atas. Siapa yang tukar?
[Sunting] Akhirnya...
Rupanya masalah komputer saya adalah sambungan jaringan... (network connection). Sebab saya menggunakan Streamyx, maka, pihak TMnet menghadapi masalah teknikal sedikit kerana mereka sedang menaiktaraf semua talian. Nasib baik hari ini semuanya telah diperbaiki. Syukur.... (Tidak satu sen pun dikeluarkan melainkan duit telefon... Hehehe)
Oh ya... Kesan Pareto tu agak menarik kerana ianya suatu strategi yang timbal balik. Tak silap saya, saya memang pernah tahu tetapi saya dah lupa. Mungkin ketika saya sertai Unit Kaunseling dahulu. Tahu sajalah... Kaunseling mempunyai banyak perkara berkaitan dengan kaedah, kesan, implikasi, punca dsb.
Oh ya. Saya dahulu pun pernah tanya guru bahasa melayu saya tentang apa gunanya banyak dan ramai. Saya sangkakan ramai untuk manusia dan banyak untuk yang lain. Cikgu saya menerangkan
- Banyak adalah satu perkataan yang mewakili bilangan (kata bilangan) seperti penggunaan a lot, plenty, great number.
- "Banyak orang di sana".
- "Saya makan terlalu banyak sehingga sakit perut".
- "Kita menghasilkan banyak sampah setiap hari".
- Bagi ramai, saya difahamkan adalah bilangan yang dilebihkan untuk keadaan yang meriah atau seperti suatu sambutan besar-besaran. Sebab itu, dari perkataan ramai, kita mempunyai kata nama terbitan keramaian yang bermaksud perayaan, keraian atau kenduri besar-besaran. Perkataan ini sering digunakan untuk manusia kerana manusia lebih suka membuat perayaan berbanding binatang atau tumbuhan atau terutama sekali objek tidak bernyawa. Walau bagaimanapun, ianya masih boleh digunakan ke atas binatang jika keadaan sesuai.
Tapi untuk langkah keselamatan, gunakan banyak lebih selamat sebab ramai seolah-olah bersyarat yang pening untuk kita fikirkan. Terus terang saya katakan, tatabahasa bukan suatu yang mudah. Pakar tatabahasa seperti Pendeta Zaa'ba pun pasti pening. Hehehe. Esok kertas pertama saya. Nak menangis rasanya. T_T —Polar 04:11, 13 April 2006 (UTC)
[Sunting] Pokok Kenikir
Nampaknya Pokok Kenikir itu spesies sama, cuma nama tempatannya berbeza. Bolehlah disatukan. Yosri 04:21, 13 April 2006 (UTC)
[Sunting] Tak sibuk sebenarnya
Sebenarnya saya tak sibuk, cuma kakak saya ada kerja rumah universitinya yang banyak kena buat dan perlu menggunakan komputer. Jadi itulah sebab kenapa saya tak boleh kerap ke Wikipedia disebabkan kakak saya. Lagi satu, janganlah ingat saya tak aktif lagi. Cuma saya tak boleh guna sebab kakak saya dan termasuk kadangkala ayah atau emak atau abang saya.
Tentang paparan yang belum disimpan adalah ke bawah. Sebenarnya bukan suntingan konflik yang saya maksudkan, cuma apabila anda menyunting dan anda ingin melihat paparan suntingan, anda menekan butang paparkan, jadi ia akan paparkanlah hasil suntingan anda tempat sunting ke atas , dan hasil rencana suntingan ke bawah. Harap-harap anda faham maksud saya. Lagi satu sebenarnya Yosri dan Dekoelie adalah birokrat, bukan Aurora (lihat senarai pengguna, kemudian pergi ke group name dan tekan sysop). — Emrrans 08:30, 13 April 2006 (UTC)
P/S: Sebenarnya berkenaan Islam, saya memang Islam dan Melayu, dan menurut hukum Islam jika anda makan daging babi boleh tetapi dalam keadaan darurat sahajalah. Kalau anda belum tahu lagi hukum Islam takpe. Seperti contoh, jika anda tersesat dalam hutan dan anda tersangat lapar, dan disitu pula tiada makanan yang halal walaupun puas mencari makanan halal, dan lagi satu di hutan itu cuma binatang babi, anda boleh makan daging babi tu tapi jangan sampai kenyang. Sebenarnya ada satu lagi saya nak cakap, walaupun saya Islam tapi kalau nak tahu saya memang tak reti baca ayat jawi seumur hidup saya. Tu pun baru basic. Jadi anda kena tahu bahawa Islam adalah agama yang amat mudah. Jika anda mahu masuk Islam anda kena cari orang Islam yang mempunyai contoh tauladan yang baik. Saya tidak memaksa kamu tetapi belajarlah mengenai Islam secara perlahan-lahan, InsyaAllah anda akan masuk Islam. Kebaikan jika kamu masuk Islam adalah anda akan selamat di dunia dan di akhirat. Terpulang kepada anda sama ada mahu memasuki Islam atau tidak. Lagipun tiada paksaan dalam Islam. Maaflah jika saya terkasar ayat.
[Sunting] Teka-teki
Jangan kisah benda lepas, apa yang saya nak saya nak anda suka berdamping ngan saya. Ok, saya berikan satu teka-teki kepada anda, iaitu, "How long is a Chineseman?" — Emrrans 12:38, 13 April 2006 (UTC)
- pengguna yang membuat "terpaling" banyak kesilapan?
Apa maksud awak? Awak tidaklah melakukan banyak kesilapan memandangkan anda masih belajar. Ianya boleh dikira berpatutan. Lainlah saya, kalau buat silap, memang teruk. Lagipun, sesiapa juga akan berbuat silap. Tak perlu lagi diungkit jika kita telah menyedari kesilapan kita. Simpan sahaja dan perbaikinya.
Tentang ianya, saya akui yang perkataan itu adalah salah dari segi bahasa kerana pengandaan kata ganti nama (ketiga) dalam satu kata. ia dan nya membawa maksud yang sama. Walaupun salah dari segi bahasa tetapi tidak bagi bahasa rojak atau bahasa pasar. Hehe. Perkataan itu sangat popular. Terus terang saya katakan, banyak guru yang menegur tentang penggunaannya tetapi, manusia ni kadang-kala semakin ditegur, semakin menjadi-jadi silapnya.
Tentang askar anda yang berperang tu, kalau tak silap saya, penggunaannya betul. Terutamanya lari sebab jelas apabila mereka lari, mereka menunjukkan keriuhan. Tapi kalau kita hendak merujuk bilangan askar yang lari, kita boleh gunakan "Banyak askar Alexander 'yang tak guna' melarikan diri". Nak senang, sekali lagi saya yakinkan (untuk diri saya juga, takut tersilap) banyak untuk bilangan, ramai untuk keadaan.
Emm. Rasanya kita kena jemput guru bahasa atau pakar bahasa untuk menjadi orang kuat wiki dalam memeriksa rencana. Silap-silap, ada markah pula nanti. Ada yang dapat B, ada yang dapat B- dan macam-macam lagi. Kalau macam tu jadinya, tak tahu apa yang akan jadi dengan penggunanya. Mungkin ada yang lari. Hehehe. — Polar 07:14, 14 April 2006 (UTC)
[Sunting] Teka-teki anda yang dijawab oleh saya
- "Which comes first? Chicken or egg?"
- Chicken first.
— Emrrans 07:30, 14 April 2006 (UTC)
[Sunting] Kelakar
Kelakar saya baca cadangan anda tentang penambahan perbendaharaan kata untuk perkataan seperti ia (dan teh?). Tersenyum saya seorang di sini. Tapi betul, perkara itu logik sebenarnya kerana berapa kali kita nak ulang dan ulang untuk mewakilkan kata nama yang dimaksudkan. Terpaksalah ulang "Benda itu", "Benda tersebut", dll. Saya pernah terdengar di dalam kelas rasanya yang cikgu saya mengatakan ia boleh digunakan untuk benda tapi ada cikgu lain yang berkata sebaliknya. Bahasa melayu memang bahasa yang rumit agaknya kerana telah bahasa itu sendiri dirumitkan. Kita sibuk memasukkan perkataan baru yang dipinjamkan tetapi bagaimana yang yang asas. Berkenaan akronim, bahasa melayu mempunyai banyak kelebihan (atau kekurangan, saya tak tahu) kerana akronim bahasa melayu kadang kala boleh mengambil mana-mana huruf dalam perkataan yang ada. Malah, ada yang menggunakan akronim dari huruf jawi. Cuba lihat seperti:
- PETIR - Parti Tindakan Rakyat
- PERKIM - Pertubuhan Kebajikan Agama Islam
- BERNAMA - Berita Nasional Malaysia
Dan penggunaan akronim yang bermacam-macam lagi kalau anda pernah lihat di setiap IPTA terutamanya. Tak kurang juga yang gunakan akronim bahasa inggeris. Tetapi secara keseluruhannya, saya tak tahu nak beri komen macam mana kerana ianya bergantung kepada perekanya. Tapi berkenaan imbuhan, perkataan yang diletakkan imbuhan boleh membawa maksud yang lain dan selalunya menjadi kata nama kerana lazimnya kita akan menggunakan kata nama terbitan iaitu kata nama yang diterbitkan dari perkataan lain melalui pertambahan imbuhan. Dari kata kerja boleh menjadi kata nama dengan imbuhan per-, ke- dan -an sebagai contoh "pertahanan". Takkan kita guna "tahan" bagi ayat seperti "Barisan pertahanan askar Jepun semakin lemah" lalu menjadi "Barisan tahan askar Jepun semakin lemah". Maka, kita boleh katakan perkataan seperti itu adalah perkataan baru yang mempunyai kegunaannya dan maksud yang tersendiri. Begitu juga "persatuan" dan "satu" serta yang lain-lain.
Jika bahasa inggeris mendapatkan perkataan baru dengan mengubah dan menambah sedikit huruf, kita mendapatkan perkataan baru dengan menambah huruf. Seperti "defence", "defend", "defenceless" dan "defensible", dan banyak lagi yang membawa maksud yang berlainan tetapi jelas kita boleh lihat yang perkataan tersebut seolah-olah mempunyai kata dasarnya, bukan? Tapi yang untungnya, kalau perkataan-perkataan inggeris tersebut berubahpun, akronim yang sama boleh digunakan kerana awalan adalah sama berbanding perkataan melayu, penambahan huruf di depan dan belakang. Kasihan kata dasar tu, tersepit. Hehehe. Tiada bahasa yang betul-betul tulus sebenarnya. — Polar 13:14, 14 April 2006 (UTC)
[Sunting] Tentang General Theory of Relativity
Hai PM Poon, tentang General Theory of Relativity, saya rasa tiada siapa boleh menjawabnya. Apa-apa perkara ini hanya Tuhan (Allah) sahaja yang tahu [Waallawualam]. Saya cuma manusia biasa sahaja PM Poon, walau jika saya menjadi orang yang paling hebat sekalipun tetapi yang paling kuat sekali tetap Allah. — Emrrans (Perbualan) 17:34, 17 April 2006 (UTC)
P/S:PM Poon, sila beritahu pengguna atau penyelia di tempat Wikipedia ini bahawa saya menghadapi kesukaran memasuki Wikipedia ini. Ini bukan kerana saya ada hal lain tetapi internet atau komputer saya ada masalah, mungkin masalah internet atau komputer adalah sementara jadi jangan risau. Tolong beritahu pengguna atau penyelia lain di tempat Wikipedia ini tentang perkara ini. Terima kasih.[Sunting] Jacques Cartier
Hai PM Poon, memang Red Indian adalah yang lebih baik tetapi saya merasakan sebenarnya Red Indian ini banyak puak sebagai contoh...chinook dan iroquois...puak red indian yang berbeza di kanada.
che 02:43, 18 April 2006 (UTC)
[Sunting] Wikipedia:Senarai artikel semua bahasa perlu ada
Hai PM Poon. Baru melepasi 2 kertas yang pertama tadi. Kesan Pareto tu agak menjadi (mana taknya, soalannya mempunyai aneka pilihan jawapan).
Maaf mengganggu. Tumpang tanya. Masa dan tarikh di sebelah nama rencana di lama Wikipedia:Senarai artikel semua bahasa perlu ada itu menunjukkan apa? Saya dari tempoh hari tertanya-tanya tentang hal itu. — Polar 12:00, 18 April 2006 (UTC)
[Sunting] Adakah anda mahu jadi official press contact untuk Wikipedia Melayu?
Hai PM Poon, adakah anda mahu jadi official press contact untuk Wikipedia Melayu ini? Yosri pun telah merayu anda menjadi official press contact. Kata Yosri, anda lebih menonjol outspoken. Jika anda mahu, sila pergi ke Perbualan:Laman Utama. — Emrrans (Perbualan) 12:28, 18 April 2006 (UTC)
[Sunting] Tentang benda baru
Hai PM Poon, saya ada benda baru nak beritahu kepada anda. Iaitu Google Earth, jika anda ada program ini anda boleh lakukannya. Sila pergi ke Kuala Lumpur dahulu, lepas tu ke setiawangsa untuk melihat rumah yang saya duduki. Jika anda tidak dapat mencari rumah saya, anda pergi ke "LRT Sri Rampai Station" pastu pergi ke bawah sedikit (jangan ke bawah ke kanan atau kiri) dan lihat bumbung kelabu. Disitulah rumah saya.... — Emrrans 13:21, 18 April 2006 (UTC)
P/S:Anda ada tak akaun Gmail, akaun Yahoo Pool atau hotmail, jika ada nanti boleh saya bersama dengan anda untuk chat ngan main game. Lagi satu, anda tak mahu masuk Wikipedia Cina, Kantonis atau Hokkien? Lagipun anda boleh menyumbangkan rencana di sana sebab anda orang Cina.
- Wah, Saudara Emrrans sudah jauh ke hadapan. Hehehe. Tentang Google Earth, saya pernah cuba tapi tak pernah berjaya pun. Awak cubalah. Nanti awak berdua boleh ajar saya. Hihi. Emrrans tu memang rajin. Bagus betul. Banyak benda yang dia tahu. Emm. Saya pun tertanya adakah anda seaktif ini di wikipedia lain memandangkan anda bukan bangsa Melayu. Keazaman anda untuk memajukan wiki B.M. amat mengkagumkan saya. — Polar 13:32, 18 April 2006 (UTC)
[Sunting] Tentang Google Earth
Hai PM Poon, Google Earth adalah program program yang membolehkan kita melihat mana-mana tempat di muka bumi ini dengan menggunakan satelit. Cuba anda cari rumah saya iaitu bermula di Kuala Lumpur, lepas tu pergi ke Setiawangsa. — Emrrans (Perbualan) 14:53, 18 April 2006 (UTC)
P/S: Yahoo Pool adalah game internet di Yahoo dimana sesiapa saja boleh daftar masuk dan main. Jika anda pergi ke Yahoo Pool ajaklah saya main sekali. Lagi satu, macamana nak letak nama anda di Yahoo mail sebab saya ingin hantar mesej-mesej perbualan kepada anda?
[Sunting] Maksud petikan dari bahasa Fang
m'bolo, y'o num vah? Ma wok ki Fang. Ma kobe ki Fang. Wa dzon ah dzeh? A tar dzam!
Hai PM Poon, maksudnya dari petikan di atas ialah Hello, apa khabar? Saya tidak faham Fang. Saya tidak tutur Fang. Apa kamu kata? Keramat lembu!
Hehe.... itulah maksudnya.
— Emrrans 15:57, 18 April 2006 (UTC)
[Sunting] Big Bang
Hai PM Poon. Saya hanya nak bincang sedikit tentang istilah ini sebab saya tak mahu terus tukar perkataan yang awak gunakan memandangkan ianya masih belum menjadi satu kepastian. Tentang Big Bang, saya akui "Dentuman Besar" mungkin sesuai sebab Bang menunjukkan bunyinya amat kuat. Tetapi apa yang saya tahu, bahasa melayu menggunakan istilah "Letupan Besar". Saya pernah terlihat satu tajuk buku Stephen Hawking (A Brief History of Time) mempunyai terjemahan melayu dengan tajuk "Sejarah ringkas masa dari letupan besar ke lohong hitam" (penterjemah Abd. Khalik Hj. Sulaiman). Dan saya dapati, "Dentuman Besar" digunakan meluas di Indonesia berbanding Malaysia kerana kita menggunakan istilah Teori Letupan Besar di sekolah dan universiti (mengikut apa yang saya dah jumpa dan belajar). Lagipun, telah dikatakan letupan tersebut tidak mungkin dapat didengari kerana angkasa tiada udara dan bunyi tidak dapat dipindahkan. Maka, dentuman adalah perkataan tidak sesuai kerana dentuman lebih menunjukkan kepada bunyi letupan berbanding letupan itu sendiri - (seperti penggunaan guruh berdentum, kilat menyabung). Tapi, apa-apapun, kalau saya silap, tolong betulkan dan beritahu sumbernya sebab saya ambil jurusan fizik dan takut tersilap dengan pensyarahnya pula. — Polar 04:40, 19 April 2006 (UTC)
[Sunting] World Wide Web
Ermm.. berkenaan itu, walaupun saya belajar tentang penggunaannya, tetapi tidak maksudnya dalam B.M. Kami gunakan World Wide Web juga sebab tak temui lagi makna yang sesuai. Tentang Web, saya dah biasa dengar di RTM, mereka menggunakan istilah sesawang. (Saya setuju yang itu lebih-lebih lagi RTM stesen kerajaan dan memang mereka menitikberatkan bahasa).
'Laman Web' = 'Laman Sesawang'
Lagipun jaringan tak sesuai sebab jaringan lebih kepada "network". Apa kata kita cipta sendiri. hehehe.
'World Wide Web'(WWW) = 'Sesawang Sejagat'(SS)
Maaf kalau saya ganggu anda untuk keluar bertemu janji. Hehe. ;-) Polar 06:04, 19 April 2006 (UTC)
[Sunting] Hmm
Hai PM Poon, saya dah add contact nama anda kat yahoo mail saya. Nanti bila saya hantar apa-apa mesej kat anda bolehkah anda reply? — Emrrans 16:05, 19 April 2006 (UTC)
[Sunting] Belanja?
Tak perlulah belanja. Memang tanggungjawab bersama pengguna dalam wiki ni untuk bekerjasama dan bantu-membantu. Anda mahukan bantuan, saya akan cuba berikan yang terbaik jika saya mampu. Ituleh perkara terbaik dalam memastikan wiki bahasa ni turut maju. Bukan sekadar memajukan rencana dengan sendiri, tetapi kalau boleh, kita turut berkongsi. Tidaklah orang kata kita makan sorang... (Lagipun, perut saya dah besar. Tak perlu lagi isi. Hehehe. Baru lepas makan ni...)
Berkenaan pesanan tu, saya tak kisah jika anda mahu tangguhkan. Kepala saya memang dah pening. Subjek2 berat akan tiba berturut2 sehingga awal Mei nanti. Rumus, teori dan pelbagai lagi masih belum masuk kepala. Memang pening... Tangguh dulu ye. Hehehe.
Berkenaan teori relativiti dan Letupan Besar, saya masih belum tengok tapi ianya memang kegemaran saya dalam fizik (bidang astrofizik). Nanti saya yengok. Alamatnya, rencana anda akan turut menjadi rujukan saya buat 3 tahun akan datang hinggalah saya grad agaknya. — Polar 08:21, 20 April 2006 (UTC)
[Sunting] Millenium...
Oh ya. Dah lama saya tengik tapi baru sedar. Kenapa kita tak guna perkataan "alaf" berbanding "millenium"? bukankah kita dah biasa guna alaf lagi2 masa sambut thn 2000 dulu. Tapi kalau ada dalam Kamus Dewan, saya tak kisah. Cuma, saya biasa guna alaf.
Tentang "string theory", saya x belajar dlm bahasa melayu. Jadi, saya menggunakan istilah itu bulat2. Tak silap saya, ianya memang "teori tali" kerana ia menggunakan analogi tali untuk menerangkan tentang teori kuantum graviti. Rasanya lah. Kalau silap, nanti saya betulkan. — Polar 08:46, 20 April 2006 (UTC)
[Sunting] Fizik kuantum
T_T
Saya sangat teringin untuk membuatnya. Dari dulu lagi tapi, apakan daya... Seperti yang saya katakan tadi, (taip, bukan kata), saya bakal menghadapi subjek yg lebih berat awal minggu depan dan minggu seterusnya. Jadi, saya hendak mula menumpukan pelajaran buat masa ini. Jadi, mungkin saya dapat bantu lepas periksa (2 minggu lagi) tapi, masa itu, mungkin saya hanya tinggal baca rencana yang anda telah siap. T_T . Kadang-kala, dalam hati saya tertanya kenapalah anda lakukannya sekarang. Saya cemburu kerana tak dapat lakukan bersama-sama anda dan meluangkan masa dengan wiki ni seperti sebelum periksa. Huhu. Apa-apapun, terpulang kepada anda jika anda mahu menungg saya habis periksa (lambat lagi...) atau anda mahu menghabiskannya dahulu. Sikit-sikit untuk memeriksa, saya bolehlah lakukan buat masa ni. Itupun tak semua. Macam rencana "Johann Wolfgang von Goethe", saya banyak langkau kerana saya tak mahu lama-lama kerana risau lupa untuk ulang kaji. Maaf ya PM Poon. Saya tak kisah kalau anda nak buat semua. Anda telah memulakannya, mungkin anda berhak menghabiskannya. — Polar 09:05, 20 April 2006 (UTC)
[Sunting] Rencana Stephen Hawking
Sama-sama. Itulah tujuan wiki :) ...Aurora... 10:00, 20 April 2006 (UTC)
[Sunting] Sampai hati...
Sampai hati awak bagi saya tulang saja. Nasib baik saya agak suka ratah tulang. Hehehe. Tak mengapa. Awak nak buat, buat sajalah. Saya tak kisah.
Berkenaan rencana Mark Twain, saya akan periksa Selasa petang depan. (selepas habis 2 kertas yang memecahkan kepala. Sekurang-kurangnya, lepas 2 beban.)
Awak ada mengatakan "tahap dua", apa maksud anda? Anda mahu mengalami proses tukar bentuk? Hehe.
Oh ya. Awak tinggal di mana? Tempoh hari, saya membaca perbualan anda di halaman Perbincangan Emrrans yang mengatakan:
- Kini, saya masih menghidapi "slip disc", iaitu cedera tulang belakang, dan tidak dapat jalan jauh sangat. Cuma ada satu penyelesaian, iaitu pembedahan. Saya masih menangguhkan keputusan disebabkan kesan sampingannya. Bagaimanpun, jika saya sembuh, saya akan membuat satu perjalanan ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan anda. U nie macam kawan lama, hehehe.:
- (maaf emrrans kerana menggunakan laman perbincangan anda sesuka hati...).
Ayat itu seolah-olah anda tinggal jauh dari Kuala Lumpur. Anda menetap di mana? Maaf kalau saya selalu bertanya tentang hal peribadi. Kalau ianya terlalu peribadi, bolehlah hantar email kepada saya di polar_gryffindor@yahoo.com. (teruk betul saya ni) — Polar 10:18, 20 April 2006 (UTC)
[Sunting] Camaner nak jadi penyelia kat projek wikimedia?
Camaner nak jadi penyelia untuk projek wikimedia di atas? Memanglah saya nie bercita-cita tinggi tapi bercita-cita tinggi mengikut tempat! Jadi saya begitu mengambil berat mengenai projek wikimedia kita. Kesemua projek wikimedia ini perlu ditukarkan ke dalam bahasa Melayu dan juga perlu dikemaskinikannya. Setakat nie cum sebagian je adalah edisi bahasa Melayu. Tulah saya nak tukar projek wikimedia nie! EEeeee memang tak puas hati! — Emrrans 12:19, 20 April 2006 (UTC)
[Sunting] Terlupa sesuatu
Hai PM Poon, apakah nama pengguna anda di Wikipedia Inggeris? Saya nak tahu. Sebab nanti saya nak masuk dalam laman pengguna anda dalam Wikipedia Inggeris. Maaflah kalau saya buatkan anda pening. — Emrrans 12:23, 20 April 2006 (UTC)
[Sunting] Tentang sejarah teori letupan besar
Hai PM Poon, nampaknya anda selesai menyunting sejarah teori letupan besar. Malangnya gambar yang anda telah muatnaik tidak boleh dilihat oleh saya disebabkan "error". Saya ingin melihat gambar yang anda muatnaikkan itu. — Emrrans 01:59, 21 April 2006 (UTC)
[Sunting] Skrrrstt, kejap-kejap ada satu lagi mesej
Hai PM Poon, nampaknya kita ada satu lagi calon bakal penyelia, namanya che090572. Boleh tak anda beritahu Yosri supaya memberikan "sysop" kepada che? Sebab kita memerlukan lebih banyak penyelia untuk menguruskan dan memajukan Wikipedia Melayu ini. — Emrrans 02:08, 21 April 2006 (UTC)
[Sunting] Tentang sesuatu "cadangan"
Hai PM Poon, untuk mengetahui mesej "cadangan" saya ini, sila lihat Perbualan pengguna:Master2841. — Emrrans 06:45, 21 April 2006 (UTC)
P/S:Sila pergi ke mesej saya yang paling baru. Terima kasih.
[Sunting] Satu lagi
Hai PM Poon, saya rasa bengang betul kerana di Wikipedia Inggeris, nama pengguna Inggeris iaitu Carnildo, dia nie selambe je buang imej Mahathir saya. Saya memang tak faham kenape peraturan imej di Wikipedia Inggeris begitu ketat? Ini cuma imej sahaja, bukan rencana. — Emrrans 06:59, 21 April 2006 (UTC)
[Sunting] Tolong terjemahkan rencana mengenai "Bagaimana untuk mengarkibkan laman perbualan"
Hai PM Poon, boleh tak anda terjemahkan rencana mengenai "Bagaimana untuk mengarkibkan laman perbualan" yang telah saya letakkan. Anda pergi ke laman perbualan saya yang terbaru dan tekan link arkib. Hehe, nampaknya sayalah yang buat arkib kat laman perbualan saya sebabnya laman perbualan saya sudah terlalu panjang. Jika anda tidak mampu anda boleh menyuruh Polar, Master2841 atau Ycthmatematik ataupun pengguna lain di sini. — Emrrans Perbualan 15:27, 22 April 2006 (UTC)
P/S: Tentang gambar sejarah teori letupan besar. Ooo, nampaknya mod anda yang salah rupanya apabila anda muatnaikkannya. Ok, saya tak sabar-sabar nak lihat gambar yang anda muatnaikkan tu.
[Sunting] Kalau nak terjemahkan rencana
Hai PM Poon, kalau anda hendak terjemahkan anda boleh beli "buku kamus dwibahasa oxford fajar" kat Jalan Tunku Abdul Rahman. Anda pergilah ke sana, dan untuk pengetahuan anda saya tak guna langsung Kamus Dewan. Jadi jangan terkejut, sebabnya buku kamus lebih mudah untuk dibaca dalam menterjemahkan rencana di sini berbanding Kamus Dewan yang menggunakan eletronik yang kadangkala boleh tergendala atau down pada bila-bila masa. Lagi satu, beli kamus Pelanduk Pocket sebagai kamus tambahan in case jika ada ayat yang tidak boleh didapati dalam kamus oxford. — Emrrans 16:18, 22 April 2006 (UTC)
P/S:Saya minta maaf banyak-banyak sebab saya terkasar bahasa terhadap awak mengenai gambar saya dari Wikipedia Inggeris yang telah dibuang oleh Carnildo.
[Sunting] Tentang Laozi
Hai PM Poon, tentang Laozi, boleh tak tukar ayat "Laozi" kepada "Lousy", ayat sesuai kan? Hehehehe. Ala ini joke je nie jadi tak payah nak serius. Lagi satu, maaflah kalau saya buat joke nie. — Emrrans 17:11, 22 April 2006 (UTC)
[Sunting] Dah tak down dah Kamus Dewan?
Hai PM Poon, saya nampak anda telah aktif menulis rencana di sini. Kamus Dewan dah OK ke? — Emrrans 14:04, 23 April 2006 (UTC)
P/S: Saya nak tahu beraper umur awak? Kalau boleh jangan tipu umur anda. Lagi satu, macamana anda begitu berani? Saya kalau nak tahu saya orang yang sangat penakut. Tapi takper, saya akan atasi perasaan takut saya.
[Sunting] Fail MessageMs.php.htm
Borgx telah membalas, lihat perbualan saya. Hmm... kalau saya tak tulis pun pesanan ini anda pasti akan baca juga :) betul tak? ...Aurora... 03:20, 24 April 2006 (UTC)
- Tidak mengapa kalau ada kesilapan pun, sebab jika pesanan MediaWiki tersebut telah diterjemah di sini, ia akan gunakan yang diterjemah di sini. Pada saya, kepentingan kerja terjemahan seluruh fail adalah untuk memastikan tiada yang tertinggal. ...Aurora... 04:12, 24 April 2006 (UTC)
- Sudahkan anda membaca pesanan Borgx. Nampaknya ada banyak kesilapan format. Bolehkan anda tolong betulkannya kerana anda lebih arif tentang format. ...Aurora... 02:42, 27 April 2006 (UTC)
[Sunting] Tolong letak gambar awak
Hai PM Poon, saya belum tengok lagi gambar awak. Boleh tak anda tunjukkan gambar awak? — Emrrans 06:35, 24 April 2006 (UTC)
[Sunting] Emrrans Hilang...
Err... PM Poon... ke mana perginya Emrrans? Takkan hilang lagi? — Polar 08:53, 24 April 2006 (UTC)
[Sunting] Tun Dr. Ismail
Terima kasih keranan memberitahu....saya memang nak gabungkan kedua-dua artikel tu...saya fikir kena buat templat gabungan antara dua artikel....macamana PM Poon?
che 18:30, 25 April 2006 (UTC)
[Sunting] Three Mosquito???
Hai PM Poon... saya telah buat sedikit tulang yang anda bagi. Saya kena buat sikit-sikit. Pening kepala baca baris banyak-banyak dekat pc ni. Saya ingin tanya, dari mana datangnya istilah "Three Mosquito"? Kalau "Three Musketeers", mungkin saya pernah dengar. Tak kisahlah. janji bukan "Three Stooges". Hehehe.
Tapi sekarang ni, Emrrans dah tak ada, tak cukuplah kuota... Nak ajak che joinlah... Cukup tiga. hehe. — Polar 18:39, 25 April 2006 (UTC)
[Sunting] Taib Andak pengerusi MARA
Maklumat Taib Andak saya dapatkan drp laman web MARA ( kut ... ) . Anak cucu Taib Andak ada telefon dan bantah .. Taib andak sezaman dengan Tun Razak bukan sezaman dengan TARahman. Tapi Prof Ramlah Adam menyatakan sedemikian. Perlu kajian lanjut.
[Sunting] Kapal induk Jepun
Kategori Kapal tentera Jepun rasanya kurang sesuai kerana kapal induk Syoru dari tempoh Perang Dunia II. Nanti keliru dengan kapal induk moden Jepun. Anda hanya perlu pautkan kategori kapal induk kepada kapal perang Jepun. Yosri 12:02, 27 April 2006 (UTC)
- Hai PM Poon,
- Awan ini memang rajin menulis lah. Sebenarnya ulasan saya itu hanya mengingatkan bahawa kita perlu merancang kategori untuk jangka panjang, apabila jumlah penyumbang dan rencana meningkat (mimpi di siang hari lah ni....). Sekiranya kategori terlalu umum, pasti semua dimasukkan dalam satu kategori sahaja. Pening nanti. Saya tidak kisah sangat pasal kategori, kerana saya lebih sukakan penggunaan daftar. Tetapi sekiranya di masa hadapan, terdapat 1,000 buah kapal Jepun, mereka yang hanya hendak mengetahui mengenai kapal induk Jepun semasa Perang Dunia II pasti pening melihat kategori Kapal Perang Jepun.... Yosri 00:20, 28 April 2006 (UTC)
[Sunting] Perisian Grafik...
Hai PM Poon. Berkenaan perisian apa yg digunakan bagi Imej:Pengembangan semesta.png, tidaklah secanggih mana kerana saya hanya menggunakan Program Paint. Tak silap saya, sepatutnya semua Microsoft Windows (saya guna XP) mempunyai perisian itu, bukan? Saya pun ada Photoshop tetapi tak tahu guna... Hehehe.
Err... Saya rasa elok awak mengarkibkan laman perbualan awak ni... saya rasa terlalu macam sudah terlalu panjang... — Polar 03:40, 28 April 2006 (UTC)
Haha PM Poon. terima kasih terhadap tips tersebut. Saya memang teringin guna photoshop, kalau tak, buat apa saya install. memberatkan komputer saya je.. Saya akan cuba dulu tapi tunggu lepas beberapa hari sahaja lagi ni... ermmm 4 HARI LAGI!!!! YAHOO!!!! esok dan selasa... tapi subjek yang betul2 tiada harapan.
Berkenaan teks tu, bukan tak boleh. Saya pernah buat cover majalah main-main yang penuh teks dengan photoshop sebagai latihan. Seperti awak kata, awak terlupa butang "anti-alias".
Berkenaan panel yang belah kanan, saya memang tak tahu apa nak buat dengannya. Pening kepala saya dibuatnya tapi tangguh dulu la ye... Kertas esok ni bukan calang-calang. Sampai saya mimpi ngeri akibatnya. Oleh tu, kita sambung beberapa hari lagi..
P/S... "AMARAN: Panjangnya halaman ini 57 kilobait. Terdapat beberapa pelayar yang mengalami masalah terhadap penyuntingan halaman yang mendekati ataupun melebihi 32kB. Sila bahagikan rencana ini, jika boleh." Wah. Kalaulah ini rencana, boleh dimasukkan ke ruangan antara halaman terpanjang. Hehe. — Polar 11:14, 28 April 2006 (UTC)
[Sunting] Daftar Burung
Sudah tentu looo... Wa manyak rajin itu hali. Hali-hali main burung. Manyak penat. Habis burung lagi ada kuih. Mari.. Mari.. Makan kuih pula... Yosri 11:11, 28 April 2006 (UTC)
[Sunting] Pertanyaan
Hai PM Poon, saya lihat anda membuat rencana Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan. Untuk apakah itu? — Master2841 18:05, 28 April 2006 (UTC)
[Sunting] Alexander Agung
Saya mungkin akan menterjemahnya pada hari selasa minggu hadapan kerana saya sekarang tengah sibuk dengan kenduri kahwin sepupu saya pada 1 Mei ini. Master2841 06:53, 29 April 2006 (UTC)
[Sunting] Ciri Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan untuk Laman Utama
Ciri ini sememangnya bagus kerana ia mengubah peristiwa harian secara automatik. Anda rasa berapa banyak peristiwa dari Asia atau Malaysia yang harus dimasukkan ke dalamnya? Adakah 2 atau 3 peristiwa sudah cukup? Saya boleh tolong mengisinya. Kerana ia berasal dari Wikipedia en, maka banyak peristiwa penting dunia sewaktu kurun ke-8 hingga kurun ke-15 tidak ada sedangkan pusat tamadun dunia pada ketika itu ialah di timur dan bukan di barat. Saya akan cuba memasukkan peristiwa-peristiwa penting bagi Asia, ASEAN, dan Malaysia. — Master2841 07:36, 29 April 2006 (UTC)
[Sunting] Tak nak kawan???
Hehe... PM Poon. Ada-ada saja awak ni. Buat apa saya nak tunjuk ajar pada senior. Awak patut tunjuk ajar saya. Apa sangat yang saya tunjuk ajar melainkan selamat maju jaya dan buat yang terbaik. Saya yakin awak telahpun maju jaya dan telah memberikan yang terbaik.
Tak nak kawan? Siapa lagi kawan saya di sini. Huhu. Awak merajuk, macam mana saya mahu pujuk.... T_T. Lusa, masa saya dah habis periksa, saya tunjuk ajar awak ye. Tunjuk ajar awak macam mana nak tulis ABC... hehe.
Erm... Saya dah guna "awak" pula... Dulu "anda"... Tak apa la. Panggilan "awak" rasa lebih mesra... Lu talak marah sama gua ar? Lu jangan malah-malah. Nanti kena jual lor... Hehe.
;-) — Polar 18:44, 30 April 2006 (UTC)
Kasihan awak. Hehe. Apa nak buat. Menyapu sajalah. Itulah gunanya buku. Bukan setiap masa online ni boleh dipercayai. Awak belilah satu versi buku. Bukan tak ada. Tapi saya nak beritahu awak, kamus dewan online tu saya tak pernah dapat masuk. Dari dulu lagi. Memang menyusahkan. Oleh kerana itu, saya guna kamus online lain. Saya bukan kisah sangat kerana apabila saya menterjemah, saya hanya mencari maksud kata kuncinya. Kadang-kala istilah tidak menepati kerana kita menterjemah selalu mengikut perkataan dan bukan bagi keseluruhan ayat. Sebab itu kadang kala, terjemahan terus ("direct-translation") sama ada dari bahasa melayu ke bahasa inggeris ataupun sebaliknya tidak digalakkan kerana sistem penggayaan ayat kita dengan inggeris berbeza.
Okla. Oleh kerana jam di monitor saya menunjukkan 3:19 pagi (19:19 +8 UTP), saya nak tidur dulu. Pagi nanti jangan lupa, arkibkan laman perbincangan. Itulah perkara pertama saya buat apabila masuk ke portal ni esok. hehe. Selamat Hari Pekerja! — Polar 19:21, 30 April 2006 (UTC)