Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Perbualan Pengguna:Emrrans - Wikipedia

Perbualan Pengguna:Emrrans

From Wikipedia

Archive Arkib
  1. April 2006

Jadual isi kandungan

[Sunting] Emrrans, kembalilah

Hai Emrrans, silalah kembali ke Wikipedia Melayu ini. Saya berharap agar anda mengharapkan yang terbaik di sini kerana kami amat memerlukan anda. Saya juga beritahu anda bahawa saya dan pengguna berjasa lain di sini amat ambil berat tentang anda. Jadi silalah kembali dan jangan lakukan perkara yang menyusahkan orang lain lagi. OK? — Lokey3310 14:53, 15 Jun 2006 (UTC)

Baiklah saya akan kembali dan saya minta maaf banyak2 atas kesilapan saya dan kepada pengguna rapat saya serta pengguna lain di Wikipedia Melayu ini. InsyaAllah saya tidak akan menyusahkan orang lain lagi. — Emrrans 14:56, 15 Jun 2006 (UTC)
Terima kasih kerana anda sudah kembali, Emrrans. Saya berasa amat gembira :) — Lokey3310 16:55, 15 Jun 2006 (UTC)
Opps, terlupa. Saya mengambil keputusan untuk tidak aktif di Wikipedia Melayu buat masa lama kerana saya ada kerja banyak yang lain. Jadi, apa yang Emrrans hantar berkenaan saya kena kerja lain sebelum saya hantar mesej ini memang betul kerana saya beritahu Emrrans sebelum saya keluar dari rumahnya dan saya pulang ke Sarawak. — Lokey3310 17:51, 15 Jun 2006 (UTC)


[Sunting] Baiklah

Baiklah. Selamat kembali. :) Alistair 阿力斯特伊儿 16:47, 15 Jun 2006 (UTC)

Saya letakkan jalan pintas WP:BAB kerana saya rasa "B" sahaja terlalu pendek - hanya satu huruf je. Alistair 阿力斯特伊儿 16:56, 15 Jun 2006 (UTC)
Sesiapa yang ingin menyumbang saya alu-alukan. ...Aurora... 01:28, 16 Jun 2006 (UTC)
Selamat kembali. Dekoelie 07:01, 16 Jun 2006 (UTC)

[Sunting] Minta tolong nyahlindungkan laman pengguna saya

Hai Dekoelie, saya Emrrans dan saya telah memaafkan semua pengguna di Wikipedia Melayu. Can you do me a favour?, Boleh tak anda "nyahlindung" (unprotect) laman pengguna saya yang saya kunci sebelum perletakan jawatan saya sebagai penyelia semasa itu? Boleh tak? — Emrrans 06:51, 16 Jun 2006 (UTC)

Done. Dekoelie 07:01, 16 Jun 2006 (UTC)
Thanks.... — Emrrans 07:03, 16 Jun 2006 (UTC)

[Sunting] Templat pengguna

Hai Emrrans. Saya melihat anda adalah seorang yang amat berpengetahuan mengenai templat, khususnya templat khas pengguna (yang diletakkan di laman pengguna itu). Adakah terdapat satu senarai di sini untuk semua templat berkenaan? Saya ingin melihatnya untuk review apakah templat yang sesuai untuk laman pengguna saya. Alistair 阿力斯特伊儿 07:57, 16 Jun 2006 (UTC)

Terima kasih. Nantilah saya terjemahkan, kerana kini sibuk dengan penyeragaman laman Wikipedia khas yang lain. Saya sebenarnya tak tengok sangat World Cup, tetapi kalau kata nak sokong, mungkin Brazil kot... Fasal Birokrat itu, saya tak naklah, kerana jadi penyelia biasa sahaja pun saya dah berbesar hati. Kita harus lihat dari segi tanggungjawab yang dipikul, bukan "boleh buat ini atau itu". Dengan bilangan penyumbang yang begitu kecil di portal ini, satu Birokrat pun cukup. Yosri sendiri akan menentukan nanti kalau nak tambah bilangan Birokrat. Alistair 阿力斯特伊儿 14:57, 16 Jun 2006 (UTC)

[Sunting] Ada pengguna sockpuppet

Hai Emrrans, Pengguna:Shah_Alam_Boy belum melakukan tindakan yang merosak (misalnya seperti vandalism), jadi belum perlu diblok. Mungkin saja dia hanya masih baru di Wikipedia ini, jadi hanya sekadar mencuba-cuba saja. Hayabusa future 10:49, 17 Jun 2006 (UTC)

Hai Emrrans,
Saya harap anda bersabar. Anda perlu tunjukkan lebih kesabaran kerana jawatan penyelia adalah melalui undian, dan setiap penyelia adalah bebas melakukan undian sebagaimana yang mereka fikirkan terbaik. Yosri 12:33, 19 Jun 2006 (UTC)

Hai Emrrans, maaf, anda tidak dibenarkan menarik kata-kata anda di Wikipedia:Penyelia. Bukan apa, cuma orang lain telahpun menotakannya dan membalasnya. Ia masih perlu untuk rujukan. Walau bagaimanapun, ia akan dibuang apabila halaman berkenaan dikemaskinikan nanti. Terima kasih. Alistair 阿力斯特伊儿 16:46, 20 Jun 2006 (UTC)

[Sunting] Baiklah

Baiklah, saya akan daftarkan anda. Saya harap anda akan mengambil ini sebagai peluang kedua untuk memperbaiki diri anda dan seterusnya menjadi penyumbang yang unggul. Sesungguhnya saya pun tahu akan jasa anda kepada portal kita, cuma anda kenalah kurangkan sifat emosi sedikit, itu sahaja Alistair 阿力斯特伊儿 18:22, 20 Jun 2006 (UTC)

[Sunting] Tugas duta

Hai Emrrans,
Duta bertugas sebagai menghubungkan Wikipedia Melayu dengan dunia luar. Antaranya, mereka mungkin bertanyakan mengenai penjelasan mengenai politik, budaya dan sebagainya. Tetapi kemungkinnya lebih kepada mencipta rencana yang mereka ada kedalam bahasa Melayu, atau penjelasan mengenai rencana dalam bahasa Inggeris yang menyentuh Melayu. Sebagai duta, anda perlu menyedari bahawa mereka mempunyai pandangan berbeza dan mungkin tidak memahami budaya kita. Oleh itu apa yang mereka anggap biasa mungkin menyinggung perasaan kita. Bagaimanapun, kita tidak boleh terus marah, tetapi perlu menjelaskan dengan jelas kenapa, mengapa, dan bagaimana. Selamat menjadi wakil duta.. Yosri 12:51, 21 Jun 2006 (UTC)


Hai Emrrans, sebenarnya saya tidak berasa apa-apa. Saya membaca halaman Wikipedia: Penyelia tetapi tidak nak campur tangan, walaupun saya memang bersetuju dengan pendapat penyelia-penyelia yang lain. Jika anda berterusan dengan perangai itu, yang susah bukannya saya, tetapi anda sendiri. Ambillah sedikit masa untuk memeriksakan diri sendiri kerana kalau cuma saya seorang saje yang membantah anda, anda boleh tidak menghiraukan. Mungkinnya saya yang salah. Tetapi jika banyak orang membantah anda, terdapat kemungkinan besar bahawa anda yang salah. — PM Poon 15:19, 21 Jun 2006 (UTC)

[Sunting] Mengapa saya meletakkan jawatan sebagai sysop

Hai Emrrans, sebenarnya saya keliru adakah saya nak menjawab pesanan anda ini atau tidak. Ini disebabkan anda memang mempunyai logik yang tidak sama, berbanding dengan kebanyakan orang yang lain, seperti yang dapat diperlihatkan daripada pesanan-pesanan anda di halaman-halaman perbualan umum di portal ini pada hari-hari kebelakangan ini. Oleh sebab saya pernah memberikan anda nasihat dan pendapat saya yang anda tidak terima, saya berasa bahawa saya harus tidak memberikannya lagi.

Bagaimanapun, untuk menjawab soalan anda, saya memang keberatan menerima sebarang jawatan, baik di portal ini mahupun di portal Wikipedia bahasa Inggeris, kerana saya tidak sedia untuk menerima tanggungjawab. Sebenarnya, saya berasa tertekan ketika menterjemahkan rencana-rencana Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Jun, walaupun tugas ini bukan sesuatu yang susah. Jika anda sudi mengambil alih tanggungjawab ini, saya memang akan berasa lebih selesa, hehehe. — PM Poon 12:53, 25 Jun 2006 (UTC)

[Sunting] Rencana huruf Arab

Buat masa sekarang saya tidak dapat menterjemah rencana huruf Arab kerana sibuk dengan rencana Perang Salib.Mungkin selepas rencana itu siap. — Master2841 16:55, 3 Ogos 2006 (UTC)

Satu lagi tentang pengguna Thijs!bot, kalau anda dapati ia terlalu banyak spam dan berasa tidak selesa dengan tindakannya itu, anda boleh menghubungi pengguna yang mengawalnya. — Master2841 16:57, 3 Ogos 2006 (UTC)

Saya telah menghubungi pemilik Thijs!bot dan meminta beliau mengurangkan aktiviti botnya. — Master2841 17:22, 3 Ogos 2006 (UTC)

[Sunting] Bahasa Aram

Hai Emrrans, kini saya cuma menumpukan masa saya, khususnya dalam rencana di Halaman Dikehendaki. Bagaimanapun, saya cuma menterjemahkan seperenggan dua, kecuali rencana itu agak pendek. Saya telah melihat Bahasa Aram dan mendapati rencana itu agak panjang. Bagaimanapun, jika saya menterjemahkan pun, saya juga akan menterjemahkan seperenggan dua saja, seperti yang telah anda buat.

Dalam sehari dua ini, minat saya telah merosot. Sebenarnya, penterjemahan saya pada hari ini bukan saja amat lambat tetapi juga amat susah, disebabkan tidak ada angin. — PM Poon 12:52, 7 Ogos 2006 (UTC)


Telah disekat. — Master2841 16:45, 8 Ogos 2006 (UTC)

[Sunting] Tentang laman

Hai Emmrans, Pengguna Didie telah melindungi laman anda seperti yang anda minta. Maaf kerana saya tidak berkesempatan. — Polar 11:00, 9 Ogos 2006 (UTC)

Ditukar kepada separa lindung, baru anda dapat menyuntingnya. — Master2841 11:31, 9 Ogos 2006 (UTC)

Nama pengguna ini telahpun disekat oleh Master2841. Masalah kini adalah bahawa dia (atau kawan-kawannya, saya tidak tahu) memandai pula nak tunjuk samseng di Wikipedia ini dengan melaku musnah tidak berdaftar. Itulah yang saya hendak semua orang be aware of. — Alistaire 12:58, 9 Ogos 2006 (UTC)

[Sunting] Gambar kartun Transformers seperti logo Autobots dan Decepticons ke dalam artikel dan templat

Assalamualaikum! Hai Emrans, boleh tak tolong masukkan logo kartun Transformers seperti Autobots dan Decepticons ke dalam artikel yang saya sunting (artikel Autobots and Decepticons). Dan lagi satu, boleh tak tolong masukkan gambar Transformers ke dalam templat saya? Peminat kartun Transformers 10 Ogos 2006

[Sunting] Rencana terjemahan

Saya tiada masa, kerana sibuk dengan tugas-tugas lain. — Alistaire 01:01, 15 Ogos 2006 (UTC)

[Sunting] Peletakan jawatan duta

Hai Emrrans, bukannya saya tak boleh tolong, tapi saya berasa cara ini tidak begitu baik, berbanding jika anda sendiri membuat pengumuman secara langsung di Kedai Kopi.

Minat saya juga telah merosot dengan pesat. Terjemahan rencana Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006 sehingga kini masih belum siap, walaupun dah hampir seminggu. Ini adalah satu rencana yang Alistair meminta saya menolong kerana rencana itu merupakan peristiwa semasa yang utama. Dia kini terlalu sibuk dengan kursusnya. Kalau dulu, tak perlu dua hari dah siap! — PM Poon 06:30, 15 Ogos 2006 (UTC)

[Sunting] Duta

Kesemua maklumat anda sebagai duta telah ditarik memandangkan perletakan jawatan anda. Harap maklum. — Alistaire 03:09, 16 Ogos 2006 (UTC)

[Sunting] Undian usercheck

Anda dijemput untuk memilih siapa yang layak menjadi usercheck. Sila sertai di Wikipedia:Kedai Kopi. - Didie 14:04, 21 Ogos 2006 (UTC)

[Sunting] Jawi

It struck my mind that Rumi is the day-to-day commercial script of the Malay language. I believe that being a Malay yourself, you might be able to read Jawi. Jawi, on the other hand, is like a script which acts as the backbone to Malay culture, and is still used on honorific occasions. Thus, do you think it would be a good idea that we have a co-existing Jawi introduction on the Malay wikipedia's main page, something like [1] or the Korean Hangul-Hanja relations' statuses. What do you think? Mr Tan 07:05, 10 Disember 2006 (UTC)

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com