Maximilian I dari Mexico
From Wikipedia
Maharaja Mexico Maximilian I, (6 Julai, 1832 – 19 Jun 1867) merupakan kerabat keluarga Imperial Habsburg Austria. Dengan sokongan Napoleon III Perancis dan sekumpulan konservetif Mexico, dia ditabalkan sebagai Maharaja Mexico pada 10 April 1864. Ramai Mexico dan kerajaan asing enggan mengesahkan kerajaannya dan Maximilian dihukum bunuh selepas dia ditawan oleh penyokong republik Mexico.
[Sunting] Kehidupan awal
Maximilian dilahirkan di Schönbrunn, Vienna, Austria, anak kedua Archduke Franz Karl dari Austria dan isterinya Sophie Friederike Dorothee Wilhelmine, Puteri Bavaria. Abangnya merupakan Maharaja Franz Josef Austria (sometimes identified by the English spelling Francis Joseph). Maximilian dilahirkan sebagai His Imperial dan Royal Highness Ferdinand Maximilian Joseph, Prince Imperial and Archduke of Austria, Putera Diraja bagi Hungary dan Bohemia.
Beliau adalah seorang budak lelaki yang sangat pandai, menampakkan minat yang besar kearah kesenian dan mempamerkan minat awal kepada sains, terutama botani. Beliau di latih untuk tentera laut, dan menunjukkan semangat yang kuat menyebabkan beliau naik dengan cepat ke pemerintahan tertinggi tentera, dan merupakan peranan penting bagi penubuhan pangkalan tentera laut Trieste dan armada dengan Laksamana Wilhelm von Tegetthoff memenangi kemenangannya dalam Perang Itali. Sangat terpengaruh oleh idea-idea progresif yang popular di masa itu, beliau mempunyai reputasi sebagai seorang liberal, dan ini mendorong, pada Februari 1857, untuk jawatan sebagai wizurainya bagi negara Lombardo-Venetian.
Beliau berkahwin, pada 27 Julai 1857, di Brussels, Belgium, dengan Puteri Charlotte dari Belgium (juga dikenali sebagai maharani Carlota Mexico), anak perempuan kepada Leopold I, Raja Belgian.