Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Liberalisme - Wikipedia

Liberalisme

From Wikipedia

Siri Liberalisme,
sebahagian daripada siri Politik
Perkembangan
Sejarah pemikiran liberal
Sumbangan-sumbangan
kepada teori liberal
Aliran-aliran
Liberalisme klasikal
Liberalisme konservatif
Liberalisme budaya
Liberalisme ekonomi
Libertarianisme
Neoliberalisme
Ordoliberalisme
Paleoliberalisme
Liberalisme sosial
Idea-idea
Hak-hak peribadi
Individualisme
Demokrasi liberal
Keneutralan liberal
Kebebasan Negatif & positif
Pasaran bebas
Ekonomi campuran
Masyarakat terbuka
Badan-badan
Parti-parti politik liberal
Liberal International · Iflry
ELDR/ALDE · Lymec
CALD · ALN · Relial. CLH

Liberalisme adalah satu fahaman, falsafah dan tradisi politik yang meletakkan kebebasan sebagai nilai politik yang tertinggi.[1] Walaupun liberalisme berakar umbi dari Zaman Kebangkitan Barat, ia sekarang mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.

Secara amnya, liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi. Falsafah ini ingin membentuk satu masyarakat yang mempertahankan pemikiran yang bebas untuk setiap orang, batasan kepada kuasa khususnya kuasa kerajaan dan agama, kedaulatan undang-undang, pendidikan awam yang percuma, kebebasan bertukar fikiran, ekonomi pasaran yang memberikan kebebasan menjalankan perusahaan peribadi dan sistem kerajaan yang terbuka yang melindungi hak-hak semua rakyat secara adil dan saksama.[2] Di dalam masyarakat moden, mereka yang liberal mengemari sistem pengundian yang adil dan terbuka di dalam sistem demokrasi liberal di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang dan peluang yang saksama untuk berjaya.[3]

Ramai liberal moden memperjuangkan penglibatan kerajaan yang lebih besar di dalam pasaran bebas. Penglibatan ini selalunya termasuk undang-undang anti-diskriminasi, peperiksaan perkhidmatan awam, pendidikan awam dan pencukaian progresif. Falsafah ini adalah satu unjuran dari fahaman yang mengatakan bahawa kerajaan perlu menjaga kebajikan rakyat ke sesuatu takat. Perkhidmatan-perkhidmatan kebajikan ini termasuk pampasan pengangguran, tempat tinggal untuk mereka yang merempat dan kemudahan perubatan bagi mereka yang sakit.

Ahli-ahli moden liberalisme klasikal sebaliknya menolak perusahaan-perusahaan yang dibayar dengan wang awam. Liberalisme klasik mengutamakan kepentingan kebebasan perusahaan peribadi, hak-hak kehartaan individu dan kebebasan perjanjian. Pemikiran ini juga menerima ketidaksamarataan pengagihan kekayaan berpunca daripada persaingan di pasaran bebas yang tidak mengacam hak-hak kehartaan seseorang. Walaupun begitu, mereka percaya bahawa syarikat perlu dikenakan cukai yang lebih tinggi dan menolak individu perlu dikenakan cukai. Ini adalah sangat berbeza daripada falsafah liberal klasikal yang awal.

Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas yang dapat dibaca di dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan , status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Hak-hak asasi manusia yang disokong oleh semua liberal termasuk hak untuk hidup, kebebasan dan kehartaan.

Penggunaan frasa liberalisme secara am dilihat dari konteks demokrasi liberal. Di dalam erti kata ini, ia merujuk kepada kuasa kerajaan yang terhad dan hak-hak rakyat yang jelas. Liberalisme digunapakai oleh hampir kesemua demokrasi Barat. Oleh itu, liberalisme tidak semestinya berkaitan kepada parti politik liberal secara esklusif.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Unsur-unsur dan sejarah liberalisme

[Sunting] Etimologi dan asal penggunaan

Marcus Aurelius (121-180 M)
Besarkan
Marcus Aurelius (121-180 M)

Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin liber yang bermaksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan Inggeris liberty dan konsep kebebasan. In dalam History of Rome from Its Foundation oleh Livy, penulis mengambarkan pergolakan di antara kelas plebeian dan patrician. Marcus Aurelius di dalam penulisannya yang bertajuk Meditation menulis "...pendapat polisi pemerintahan yang berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah dan pendapat tentang kerajaan beraja berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah... ." Selepas kejatuhan Empayar Roman, pendapat liberalisme tidak cergas di sepanjang Zaman Kelam di Eropah. Perjuangan untuk kebebasan mula dihidupkan kembali semasa zaman Renaissance di Itali. Ia tercetus apabila pertelingkahan berlaku di antara penyokong-penyokong bandar negeri yang bebas dan penyokong-penyokong Paus. Niccolò Machiavelli kemudiannya di dalam Discourses on Livy mula melakarkan prinsip-prinsip kerajaan republik di awal abad ke-16. Di lewat kurun ke-17, John Locke mengarang England and the thinkers of the French Enlightenment untuk mengkaji perjuangan kebebasan dari sudut Rights of Man yang ditulis oleh Thomas Paine pada tahun 1791.

Oxford English Dictionary menerangkan yang perkataan liberal telah lama berada di dalam bahasa Inggeris dengan makna "sesuai untuk orang bebas, besar, murah hati" di dalam seni liberal. Ia juga bermaksud "bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan", seperti bebas dengan harta, atau lidah bebas, selalunya dengan sikap tidak malu. Walau bagaimanapun, bermula sejak 1776-88, perkataan liberal mula diberi maksud yang baik yang bermaksud "bebas dari prejudis, toleransi" oleh Edward Gibbon dan lain-lain.

Maksud "mengemari kebebasan dan demokrasi" mula digunapakai di dalam bahasa Inggeris sejak tahun 1801 dan berasal dari perkataan Perancis libéral, mengikut Oxford English Dictionary. Perkataan Perancis itu "pada mulanya digunakan di dalam bahasa Inggeris oleh musuh Inggeris (selalunya di dalam bahasa Perancis dengan gambar ketiadaan undang-undang di luar negara". Dari rekod bahasa Inggeris awal: "Kepupusan kebebasan dan setiap idea liberal yang berkaitan"[4]

Washington Crossing the Delaware oleh Emanuel Leutze yang menggambarkan Revolusi Amerika Syarikat.
Besarkan
Washington Crossing the Delaware oleh Emanuel Leutze yang menggambarkan Revolusi Amerika Syarikat.

Perang Kemerdekaan America Syarikat menubuhkan negara yang pertama untuk merangka satu perlembagaan berdasarkan konsep kerajaan liberal, di mana kerajaan mentabiran dengan kerelaan yang ditabir. Elemen bourgeois yang sederhana di dalam Revolusi Perancis cuba menubuhkan sebuah kerajaan yang berdasarkan prinsip-prinsip liberal. Ahli-ahli ekonomi seperti Adam Smith di dalam The Wealth of Nations (1776) pula mengambarkan prinsip-prinsip liberal di dalam perdagangan bebas. Pengarang-pengarang Perlembagaan Sepanyol 1812 yang dirangka di Cádiz mungkin adalah yang pertama menggunakan perkataan liberal di dalam maksud politik sebagai kata nama. Pengarang-pengarang ini menamakan diri mereka sebagai Liberales, untuk menunjukan penentangan mereka kepada pemerintahan mutlak monarki Sepanyol.

Bermula di akhir kurun ke-18, liberalisme menjadi antara satu ideologi yang terpenting hampir di semua negara maju.

[Sunting] Aliran-aliran liberalisme

Terdapat perbezaan pendapat yang mendalam di dalam rangka liberalisme. Perbezaan pendapat ini selalunya membawa kepada perdebatan yang hebat dan garang di antara ahli-ahli liberal. Daripada perpecahan ini dari sudut liberalisme klasik, wujud beberapa pergerakan di dalam liberalisme. Seperti di dalam banyak perdebatan, kumpulan-kumpulan yang bertentangan menggunakan perkataan-perkataan yang berbeza untuk menyatakan kepercayaan-kepercayaan yang sama dan kadang-kala, mereka menggunakan perkataan-perkataan yang sama untuk menerangkan perkara-perkara yang berbeza. Di dalam artikel ini, "liberalisme politik" akan digunakan untuk sokongan terhadap demokrasi liberal (republik ataupun raja berperlembagaan) yang menentang raja berkuasa mutlak atau diktator; "liberalisme budaya" untuk sokongan terhadap kebebasan peribadi yang menentang undang-undang yang mengongkong kebebasan di atas dasar nationalisme atau agama; "liberalisme ekonomik" untuk sokongan terhadap harta peribadi and menentang peraturan-peraturan yang mengekang hak-hak terhadap harta peribadi yang ditulis oleh kerajaan; dan "liberalisme sosial" di mana ia menunjukan sokongan terhadap kesaksamaan and menentang ketidak samarataan peluang. Bagi "liberalisme moden" pula bermaksud campuran bentuk-bentuk liberalisme yang tercatat sebelum ini yang boleh ditemui di negara-negara maju sekarang.

Terdapat beberap prinsip liberalisme yang telah dipersetujui di kalangan liberal:

  • Liberalisme politik adalah aliran di mana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Tambahan lagi, masyarakat dan institusi-institusi kerajaan yang wujud di dalam masyarakat berfungsi untuk memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih kepada sesiapa yang mempunyai taraf sosial yang tinggi. Magna Carta adalah satu contoh di mana dokumen politik meletakkan hak-hak peribadi lebih tinggi daripada kuasa raja. Liberalisme politik menekankan perjanjian sosial yang mana rakyat merangka undang-undang and bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut. Ini adalah berdasarkan pemikiran di mana seseorang itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya. Liberalisme politik mengandungi semua lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, kaum atau taraf ekonomi. Liberalisme politik juga menekankan kedaulatan undang-undang dan demokrasi liberal.
  • Liberalisme budaya menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan pemahaman dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di dalam kehidupan peribadi. John Stuart Mill menyatakan dengan tepat di dalam eseinya yang bertajuk On Liberty:
   
Liberalisme
"Pelindungan diri adalah satu-satunya tujuan manusia yang benar dari segi peribadi dan masyarakat ke atas campur tangan di dalam kebebasan orang-orang lain. Kuasa tertinggi yang benar hanya boleh digunakan untuk menghalang seseorang dikalangan satu masyarakat yang bertamadun daripada mengganggu [atau mencederakan] seseorang yang lain. Kebaikan fizikal atau moral seseorang itu tidak mencukupi untuk membiarkan dia mengganggu orang lain." (Di dalam bahasa Inggeris: "The sole end for which mankind are warranted, individually or collectively, in interfering with the liberty of action of any of their number, is self-protection. That the only purpose for which power can be rightfully exercised over any member of a civilized community, against his will, is to prevent harm to others. His own good, either physical or moral, is not a sufficient warrant.")
   
Liberalisme
Liberalisme budaya secara umumnya menentang peraturan-peraturan kerajaan di dalam kesusasteraan, seni, akademik, perjudian, seks, pelacuran, penguguran kandungan, penggunaan pengawalan pengandungan, kesakitan muktamad, arak, ganja dan barang-barang kawalan yang lain. Kebanyakan ahli-ahli liberal menentang separuh atau semua peraturan-peraturan kerajaan yang mencampuri hal-hal ini. Negara Belanda, dari segi liberalisme budaya, mungkin adalah negara yang paling liberal di dunia.

Walaupun terdapat persetujuan, sesetengah aliran memaparkan berbezaan pendapat yang mendalam:

  • Liberalisme ekonomik yang juga dikenali sebagai liberalisme klasikal atau liberalisme Manchester adalah satu ideology yang menyokong hak-hak peribadi ke atas harta benda dan kebebasan perjanjian bertulis. Ia memperjuangkan kapitalisme laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan pemberhentian kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli. Ahli-ahli liberal ekonomik mahu hanya sedikit atau tiada langsung peraturan-peraturan kerajaan di pasaran. Sesetengah mereka menerima halangan kerajaan ke atas monopoli dan kartel dan sesetengah yang lain menyatakan bahawa monopoli dan kartel disebabakan oleh tindakan kerajaan. Liberalisme ekonomik menyatakan bahawa harga barangan dan perkhidmatan harus ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh tindakan-tindakan pengguna. Ada yang mahu melihat kuasa pasaran bertindak di kawasan-kawasan yang biasanya dimonopoli oleh kerajaan seperti keselamatan dan mahkamah. Liberalisme ekonomik menerima ketidak samarataan sebagai hasil semulajadi daripada persaingan yang tidak melibatkan ugutan yang mengacam hak-hak peribadi. Aliran liberalisme ini dipengaruhi oleh liberalisme Inggeris yang merebak di pertengahan kurun ke-19. Minarchisme dan anarcho-kapitalisme adalah antara bentuk-bentuk liberalisme ekonomik. Baca juga perdagangan bebas, neo-liberalisme dan liberalisasi.
  • Liberalisme sosial atau liberalisme baru (tidak patut dikelirukan dengan neoliberalisme) mula dilihat berdiri di kalangan masyarakat negara-negara maju dilewat kurun ke-19. Ia dipengaruhi oleh utilitarianisme yang diasaskan oleh Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Ada ahli-ahli liberal yang menerima, sesetengah atau semuanya, teori penyalahgunaan Sosialis dan Marxis dan ulasan-ulasan terhadap "tujuan keuntungan" dan membuat kesimpulan bahawa kerajaan seharusnya menggunakan kuasanya untuk menyelesaikan masalah itu. Mengikut fahaman ini, semua individu perlu diberi perkhidmatan asas yang memuaskan seperti pelajaran, peluang ekonomik dan pelindungan daripada kejadian makro yang tidak ditentukan oleh mereka, seperti yang ditulis oleh John Dewey dan Mortimer Adler dilewat kurun ke-19 dan diawal kurun ke-20. Kepada liberalisme sosial, kemudahan-kemudahan ini dianggap sebagai hak. Ini adalah hak-hak positif yang berbeza secara kualitatif dari apa yang dibahaskan dari segi klasikal, iaitu hak-hak negatif yang hanya menuntut seseorang daripada mencabuli hak-hak orang lain. Menurut ahli-ahli liberalisme sosial, hak-hak positif ini perlu dibuat dan dibekalkan kepada orang ramai. Menurut mereka lagi, pastian hak-hak positif adalah objektif yang berterusan yang secara asasnya melindungi kebebasan. Sekolah, perpustakaan, muzium dan galeri seni hendaklah dibiayai dengan hasil cukai. Pemikir-pemikir liberalisme sosial menyokong sesetengah sekatan ke atas pesaing ekonomik seperti undang-undang "anti-trust" dan kawalan harga dan gaji. Kerajaan juga dianggap akan memberi kebajikan asas yang dibiayai dengan hasil cukai yang bertujuan untuk membolehkan penggunaan pekerja-pekerja yang terbaik di dalam masyarakat untuk menghalang revolusi ataupun hanya untuk kebaikan sejagat.
Solon dari Yunani.
Besarkan
Solon dari Yunani.

Pergelutan di antara kebebasan ekonomi dan kesaksamaan sosial hampir setua dengan idea kebebasan itu sendiri. Plutarch yang menulis mengenai Solon (c. 639- c. 559 SM) yang merupakan ahli perundangan di Athens tua menyatakan:

   
Liberalisme
"Solon mengambil berat tentang isu pengampunan hutang; itu adalah caranya untuk memperkuatkan kebebasan rakyat; tiada gunanya untuk undang-undang menyatakan bahawa semua lelaki mempunyai hak-hak yang sama adil tetapi yang miskin mesti mempergadaikan kebebasan mereka kerana hutang, dan, menyebabkan kerusi keadilan dan kesaksamaan, mahkamah, kerajaan dan tempat perbincangan awam dikuasai oleh orang-orang yang berharta." (Bahasa Inggeris: "The remission of debts was peculiar to Solon; it was his great means for confirming the citizens' liberty; for a mere law to give all men equal rights is but useless, if the poor must sacrifice those rights to their debts, and, in the very seats and sanctuaries of equality, the courts of justice, the offices of state, and the public discussions, be more than anywhere at the beck and bidding of the rich.")
   
Liberalisme

Ahli-ahli liberal ekonomik melihat hak-hak positif sebagai melanggar hak-hak negatif dan oleh itu tidak sah. Dengan demikian, mereka melihat kerajaan hanya mempunyai peranan yang kecil. Ada liberal ekonomik yang berpendapat bahawa kerajaan tiada fungsi langsung dan ada juga seperti minarkis hendak mengecilkan peranan kerajaan kepada perundangan, keselamatan dan pertahanan. Liberal sosial sebaliknya ingin membentuk kerajaan yang menjamin kebajikan am rakyat dengan menyediakan makanan dan tempat perlindungan untuk orang yang tidak berupaya untuk menyediakan keperluan tersebut untuk dirinya sendiri, perkhidmatan perubatan, perkhidmatan persekolahan, pencen, kebajikan kanak-kanak dan yang kurang upaya termasuk orang-orang tua, masang-masang balapertaka semulajadi, perlindungan untuk pihak minoriti, pencegahan jenayah dan pembiayaian seni dan sains. Ini sekali gus meninggalkan idea kerajaan kecil. Kedua-dua jenis liberalisme mempunyai tujuan yang sama — kebebasan — tetapi mereka tidak bersetuju bagaimana cara yang paling baik atau yang paling bermoral untuk mencapai kebebasan. Sesetengah parti politik liberal menekankan liberalisme ekonomik dan sesetengah yang lain lebih mengemari liberalisme sosial. Parti konservatif selalu mendekati liberalisme ekonomik dan pada masa yang sama menolak liberalisme sosial dan budaya.

Kesemua bentuk liberalisme mempunyai pendapat di mana terdapat keseimbangan di antara tanggungjawab kerajaan dan peribadi di mana kerajaan perlu menjalankan peranan yang mana seseorang itu tidak mampu untuk membuatnya dengan sendiri melalui diri atau pihak swasta. Liberalisme telah merebak dengan luasnya di dunia moden yang akhirnya menyebabkan kerajaan-kerajaan dunia moden ini sekurang-kurangnya bercakap (dan tidak semestinya bertindak) mengenai kebebasan peribadi sebagai asas masyarakat.

[Sunting] Perbandingan pengaruh

Pemikir-pemikir awal zaman kebangkitan Eropah membandingkan liberalisme dengan kuasa authoritarian "Ancien Regime", merkantilisme feudalisme dan Gereja Roman Katolik. Kemudiannya, ahli-ahli falsafah yang lebih radikal mula menerangkan pemikiran mereka semasa Revolusi Perancis. Sepanjang kurun ke-19, liberalisme berdiri dengan berlawanan dengan sosialisme dan komunisme walaupun ahli-ahli liberal moden Eropah pada mulanya membentuk satu pakatan dengan parti-parti politik demokratik-sosialis. Di kurun ke-20, liberalism berdiri menentang totalitarianisme dan kolektivisme. Sesetengah liberal moden telah menolak teori klasikal Perang Adil yang mengutamakan keneutralan dan perdagangan bebas dan sebaliknya menerima campur tangan bersama dan keselamatan bersama.

Liberalisme mengemari campur tangan kerajaan yang minimal. Liberalisme anti-statis yang terlampau seperti yang diperjuangkan oleh Frederic Bastiat, Gustave de Molinari, Herbert Spencer, dan Auberon Herbert pula adalah satu aliran ekstrem yang dikenali sebagai anarkisme (tiada kerajaan) ataupun minarkisme (kerajaan yang kecil, kadang-kala "the nightwatchman state").[5] Aliran anti-kerajaan ini secara amnya dikenali sebagai libertarianisme. Kebanyakan liberal percaya bahawa kewujudan kerajaan adalah perlu untuk melindungi rakyat tetapi makna kerajaan di sini boleh bermaksud hanya satu badan pelindung hak-hak dan kerajaan Weberian. Baru-baru ini, liberalisme mula menentang mereka yang ingin mewujudkan satu masyarakat di mana agama menjadi kuasa tertinggi. Kumpulan-kumpulan Islamisme dan Kristian yang radikal menolak semua pemikiran liberal. Kumpulan-kumpulan berasaskan agama ini selalu melihat undang-undang dan cita-cita liberal selalu bercanggah dengan pendapat mereka.

[Sunting] Perkembangan pemikiran liberal

[Sunting] Asal-usul pemikiran liberal

John Locke (1632-1704)
Besarkan
John Locke (1632-1704)

Penekanan ke atas maksud kebebasan sebagai hak penting seseorang di dalam satu masyarakat telah acap kali berulang sepanjang sejarah manusia. Antara yang telah disebut adalah pesaingan di antara plebeian dan patrician semasa Empayar Roman dan perjuangan bandar negeri Itali dari Paus. Republik-republik Florence dan Venice mempunyai pilihanraya, undang-undang dan kebebasan berusaha sepanjang tahun 1400an sehingga penguasaan kuasa luar pada kurun ke-16. Pemberontakan Belanda terhadap tekanan Katholik Sepanyol yang dikenali sebagai Perang Lapan Puluh Tahun selalu difikirkan selalu asal-usal nilai-nilai liberal — walaupun Belanda enggan memberi kebebasan kepada orang-orang Katholik.

Sebagai satu ideologi, liberalisme boleh dikatakan berasal dari falsafah humanisme yang mula mempersoalkan kuasa Gereja semasa zaman Renaissance dan juga daripada pihak Whigs semasa Revolusi Gemilang di Great Britain yang mahu hak untuk memilih raja; ini boleh dilihat sebagai satu titik permulaan pemerintahan popular. Walaupun begitu, pergerakan yang benar-benar boleh dinamakan sebagai liberal bermula di masa Zaman Kebangkitan, secara khasnya, parti Whigs di Britain, ahli-ahli falsafah di Perancis dan pergerakan untuk pemerintahan sendiri di koloni British di New England. Pergerakan-pergerakan ini menentang pemerintahan beraja mutlak, merkantilisme dan bentuk-bentuk agama kuno dan berpaderi. Mereka juga adalah yang pertama memperlihatkan dasar hak-hak peribadi di bawah undang-undang dan just kepentingan pemerintahan sendiri melalui pilihanraya.

Liberalisme mula mengalami perubahan mendadak dengan membentukan pendapat yang menyatakan bahawa manusia bebas boleh membentuk asas masyarakat yang stabil. Pendapat ini pertama kalinya diketengahkan oleh John Locke (1632-1704) di dalam penulisannya bertajuk Two Treatises on Government. Di dalam tulisan itu John Locke memperkenalkan dua idea liberal yang penting: kebebasan ekonomi yang bermaksud kebebasan untuk berharta dan mempergunakannya, dah kebebasan hati (freedom of conscience) seperti yang dibentangkan di dalam A Letter Concerning Toleration (1689). Akan tetapi, beliau tidak memperluaskan idea-idea itu kepada orang Kristian Katholik. Beliau membina pendapat awal mengenai hak-hak semulajadi (natural rights) yang dilihatnya sebagai "kehidupan, kebebasan dan harta"". "Teori hak-hak semulajadi" beliaulah yang menjadi asas pembentukan idea hak-hak asasi manusia. Menurut Locke lagi, harta adalah lebih penting daripada hak untuk melibatkan diri di dalam kerajaan dan pembuatan keputusan awam; beliau tidak menyokong demokrasi kerana beliau takut kepada kemungkinan pemberian kuasa kepada orang ramai akan membolehkan orang ramai mengatasi hak-hak peribadi kepada harta. Walaupun begitu, idea hak-hak semulajadi menjadi asas pemikiran yang mengiakan Revolusi Amerika Syarikat dan Perancis.

John Locke (1632-1704)
Besarkan
John Locke (1632-1704)

Di benua Eropah, Charles de Secondat, Baron de Montesquieu memperjuangkan fahaman undang-undang yang mengekang kuasa raja-raja. Fahaman tersebut telah dicatatkan oleh beliau di dalam The Spirit of the Laws yang ia adalah "lebih baik untuk mengatakan kerajaan yang paling serasi dengan alam adalah kerajaan yang serasi dengan kehendak mereka yang menubuhkan kerajaan. (Inggeris: "Better is it to say, that the government most conformable to nature is that which best agrees with the humour and disposition of the people in whose favour it is established.") daripada menerima penggunaan kuasa. Ahli ekonomi politik Jean-Baptiste Say dan Destutt de Tracy tertarik kepada "keharmonian" pasaran dan kemungkinan besar, mereka berdualah yang mencipta frasa laissez-faire. Ini kemudiannya beransur-ansur menjadi asas kepada kumpulan fisiokrat dan politik ekonomi Rousseau.

Di lewat zaman kesedaran Perancis, dua tokoh mula mempengaruhi dan membentuk pemikiran liberal. Dua tokoh tersebut adalah Voltaire dan Jean-Jacques Rousseau. Voltaire mengatakan bahawa Perancis patut mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan menamatkan instituti Estat Kedua. Rousseau pula memperjuangkan kebebasan semulajadi untuk manusia. Kedua-dua tokoh mahu membina sistem sosial yang baru di mana masyarakat boleh meletakkan batasan kepada kebebasan tetapi tidak boleh memusnahkannya, walaupun pendekatan mereka berbeza. Untuk Voltaire, pendekatannya adalah lebih intelektual manakala Rousseau pula menyentuhkan kebebasan semulajadi yang mungkin berkaitan dengan pendapat Diderot.

Rousseau juga membicarakan mengenai kontrak sosial. Ia adalah satu konsep yang kerap dilihat di dalam sejarah pemikiran liberal. Beliau menekanan idea ini dari pendapat yang menyatakan bahawa kontrak sosial adalah satu perkara yang semulajadi dan seseorang individual itu lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk dirinya. Masyarakat beraja di zaman Rousseau kurang senang dengan membicaraan Rousseau yang mengatakan setiap manusia itu dilahirkan bebas tetapi pendidikan adalah mencukupi untuk membataskan perilaku manusia itu di dalam masyarakat. Dari pendapat itu, beliau terus menyatakan bahawa kebebasan untuk menentukan masa depan sendiri adalah kehendak setiap negara. Sekali lagi, idea Rousseau ini adalah bertentangan dengan sistem politik di Perancis di masa itu. Idea-idea Rousseau merupakan unsur-unsur utama di dalam pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis serta di dalam penulisan pemikir-pemikir Amerika seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson. Menurut Rousseau lagi, perpaduan sesuatu negara itu datang dari persetujuan bersama yang dikenali sebagai "kehendak kebangsaan". Perpaduan ini membolehkan sesuatu negara itu untuk wujud tanpa terikat kepada sistem sosial yang telah wujud sebelum ini, seperti aristokrasi.

[Sunting] Bacaan selanjutnya

Penulisan dan sumbangan pemikir-pemikir liberal boleh dibaca di Sumbangan-sumbangan kepada teori liberal.

[Sunting] Bahasa Inggeris

  • Ackerman, Bruce (1992). The Future of Liberal Revolution, New Haven: Yale University Press. ISBN 0300053967.
  • Bobbio, Norberto (1990). Liberalism and Democracy, trans. Martin Ryle and Kate Soper, London: Verso. ISBN 0860912698.
  • Hall, John A. (1988). Liberalism: Politics, Ideology, and the Market, London: Paladin Grafton. ISBN 0586085793.
  • Hayek, Friedrich A. [1960] (1978). The Constitution of Liberty, Chicago: University of Chicago Press. ISBN 0226320847.
  • Holmes, Stephen (1993). The Anatomy of Antiliberalism, Cambridge, Mass.: Harvard University Press. ISBN 0674031806.
  • Hallowell, John H. (1943). The Decline of Liberalism as an Ideology with Particular Reference to German Politico-legal Thought, Berkeley: University of California Press.
  • von Mises, Ludwig [1927] (1985). Liberalism in the Classical Tradition, trans. Ralph Raico, New York: Foundation for Economic Education. ISBN 0930439236.
  • Rothbard, Murray N. [1965] (1979). Left and Right: The Prospects for Liberty, San Francisco: Cato Institute. ISBN 0932790003.
  • de Ruggiero, Guido (1927). The History of European Liberalism, trans. R. G. Collingwood, London: Oxford University Press.
  • Webb, Adam K. (2006). Beyond the Global Culture War, New York: Routledge. ISBN 041595312X.

[Sunting] Bahasa Belanda

  • de Beus, J. W.; and Percy B. Lehning (eds.) (1990). Beleid voor de vrije samenleving: politiek-theoretische opstellen, Meppel: Boom. ISBN 9060098986.
  • Charmant, Hans; and Percy B. Lehning (1989). Afscheid van de Verlichting: liberale verwarring over het eigen filosofisch fundament, Rotterdam: Donner. ISBN 9052550514.
  • Groenveld, K.; H. J. Lutke Schipholt, and J. H. C. van Zanen (eds.) (1989). De liberale speurtocht voortgezet: een symposium over de grondslagen van het liberalisme, The Hague: B. M. Teldersstichting.
  • Kinneging, A. A. M. (et al.) (1988). Liberalisme: een speurtocht naar de filosofische grondslagen, The Hague: B. M. Teldersstichting.
  • Verhofstadt, Dirk (2002). Het menselijk liberalisme: een antwoord op het antiglobalisme, Antwerp: Houtekiet. ISBN 9052406715.
  • Verhofstadt, Dirk (2004). Pleidooi voor individualisme, Antwerp: Houtekiet. ISBN 9052407665.
  • Verhofstadt, Dirk (2004). De derde feministische golf, Antwerp: Houtekiet. ISBN 9052409153.

[Sunting] Bahasa Perancis

[Sunting] Bahasa Jerman

  • Becker, Werner (1982). Die Freiheit, die wir meinen: Entscheidung für die liberale Demokratie, Munich: Piper. ISBN 349202761X.
  • Flach, Karl Hermann (1971). Noch eine Chance für die Liberalen; oder, die Zukunft der Freiheit, Frankfurt: S. Fischer. ISBN 3100210018.
  • Gall, Lothar (1985). Liberalismus, edisi 3rd ed., Königstein im Taunus: Athenäum. ISBN 3761072554.


[Sunting] Rujukan

[Sunting] Catatan

  1. A: "'Liberalism' is defined as a social ethic that advocates liberty, and equality in general." - Coady, C. A. J. Distributive Justice, A Companion to Contemporary Political Philosophy, editor: Goodin, Robert E. and Pettit, Philip. Blackwell Publishing, 1995, m/s 440. B: "Liberty is not a means to a higher political end. It is itself the highest political end." - Lord Acton
  2. Bandingkan Oxford Manifesto 1947 oleh Liberal International (Respect for the language, faith, laws and customs of national minorities), Oxford Manifesto 1997 (We believe that close cooperation among democratic societies through global and regional organizations, within the framework of international law, of respect for human rights, the rights of national and ethnic minorities, and of a shared commitment to economic development worldwide, is the necessary foundation for world peace and for economic and environmental sustainability), ELDR Electoral programme 1994 (Protecting the rights of minorities flows naturally from liberal policy, which seeks to ensure equal opportunities for everyone) dan contohnya ucapan "I have a dream" oleh Martin Luther King
  3. Bandingkan Oxford Manifesto dari Liberal International (These rights and conditions can be secured only by true democracy. True democracy is inseparable from political liberty and is based on the conscious, free and enlightened consent of the majority, expressed through a free and secret ballot, with due respect for the liberties and opinions of minorities)
  4. Hel. M. Williams, Sk. Fr. Rep. I. xi. 113," (dianggap Helen Maria Williams) Sketches of the State of Manners and Opinions in the French Republic, 1801. Disebut di dalam Oxford English Dictionary.
  5. Laman web Molinari Institute menamakan aliran ini sebagai "Anarkisme Pasaran".

[Sunting] Rujukan-rujukan lain

  • Michael Scott Christofferson "An Antitotalitarian History of the French Revolution: François Furet's Penser la Révolution française in the Intellectual Politics of the Late 1970s" (in French Historical Studies, Fall 1999)
  • Piero Gobetti La Rivoluzione liberale. Saggio sulla lotta politica in Italia, Bologna, Rocca San Casciano, 1924

[Sunting] Pautan-pautan luar

Cari Liberalisme dalam Wiktionary, sebuah kamus bebas.

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com