6 Julai
From Wikipedia
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Julai | ||||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 | |||||
2006 |
6 Julai merupakan hari ke-187 (hari ke-188 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 178 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Malawi (1964) dan di Comoros (1975)
- Hari Jan Hus di Republik Czech.
[Sunting] Peristiwa
- 1609 - Bohemia diberikan kebebasan agama.
- 1785 - Dolar Amerika Syarikat (gambar) dipilih dengan sebulat suara sebagai unit wang Amerika Syarikat. Ini merupakan kali pertama sebuah negara menggunakan sistem mata wang perpuluhan.
- 1885 - Louis Pasteur berjaya menguji vaksinnya untuk penyakit anjing gila pada Joseph Meister.
- 1887 - Raja David Kalākaua dari Kemaharajaan Hawaii dipaksa dengan senapang diacukan kepada baginda untuk memeterai Perlembagaan Bayonet yang memberikan lebih banyak kuasa kepada Amerika Syarikat di Hawaii serta merampas hak-hak orang asli Hawaii.
- 1892 - 3,800 orang pekerja keluli bertempur dengan 300 orang ejen Pinkerton semasa Mogok Rumah Ladang (Homestead Strike), dan menyebabkan 10 orang maut dan berdozen-dozen orang cedera.
- 1957 - Althea Gibson memenangi Kejohanan Wimbledon, dan menjadi ahli olahraga hitam pertama untuk berbuat demikian.
- 1957 - John Lennon dan Paul McCartney dari Beatles bertemu buat pertama kali.