Kuala Lumpur Monorail
From Wikipedia
Sistem Kuala Lumpur Monorail di Malaysia yang dibuka pada 31 Ogos 2003, berkhidmat di 11 stesen sepanjang rangkaian berukuran 8.6 km yang dilengkapi dua gerabak udara yang selari. KL Monorail menghubungkan KL Sentral dengan kawasan niaga utama "Golden Triangle". Pembangunan KL Monorail memakan bajet RM1.18 bilion oleh KL Infrastructure Group Berhad (KL Infra) yang memgang konsesi 40 tahun untuk mengendali monorel ini. Sistem ini menggunakan tren berkereta dua yang berpasangan, yang setiap buah direka untuk menampung 158 orang penumpang sewaktu operasi biasa. Tren monorel sendiri dibuat oleh syarikat Malaysia.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Stesen
Stesen monorel dari utara ke selatan ialah:
Nama stsesn | Penaja | Pertukaran |
---|---|---|
Titiwangsa | Telekom Malaysia | Aliran Ampang and Aliran Sri Petaling |
Chow Kit | Time Berhad | |
Medan Tuanku | Allianz | |
Bukit Nanas | New Straits Times | Aliran Kelana Jaya (memerlukan jalan kaki 100m) |
Raja Chulan | ING | |
Bukit Bintang | Coca-Cola | |
Imbi | Maxis Berhad | |
Hang Tuah | Prudential | Aliran Ampang and Aliran Sri Petaling |
Maharajalela | Great Eastern | |
Tun Sambanthan | Jalan-Jalan XinTianDi | |
KL Sentral | - | KTM Komuter, KTM Antarabandar, Aliran Kelana Jaya, KLIA Ekspres dan KLIA Transit (memerlukan jalan kaki 100m) |
[Sunting] Penumpang
Bilangan penumpang KL Monorail naik mendadak dari 341,850 orang pada September 2003 ke 1.18 juta orang pada Ogos 2004. Pada tahun 2005, purata penumpang seharian ialah 45,000 orang sehari. Monorel telah mengangkut 25 juta penumpang sejak pelancarannya. Satu perjalanan mempunyai kos antara RM 1.20-RM 2.50.
PAda awal 2004, tren-tren itu sendiri terlalu kecil dan mudah terlebih muat pada waktu sibuk. Platform stesen jauh lebih panjang berbanding tren, menandakan kemungkinan perluasan perkhidmatan pada masa depan. Pada masa ini tren-tren monorel cuma ada dua bahagian.
[Sunting] Prestasi kewangan
Untuk tahun kewangan berakhir 30 April 2004, KL Infra mencatatkan rugi bersih RM46.24 juta daripada hasil kutipan RM15.08 juta. [1]
[Sunting] Rancangan masa depan
- Terdapat rancangan menghubungkan monorel ke Mid Valley Megamall
- Monorail City berhadapan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Perempuan) Kuen Cheng masih dalam pembinaan
- Sejak Ogos 2005, pengguna boleh menggunakan kad Touch 'n Go di stesen monorel. Ini merupakan sebahagian usaha impelmentasi sistem tiket bersepadu untuk sistem transit Kuala Lumpur.
[Sunting] Masalah dan kritikan
[Sunting] Kemalangan David Cheliah
Sebelum pembukaan KL Monorail satu kemalangan berlaku melibatkan roda keselamatan dari sebuah tren jatuh dan terkena seorang pengguna jalan raya yang sedang berjalan di bawah viaduk monorel. Mangsa yang bernama David Cheliah, seorang wartawan, menderita akibat kecederaan yang perlu dirawat di hospital. Hal ini dilangsaikan di luar mahkamah di bawah syarat-syarat yang tidak diketahui umum.
Syarikta monorel melaporkan bahawa mana-mana insiden sedemikian adalah "tidak mungkin" sama sekali kerana 6 bol pada roda perlu dicabut untuk menyebabkan kejadian tersebut. Lagipun, penyemakan terhadap roda keselamatan lain pada tren yang terlibat tidak menimbulkan apa-apa isu.
Akibat kemalangan ini, pelancaran monorel ditunda.
[Sunting] Integrasi dengan sistem aliran lain
KL Monorail yang merupakan penambahan terbaru pada rangkaian pengangkutan Lembah Klang, dikritik secara meluas oleh orang awam kerana kekurangan integrasi dengan rangkaian rel yang lain.
Contohnya, stesen monorel KL Sentral dibina 140 meter jauh dari bangunan utama KL Sentral, dipisahkan oleh tempat letak kereta yang luas dan jalan yang sibuk. Sebatang laluan berteduh antara stesen monorel dan bangunan utama tersebut disediakan untuk kemudahan pengguna. Kebelakangan ini, gerai-gerai kecil didirikan di sepanjang laluan berteduh tersebut, menyebabkan laluan itu menjadi sesak dan pengudaraannya terjejas.
Stesen KL Monorail dan LRT Aliran Sri Petaling/Ampang di Titiwangsa terletak berdekatan dengan satu sama lain dan hampir sama paras udaranya. Namun, para pengguna terpaksa turun dari satu stesen tersebut ke paras jalan untuk ke stesen yang lain/
[Sunting] Tiket
Sebagai komponen penting sistem pengangkutan Lembah Klang, KL Monorail tidak menerima pas Rapid KL atas sebab-sebab yang jelas. Bagaimanapun, KL Monorail menerima kad Touch 'N Go sejak Ogos 2005.
[Sunting] Tambang mahal
Harga tiket juga dikritik. Berbanding dengan pengangkutan rel lain di Lembah Klang yang mempunyai jarak yang serupa, harga tiket dengan menaiki monorel adalah tertinggi. Sebagai perbandingan, harga bagi perjalanan monorel dari Bintang Bukit ke Imbi adalah RM1.20, manakala perjalanan dari Masjid Jamek ke Pasar seni dengan Aliran Kelana Jaya hanya berkos RM1.00.
[Sunting] Perancangan yang tidak memuaskan bagi pembinaan viaduk
Tiang penyokong rail telah diletakkan pada tempat yang kurang sesuai pada beberapa tempat. Yang paling jelas adalah di Jalan Sultan Ismail dimana tiangnya berada di tengah jalan Jalan Sultan Ismail yang satu hala, menyebabkan ia kekal laluan terbahagi dua. Ini berpotensi bagi mengelirukan pengguna.
[Sunting] Lihat juga
- Monorel di Malaysia
- Aliran Ampang
- Aliran Kelana Jaya
- Aliran Sri Petaling
- KLIA Ekspres
- KLIA Transit
- KTM Komuter
- Pengangkutan awam di Kuala Lumpur