Telekom Malaysia
From Wikipedia
Telekom Malaysia Berhad (TM) merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alih setelah mengambil alih Celcom Berhad dan menggabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri, TMTouch.
TM juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan Internet (TM Net) yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. Perhubungan jalur lebar disalurkan melalui DSL di bawah jenama TMNet Streamyx. Oleh sebab hampir memonopoli kesemua perkhidmatan perhubungan pengguna akhir, TMNet juga merupakan sau-satunya penyummbang jalur lebar DSL broadband di negara ini. Bagaimanapun, meskipun ramai pelanggan, TM Net menghadapi kritikan pengguna yang amat lantang, terutamanya aduan mengenai perkhidmatan kurang memuaskan dan pengurusan pelanggan yang tidak tentu arah.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |