Gamal Abdel Nasser
From Wikipedia
Gamal Abdel Nasser (15 Januari 1918 - 28 September 1970) merupakan Presiden pertama Mesir, dan boleh dianggap salah seorang daripada pemerintah negara Arab terpenting dalam sejarah.
Gamal Abdel Nasser dilahirkan di Alexandria dan aktif dalam gerakan Mesir menentang penjajahan asing ketika menuntut di Akademi Ketenteraan. Beliau terbabit dalam Peperangan Arab-Israel 1948 dan pada waktu itu berpangkat Major.
Selama beberapa bulan pada akhir peperangan, Gamal Abdel Nasser dan orang-orangnya terperangkap dalam kawasan yang dikenali sebagai "Poket Faluja". Apabila perdamaian tercapai, Gamal Abdel Nasser dibenarkan kembali ke Mesir. Pada tahun 1952, Gamal Abdel Nasser mengetuai rampasan kuasa ketenteraan untuk menggulingkan Raja Farouk I.
Pada awal 1954, Gamal Abdel Nasser menangkap pemerintah Mesir ketika itu, Jeneral Muhammad Naguib, dan pada 25 Februari 1954 Gamal Abdel Nasser menjadi Yang Terutama Mesir. Dua tahun kemudian, beliau menjadi calon tunggal dalam pilihan raya presiden dan dilantik menjadi presiden Mesir pertama.
Selepas kalah dalam Peperangan Enam Hari dengan Israel, Gamal Abdel Nasser ingin menarik diri tetapi rakyat Mesir membantah. Gamal Abdel Nasser sekali lagi mengetuai rakyat Mesir dalam Peperangan Berlanjutan 1969-1970. Gamal Abdel Nasser meninggal dunia akibat sakit jantung selepas dua minggu peperangan tamat pada 28 September 1970. Gamal Abdel Nasser digantikan oleh Anwar Sadat.
Didahalui oleh: - |
Presiden Mesir Pertama | Digantikan oleh: Anwar Sadat |