Entomologi
From Wikipedia
Entomologi adalah cabang sains yang mengkaji mengenai serangga. Berasal dari dua perkataan Latin - entomon bermakna serangga dan logos bermakna ilmu pengetahuan. Serangga merupakan kelompok haiwan yang terbesar bilangan spesiesnya berbanding lain-lain haiwan ataupun tumbuhan. Sehingga kini terdapat sekitar 1 juta spesies serangga yang telah direkodkan. Bilangan spesies yang sebenarnya tidak diketahui kerana masih banyak yang belum direkodkan kewujudannya. Kepentingan pengetahuan entomologi dapat dilihat daripada peranan serangga secara langsung maupun tidak langsung dalam kehidupan manusia di bumi ini.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang bidang ini diperluaskan untuk turut mencakupi artropod.