Perbualan Pengguna:Che090572
From Wikipedia
Pesanan | |||
---|---|---|---|
Pesanan baru | |||
|
[Sunting] Rencana Asia Tenggara
Hai Che Det, bagi saya, politik di masukkan dalam bahagian "Sejarah". Berikanlah tiga cadangan untuk saya menulis, tetapi jangan kasi rencana Johor. Tentang Johor, saya cuma tahu tentang skrin komputer saya saje, hehehe. — PM Poon 04:19, 23 Julai 2006 (UTC)
- Sekarang akan jadi sejarah besuk... sama dengan dahulu ialah sekarang pada masa itu. Tak perlulah terlalu teknikal. Kumpulkan rencana saje supaya tak perlu mencipta terlalu banyak kategori. Sebenarnya, Wikipedia bahasa Inggeris tidak menyokong rencana mengenai peristiwa-peristiwa yang terlalu terkini. — PM Poon 04:29, 23 Julai 2006 (UTC)
Tak ade masalah tentang rencana piihan raya, asalkan ada sumber, hehehe. Tapi kita kena juga mengisikan senarai. Kalau tidak, macam mana kita akan tahu rencana itu sudah ada atau tidak? Saya terperanjat ketika saya memasukkan senarai Presiden Filipina dalam senarai. Langsung tak ade rencana mengenainya! Macam mana semua orang akan dapat tahu kalau tak menyenaraikannya, kan?
Lagi satu, saya mendapati bahawa sebenarnya, kita tidak mempunyai banyak penyumbang walaupun statistik menunjuk 4,060. Kalau kita mempunyai 60 orang pengguna, sudah ketawa. Kalau kita tolak pengguna yang hanya menulis rencana hiburan seperti muzik-muzik, dan filem-filem, saya rasa tak sampai 5 orang pada mana-mana satu masa! — PM Poon 05:34, 23 Julai 2006 (UTC)
[Sunting] Pilihan Raya Umum Malaysia 2004
Hai Che Det, tak perasan saya dapat menyiapkan terjemahan rencana ini tanpa sebarang bantuan daripada Kamus Dewan Bahasa yang sekali masuk hospital, hehehe. — PM Poon 17:42, 25 Julai 2006 (UTC)
- Che Det, bolehkah anda refrasakan. Susah nak tangkap, hehehe. — PM Poon 04:59, 26 Julai 2006 (UTC)
Che Det, saya memahami ayat anda hanya selepas membaca perutusan saya yang terakhir kepada anda, hehehe. Dah tua laaaa, terlupa apa yang saya tulis. Ayat anda adalah berkaitan dengan perutusan itu. — PM Poon 13:23, 26 Julai 2006 (UTC)
[Sunting] Rencana-rencana Pilihan Raya Umum Malaysia
Hai Che Det, susah nak dapat bahan-bahan dalam talian. Bagaimanapun, saya telah menghabiskan kesemua rencana terhadap 11 Pilihan Raya Umum di Malaysia sejak kemerdekaan, berdasarkan satu gambar rajah yang tunggal dalam internet. Sila lihat gambar rajah itu dalam rencana Pilihan Raya Umum Malaysia. Rencana ini merupakan gambaran keseluruhan untuk siri ini. Bagaimanapun, saya masih belum menulis sebarang perenggan, kecuali mencipta satu jadual serta grafnya.
Saya telah cuba mengisikan dua biji beras dalam setiap mangkuk rencana, satu tipu helah yang diperkuatkan dengan zat-zat yang saya masih ingat tentang pilihanraya-pilihraya itu. Saya menyerahkan kepada anda untuk membuat pembetulan serta mengukuhkan siri rencana ini. — PM Poon 23:46, 27 Julai 2006 (UTC)
- Che Det, janganlah tulis rencana anda dengan invisible ink! — PM Poon 21:34, 1 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Sabrina Houssami
Hai Che Det, tengok Sabrina Houssami!!! — PM Poon 00:02, 29 Julai 2006 (UTC)
[Sunting] Mengenai portal
Hai che, tahniah kerana telah memperkenalkan portal pertama Wikipedia Melayu iaitu portal Sains. Cuma dua perkara hendak diberitahu. Pertama, perkataan "edit" yang mini di sebelah kanan kenalah berbaca "sunting" (namun ini mungkin disebabkan anda masih belum siap menterjemah sepenuhnya laman portal tersebut) dan lagi satu bolehkah anda letakkan bersama di atas senarai yang anda buatkan itu "misalnya Masyarakat, Sains, Sejarah.." dll satu lagi pautan merah "Undang-undang" ke portal undang-undang yang bakal diusahakan saya (nanti apabila kurang sibuk. Sekarang masih sangat sibuk, hehe). Terima kasih. — Alistaire 15:48, 2 Ogos 2006 (UTC)
- Che Det, sebagai sokongan kepada portal pertama dalam Wikipedia Melayu, saya akan menyumbang sedozen rencana yang panjangnya sekurang-kurang dua atau tiga skrin. (Tak berani tidak mengehadkan panjang rencana selepas penterjemahan Republik Rom yang gila belaka. Selepas membahagikan rencana itu menjadi dua, Sejarah Republik Rom masih merupakan rencana yang amat terlalu amat terlalu amat terlalu panjang sehingga kini, saya menyerah.) Bagikanlah tajuk rencana yang anda perlukan. — PM Poon 01:49, 4 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Portal Sains
Che Det, tak perasan anda boleh buat portal, hehehe! Memang canggih! Kalau anda panggil saya buat, memang saya tak berupaya. — PM Poon 18:16, 2 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Maklumat
Ya Che kita bisa/boleh bertukar maklumat ttg Indonesia di wikipedia Melayu, maaf baru bisa dibalas,:-)--IwanBudiArta 17:22, 10 Ogos 2006 (UTC)
- Hai Che Det, alamak! Tak kan Anda tak tahu informasi Indonesia itu bisa jika ditukar? Bisa tak balasan IwanBudiArta? Sila referensikan Kamus Bahasa Indonesia-Bahasa Malaysia jika Anda hendak mentranslasikan artikel Indonesia kepada bahasa Melayu varian Malaysia. Jika Aku tak silap, Anda membutuhkannya. — PM Poon 19:48, 10 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Isu semasa
Hai che! Tentang rencana berkaitan dengan timur tengah dan sebagainya saya akan bantu anda jika ada masa. Buat masa sekarang saya sibuk dengan rencana berkaitan siri animasi Naruto (saya gelarkan sebagai Projek Naruto :P). Sekarang saya beminat dengan anime pulak tak tahu kenapa :P. — Master2841 18:11, 13 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Resolusi Majlis Keselamatan PBB
Rencana yang anda minta telah siap. — Alistaire 04:43, 14 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Undian usercheck
Anda dijemput untuk memilih siapa yang layak menjadi usercheck. Sila sertai di Wikipedia:Kedai Kopi. - Didie 14:04, 21 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Gambar Makam Mahmoodiah di Johor Bahru
Assalamualaikum Che090572. Tadi saya ada cipta artikel pasal Makam Mahmoodiah di Johor Bahru. Nanti boleh tak tolong ambil gambar bangunan Makam Mahmoodiah dari luar sahaja. Terima kasih. Aiman Ab Majid 22 Ogos 2006
[Sunting] Portal:Fizik
Hai Che Det, saya telah mencipta 8 buah rencana yang baru untuk portal fizik. Bagaimanapun, isi kandungannya kekadang amat susah difahami. Bolehkah anda memudahkan sebilangan ayat? Atau kita menukarkan nama portal itu dari Portal:Fizik menjadi Portal:Esoterik, hehehe. — PM Poon 14:07, 22 Ogos 2006 (UTC)
Hai Che Det, timasih atas galakan anda. Saya akan terus menyumbang kepada Portal Fizik, dan saya juga telah mengajak Polar menyumbang. Polar berkata pada 23 Ogos:
- ... tentang Portal Fizik tu, saya memang berminat sebab saya memang mengambil kursusnya kini. Cuma kesibukan yang menghalang saya. Mungkin cuti pertengahan semester 2 minggu lagi, saya akan cuba membantu. — PM Poon 12:11, 24 Ogos 2006 (UTC)
Sila pergi ke Wikipedia:Kedai Kopi untuk cadangan saya yang terkini. - Didie 05:35, 24 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Bantuan
Hai Che, bolehkah anda tolong terjemahkan rencana Perang Enam-Hari yang baru saya buat?? — Lokey3310 16:33, 24 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Templat Nuclear Technology
Hai Che Det, terdapat sedikit percanggahan istilah. Kebanyakan istilah saya diambil daripada Dewan Bahasa, tetapi saya juga tahu bahawa kekadang cadangan Dewan Bahasa tidak digunakan oleh pakar-pakar tertentu. Macam mana sekarang? Ikut anda punya atau Dewan?
- Pressurized water reactor: reaktor air bertekanan
- Boiling water reactor: reaktor air didih
- Fast breeder reactor: reaktor pembiak cepat
- dan sebagainya. — PM Poon 16:53, 25 Ogos 2006 (UTC)
Hai Che Det, sebenarnya saya amat bergantung kepada kamus. Bila portal Kamus Dewan down saja, saya ikutnya turun, hehehe. Menurut kamus Dewan, plant ialah "loji", manakala reactor ialah "reaktor". Jika istilah Dewan adalah istilah piawai, maka kita kena mengikut walaupun ia tidak mempunyai akar bahasa Melayu. Bagaimanapun, ketika sesuatu perkataan bukannya istilah teknikal, saya selalu mencuba menggunakan perkataan bahasa Melayu yang bukan perkataan pinjaman. Walaupun begitu, penguasaan bahasa saya masih sendirian berhad dan peringkat kejayaan berbeza-beza, hehehe.
P/S: Tadi, Polar memberikan saya Kamus Fizik yang baru. — PM Poon 17:46, 25 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Rencana fizik
Alamak Che Det, anda bikin portal fizik tapi tak nampak anda menyumbang pun! Yang disumbang ialah rencana nyah fizik!!! — PM Poon 18:59, 26 Ogos 2006 (UTC)
- Baru nak sambung rencana Fizik zarah, kamus Dewan Bahasa tergendala pulak. Bagaimanapun, kejadian ini tidak begitu kerap berbanding dahulu. Rencana fizik memerlukan terlalu banyak istilah. Lagi pun, saya mendapati bahawa kamus Dewan Bahasa lebih lengkap, berbanding kamus fizik yang diberi oleh Polar. Walaupun kamus Polar itu amat panjang, masih terdapat bahawa istilah yang tidak terdapat dalamnya berbanding Kamus Dewan. Maka kini saya tergendala juga! — PM Poon 13:14, 27 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Rencana Melayu
Hai Che Det, saya telah tukar gambar dalam rencana Melayu seperti berikut:
— PM Poon 15:20, 27 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Istilah untuk collider
Hai Che Det, apakah istilah untuk collider? Bolehkah saya menggunakan "pelanggar"? — PM Poon 15:53, 28 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Pemecut
Hai Che Det, menurut Kamus Istilah Dewan Bahasa, "pemecut" ialah accelerator. Akankah ini kemudian mengelirukan pembaca kerana dalam rencana Fizik zarah, terdapat perkataan accelerator serta collider. — PM Poon 17:32, 28 Ogos 2006 (UTC)
Hai Che Det, sila baca rencana Teori terjemahan yang saya tengah buat. Seorang penterjemah yang baik harus memenuhi empat syarat. Nampaknya, saya cuma mempunyai satu antara empat syarat, iaitu syarat pertama. Seseorang penterjemah harus mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diterjemahkan. Nampaknya, saya langsung tidak dapat membezakan antara pengecut dan pemancut, hehehe. Bagaimanapun, saya melihat anda juga menggunakan "pelanggar". Jika "pelanggar" boleh digunakan, kita kekalkan saje sebab rencana asal memang menggunakan dua perkataan yang berbeza, iaitu collider dan accelerator dan sebenarnya, saya langsung tidak memahami rencana Fizik zarah, hehehe. — PM Poon 17:56, 28 Ogos 2006 (UTC)
Nampaknya kita yang berlanggar pulak! Sebenarnya, kebanyakan rencana untuk portal fizik anda yang saya menterjemahkan, saya menterjemahkan tanpa memahaminya, khususnya Teori medan kuantum! Kalau tak ada Kamus Dewan, memang tak dapat menulis... macam semalam. — PM Poon 19:26, 28 Ogos 2006 (UTC)
Saya cuma tembak saje. Adalah baik jika anda serta Polar mengemaskinikan terjemahan yang telah saya buat! Nampaknya seakan-akan saya faham, tetapi sebenarnya kebanyakannya, saya langsung tak mengerti. Sebab itu, saya menegur anda menukarkan nama portal fizik itu menjadi portal esoterik, hehehe. — PM Poon 19:49, 28 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Fazira binti Wan Chek
Hai Che Det, bolehkah anda membantu saya menghapuskan lima versi gambar Fazira binti Wan Chek yang terawal. Sememangnya, gambar menelan banyak ruang cakera keras. Percubaan terkini merupakan percubaan yang terbaik, walaupun saya masih tidak beberapa puas hati dengan hasilnya. Bagaimanapun, gambar asal adalah lebih teruk, dan usaha pembaikan hanya boleh mencapai hasil yang takat. — PM Poon 12:59, 30 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Rencana fizik zarah
Cikit cikit jadi bukit! Rencana fizik zarah telahpun siap diterjemahkan. Yang paling aneh adalah setelah menterjemahkan seluruh rencana itu, saya masih memahami kacang tentang fizik zarah, iaitu dalam bahasa Inggeris, I still know nuts about particle physics!, hehehe. Macam mana pembaca rencana akan mencapai sebarang manfaat daripada penghabisan masa untuk membaca rencana ini, saya masih menggaru kepala.
Bagaimanapun, saya telah menunaikan janji saya untuk menyumbang sedosen rencana untuk portal fizik anda. Bagi rencana Fizik jirim termeluwap, adalah baik jika kita menunggu penggabungan rencana Wikipedia bahasa Inggeris sebab bentuk rencana terakhir mereka masih belum disiapkan. Saya akan menyiapkan rencana Nanoteknologi sedikit demi sedikit sebab kini dah jelak dengan rencana fizik, hehehe. Bagaimanapun, bukan semua 12 rencana yang saya telah menterjemahkan adalah lengkap. Banyaknya cuma memberikan gambaran keseluruhan sahaja dan anda masih boleh meneruskannya. — PM Poon 00:30, 31 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Portal esoterik
Hai Che Det! "Esoterik" bermaksud "difahami oleh beberapa orang sahaja". Malangnya saya tidak termasuk dalam golongan itu, hehehe. Bagaimanapun, saya mempunyai muka tembok dan oleh itu, tak segan menterjemahkan sebilangan rencana fizik. Yang saya harapkan ialah pakar-pakar fizik akan membetulkan rencana-rencana yang telah saya terjemahkan supaya saya dapat belajar sedikit sebanyak tentang fizik. Kan ini portal masyarakat? Malangnys portal masyarakat ini seakan-akan portal nyah masyarakat, hehehe.
Sebenarnya, saya tengah mengkaji bahasa Melayu serta perkembangannya sejak kemerdekaan, dan akan mengukuhkan rencana Perkembangan Bahasa Malaysia yang telah saya cipta.
Bahasa Melayu kini mempunyai semua istilah fizik, asalkan bahasa Inggeris mempunyainya. Ini disebabkan Dewan Bahasa telah mencipta sebuah sistem pengejaan istilah pinjaman bahasa Melayu yang amat berkuasa. Umpamanya, "organisma" adalah benar-benar perkataan bahasa Melayu. Tiada orang boleh menafikannya sebab perkataan itu akan ditolak oleh penutur-penutur bahasa Inggeris yang akan mendakwa bahawa itu bukan perkataan bahasa Inggeris. Serupa juga dengan "orgasma". Jika anda cuma mencapai puncak syahwat, puncak itu hanya bertaraf tempatan; sebaliknya kalau anda mencapai "orgasma", anda telah mencapai puncak antarabangsa, hehehe.
Dalam bukunya, Panduan Menterjemah, Ainon Muhammad mencadangkan bahawa semua istilah yang sukar harus diterangkan sebaik sahaja perkataan itu dikemukakan. Sebagai contoh, "Orang Jepun adalah pakar dalam proses peminiaturan, iaitu proses membuat sesuatu dalam saiz kecil". Menurut beliau, seseorang yang langsung tidak hendak menggunakan perkataan pinjaman adalah sama buruk dengan orang yang menggunakannya ketika terdapat perkataan asli, umpamanya "orgasma", hehehe.
(P/S: Gambar asal Era Fazira memang tak cantik, walaupun saya mencuba memperbaiknya. Yang baru ini dah cukup baik, tak perlu sebarang perbaikan. Bagaimanapun, kecerahan pengawas saya telah diturunkan disebabkan mata sakit, akibat terlalu banyak masa dihabiskan di depan komputer. Lagi pun, saya baru sedar bahawa kekadang, apa yang nampak cantik di komputer saya tidak akan nampak cantik di pengawas lain. Dulu ketika saya menggunakan monitor lama, gambar Mark Twain amat cantik. Selepas saya menukarkan pengawas saya menjadi LCD, gambar itu nampak banyak teruk. Usaha saya untuk mendapat kembali kelihatan lama langsung tidak berjaya.) — PM Poon 17:02, 2 September 2006 (UTC)
[Sunting] Perbaikan gambar
Hai Che Det, bolehkah anda memberikan saya sedikit sebanyak feedback yang benar-benar jujur tentang gambar-gambar yang biasa saya perbaiki. Adakah gambar-gambar itu nampak teruk? Bagi saya, gambar-gambar itu nampak baik dalam komputer saya sebelum saya muat naik. Terdapat banyak gambar yang terlalu kecil, umpamanya gambar menteri-menteri Malaysia yang saya memperbesar, tetapi sebagaimana yang anda harus tahu, kejayaan usaha-usaha itu adalah terhad.
Saya terkejut ketika saya melihat gambar Mark Twain yang amat teruk dalam pengawas baru, tetapi amat, amat canggih dalam pengawas lama. Memang pengguna-pengguna Wikipedia bahasa Melayu amat toleran. Kalau di Wikipedia bahasa Inggeris, memang kena tegur dengan serentak, hehehe. Bagaimanapun, ketika anda nampak mana-mana satu gambar yang saya perbaiki kelihatan amat teruk, tolong beritahu saya, okay? — PM Poon 11:14, 3 September 2006 (UTC)
Hai Che Det, saya minta maaf kerana tidak jawab anda lebih awal. Sebenarnya, saya dalam keadaan ketidakpastian dan oleh itu, tidak tahu apa nak kata. Bagaimanapun, saya akan tegur anda ketika saya melihat anda di Perubahan terkini. Marilah kita bersembang di Yahoo Messenger, hehehe. — PM Poon 03:38, 8 September 2006 (UTC)
- Perutusan anda telah saya terima. Hari ini angin tak berapa baik. Saya memang akan menghubungi anda kemudian. Terima kasih atas penjagaan anda (hehehe, mungkin terjemahan perkataan itu untuk perkataan concern tidak tepat, tetapi "kebimbangan" nampaknya langsung tak kena).
- Saya baru tadi sahaja menyedari bahawa gambar Tony Blair yang saya memperbaiki kelihatan amat teruk. Saya menggunakan pengawas LCD (LCD saya yang pertama tetapi dah beberapa bulan) dan tidak menyedari bahawa cara duduk saya amat penting untuk menentukan kecerahan gambar. Disebabkan saya tidak duduk dengan punggung saya, sudut penglihatan saya terlalu rendah dan oleh itu, apa yang dilihat okey adalah terlalu terang! Saya baru membetulkan gambar Tony Blair. Nampaknya saya kena membuat semula semua gambar yang saya telah "memperbaiki" (baca "merosakkan", hehehe). Saya akan membuatnya sedikit demi sedikit. — PM Poon 06:34, 9 September 2006 (UTC)
[Sunting] Nombor laluan persekutuan bagi Lebuhraya Pelabuhan Tanjung Pelepas
Assalamualaikum, Hai Che090572, Saya nak tanya, nombor laluan persekutuan bagi Lebuhraya Pelabuhan Tanjung Pelepas yang menghubungkan persimpangan bertingkat EXIT 313 di Lebuhraya Linkedua ke Pelabuhan Tanjung Pelepas ialah laluan persekutuan yang ke berapa? -- Aiman Ab Majid 23:10 8 September 2006
Hai Che Det, saya minta maaf kerana lambat membalas. Sebenarnya, saya juga hendak menunggu kabus menjadi tipis supaya dapat memberitahu anda tentang rancangan saya. Kini kelihatan lebih terang. Saya rasa lebih selesa di luar sebagai pengguna tanpa mendaftar. Oleh itu, saya akan masuk hanya untuk memuat naik gambar. Bagaimanapun, kan itu sama saje, ada daftar atau tidak? Saya masih menyumbang. Bagaimanapun, saya rasa tidak bijak kalau saya tertumpu kesemua masa pada satu portal. Oleh itu, saya telah membahagikan sedikit masa untuk 'kalau-kalau' (just in case). Saya akan berbual dengan anda dengan lebih lanjut melalui Yahoo Messenger. — PM Poon 18:14, 12 September 2006 (UTC)
Masih dalam Wikipedia? Nak sembang dalam Messenger? — PM Poon 11:25, 16 September 2006 (UTC)
Nampaknya anda telah keluar. Tak perasan anda masuk tadi. Saya pun nak keluar sekarang.
Siapa cakap "Bipass tidak ada didalam kamus bahasa melayu...hanya pirau atau langkau.."? Tengok Huraian 10 dalam Kamus Dewan Bahasa yang mengatakan bahawa bypass road ialah jalan bipas! Kena jaga-jaga, kerana kini macam-macam boleh! hehehe. — PM Poon 11:31, 16 September 2006 (UTC)
Sila lihat Perbualan:Jalan Bipas Muar. Seorang lagi! — PM Poon 12:18, 16 September 2006 (UTC)
Bahasa Melayu kini menghadapi kedua-dua pencemaran dan kecemaran! Pada satu hari nanti, hanya penutur bahasa Inggeris yang akan memahaminya, bukan lagi orang Melayu, hehehe. Hari itu, saya baru terkejut ketika melihat adjektif dibubuh di hadapan kata nama dalam Kamus Dewan Bahasa, sedangkan perkataan itu bukan perkataan teknik seperti karbon dioksida. Saya terlupa perkataan itu kerana tidak mencatatkannya. Kalau tak silap, saya tidak menggunakan istilah itu. Kalau saya menemuinya sekali lagi, saya akan menunjukkannya kepada anda.
Bahasa Melayu kini sedang berkembang dengan pesat dan oleh itu, adalah dalam pergolakan yang pening. Saya berasa bahasa Melayu pada tahun 2020 akan mengambil bentuk seperti berikut:
- Johor Bahru ialah sebuah metropolitan siti di selatan Malaysia Peninsular yang merupakan kapital bagi Johor stet. Siti ini merupakan siti kedua terbesar di Malaysia, terima kasih kepada proksimitinya dengan siti stet Singapura. Dengan populasi sebanyak 500,000 di dalam siti, dan 1.73 milion di metropolian area, siti ini merupakan hub industri, tourisme, dan komersil untuk Malaysia selatan. Tourisme merupakan kontributor yang signifikan kepada ekonomi siti ini kerana ia menerima 60% daripada total 16 milion touris asing setahun dalam nasion yang datang via link-link brij dan jalan raya dari Singapura. Untuk mengadministrasikan perkembangan yang pesat ini, Johor stet gomen telah mengaplikasi e-gomen supaya administrasinya efektif dan efisien. — PM Poon 10:46, 17 September 2006 (UTC)
Take place : terjadi atau berlaku, bukan mengambil tempat. — PM Poon 16:23, 21 September 2006 (UTC)
Che Det, masih ade tak? Kalau masih ade, mari kita chat kat Messenger. PM Poon 17:04, 21 September 2006 (UTC)
- Hai Sembilan Mei, maaf ye.... ingat anda telah keluar semalam. Memang kesilapan saya. Saya tunggu sekejap saje kerana tak yakin anda ada atau tidak. — PM Poon 08:38, 22 September 2006 (UTC)
Che Det masih ada? Nak masuk Messenger? Saya akan tunggu hingga pukul 3.15 pagi. Tak payah jawab dalam laman pengguna saya sebab saya tak masuk sana. — PM Poon 19:03, 22 September 2006 (UTC)
[Sunting] Perang Enam Hari
Hai Che Det, rencana ini terlalu boring, hehehe. Rasa rasa anda harus mencari orang lain untuk menterjemahkannya. Saya akan membuat sikit-sikit jika ada angin, tapi tak boleh diharap, hehehe. Ini tidak bermaksud semua rencana pun macam ini. Saya lebih suka rencana biografi, tetapi kena tengok tokoh itu juga. Ada tokoh yang boring juga. — PM Poon 07:50, 24 September 2006 (UTC)
[Sunting] Hadiah Nobel
Hai Sembilan Mei,
- to institute: dimulakan, memulakan
- to institutionalize: diinstitusikan, menginstitusikan
Okay, penyertaan gotong-royong saya untuk rencana ini setakat yang telah disiapkan. Kalau terjemahkan lagi, nanti dituduh terlalu tamak pulak! hehehe. — PM Poon 23:52, 25 September 2006 (UTC)
[Sunting] Perang Enam Hari
- On May 19 the UNEF commander was given the order to withdraw. Egyptian president Gamal Abdel Nasser then began the re-militarization of the Sinai, and concentrated tanks and troops on the border with Israel.
- Pada 19 Mei, komander UNEF diberikan pesanan untuk menarik diri. Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kemudian memulakan penenteraaan semula Sinai, dan memekatkan tanki-tanki dan angkatan-angkatan tentera di sempadannya dengan Israel.
Yang atas itu cuma untuk main-main sahaja. Yang saya tulis dalam rencana Perang Enam Hari pada 2 Oktober ialah:
- Pada 19 Mei, komander UNEF diberikan perintah untuk berundur. Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir, kemudian memulakan penenteraan semula Sinai, dan menumpukan kereta-kereta kebal dan angkatan-angkatan tentera di sempadannya dengan Israel.
Menurut Kamus Dewan Bahasa, militarization ialah penenteraan. Bagaimanapun, tiadanya remilitarization. Oleh itu, saya menulis "penenteraan semula". "Operasi tentera" ialah "military operations" yang mempunyai maksud yang tidak begitu sama.
Kamus Dewan Bahasa tergendala sejak tengah hari. Semua penterjemahan saya tergendala sekali lagi. Nampaknya mereka sendiri tidak tahu portal mereka tergendala. Macam tak ada orang jaga. Kini mereka dah "habis" kerja dan balik rumah. Apa macam? Kena tunggu sampai besuk! — PM Poon 11:23, 4 Oktober 2006 (UTC)
[Sunting] Perang Enam Hari
Hai Che Det, Kamus Dewan Bahasa masih tergendala sejak tengah hari Rabu. Oleh itu, tak dapat membantu atau menterjemahkan sebarang rencana yang berat. Oleh itu juga, saya mengambil masa lapang ini untuk menjawab sedikit sebanyak tentang tuduhan Alistair, hehehe. — PM Poon 10:17, 6 Oktober 2006 (UTC)
[Sunting] Perang Enam Hari
Kelihatannya, rencana Perang Enam Hari bukan untuk diterjemahkan manusia, hehehe. Terlalu panjang!
Kamus Karyanet baru okey tadi selepas tidur sejak seminggu (sila lihat perutusan saya di Kedai Kopi). Semasa menunggu Kamus Karyanet pulih daripada keadaan komanya, saya tidak dapat menterjemahkan sebarang rencana yang menetapi rencana-rencana Wikipedia bahasa Inggeris. (Saya tidak boleh menggunakan kamus bercetak kerana saya kena merujuk kepada kamus beratus-ratus kali bagi setiap rencana, hehehe. Terlalu lambat dan oleh itu, cepat bosan!)
Salah satu masalah yang sentiasa saya syaki tentang penterjemahan rencana Wikipedia bahasa Inggeris adalah soalan adakah penterjemahan secara seratus peratus itu suatu amalan yang baik? Seringnya, rencana Wikipedia bahasa Inggeris mengandungi terlalu banyak maklumat sehingga kadang-kadang, saya pun tidak tahu apa yang saya terjemahkan. Ini berlaku dengan rencana Nanoteknologi dan Angin ahmar, antara lain, dan saya juga mengesyaki bahawa keadaan yang sama juga anda hadapi dalam rencana Perang Enam Hari... iaitu hanya melihat pokok (perincian), tetapi hilangnya hutan (gambaran keseluruhan).
Sebagai satu usaha inovasi (big word for small thing, hehehe), kini saya sedang menterjemahkan siri rencana Perdana Menteri United Kingdom dengan cara yang baru. Cara ini mempunyai konsep yang mudah, iaitu rencana itu terhad kepada lebih kurang 500 perkataan. Sebenarnya, sasaran terawal saya ialah hanya untuk memilih 10 fakta penting. Tetapi ini amat susah dikendalikan. Apakah itu fakta? hehehe. Dalam setiap fakta, terdapat bini fakta, anak fakta, cucu fakta, cicit fakta, dan sebagainya.
Oleh itu, saya hanya menumpukan kepada latar belakang tokoh-tokoh dan perkembangan-perkembangan (iaitu kronologi) yang menyebabkan mereka mencapai jawatan Perdana Menteri. Sebenarnya, saya juga hendak memasuki pencapaian-pencapaian mereka semasa menyandang jawatan Perdana Menteri, tetapi rencana itu telah mencapai sasaran 500 perkataan saya. Walaupun demikian, maklumat ini adalah amat penting dan tidak boleh dibiarkan. Oleh itu, saya berharap akan kembali kemudian (mungkin dalam setahun dua, hehehe) jika tidak terdapat sebarang penulis lain yang minat menulis bahagian "Pencapaian Utama" bagi tokoh-tokoh tersebut. — PM Poon 07:52, 11 Oktober 2006 (UTC)
[Sunting] Censorship
Hai Che Det, saya bersetuju dengan pendirian anda di Kedai Kopi. Walaupun demikian, antara 16 Wikipedia bahasa lain yang mempunyai rencana Kulup, 7 tidak memaparkan gambar, 7 memaparkan gambar foto, dan 2 memaparkan gambar rajah. Kalau gambar rajah dianggap sebagai middle of the road, atau neutral, maka pendirian adalah 50-50.
Manusia memang subjektif, bukannya rasional. Pendapat kita kedua-duanya ini adalah berdasarkan logik. Tetapi logik kekadang tidak boleh pakai. Yang paling ajaib, Perancis yang merupakan budaya yang amat terbuka juga tidak memaparkan sebarang gambar. China, Jepun, dan Indonesia langsung tidak memasukkan rencana ini (menurut pautan antara bahasa Wikipedia Inggeris). Berdasarkan tinjauan ini, saya berasa gambar tidaklah perlu.
Perkara ini juga menjadi perbalahan antara dua mazhab utama Buddhisme. Buddha dulu memesan sami-saminya jangan sentuh mana-mana satu perempuan. Oleh itu, mazhab Theravada mengikut 100%. Mazhab Mahayana mengikut budi bicara dan menjelaskannya dengan sebuah cerita:
- Seorang sami tua dan seorang sami muda menuju ke sesuatu tempat. Pada pertengahan perjalanan mereka, mereka terpaksa menyeberangi sebatang sungai cetek. Walaupun demikian, air terlalu laju. Di sana, terdapat seorang perempuan tua. Dia nak menyeberangi sungai tetapi tak berupaya. Namun, sami tua itu memikul perempuan tua itu menyeberangi sungai dan meletakkannya di tebing yang seberang.
- Selepas agak lama, sami muda itu bertanya sami tua: Mengapa kamu sentuh wanita? Namun sami tua menjawab: Saya sudah meletakkannya di tebing yang seberang, mengapa anda masih membawanya [dalam otak kamu]?
Bagaimanapun, cerita yang dipergunakan oleh mazhab Mahayana ada tipu sedikit (sebenarnya, banyak!) Kalau perempuan itu bukan perempuan tua tetapi Miss Universe, apa macam? Semasa memikul wanita yang jelita, jarum kompass tunjuk jalan, hehehe.
Saya dah bersara daripada Wikipedia. Buat sikit-sikit di Wikipedia bahasa Inggeris, tapi tak banyak. — PM Poon 06:13, 17 Oktober 2006 (UTC)
Dua perutusan penghargaan dalam dua hari di Wikipedia bahasa Inggeris, hehehe. Mali, mali! Tapi jangan! Anda kena tinggal di sini untuk membantu membangunkan portal ini demi kebanggaan bangsa Melayu, hehehe. — PM Poon 08:44, 18 Oktober 2006 (UTC)
Hehehe, hari ini kena kutuk tiga kali pulak! — PM Poon 14:05, 19 Oktober 2006 (UTC)
[Sunting] Test
saja test..kegunaan masa depan.. che| Perbualan 04:43, 3 November 2006 (UTC)
[Sunting] Negara Thai atau Thailand?
Hai, merujuk kepada Perbualan:Thailand sila berikan komen lanjut di laman perbualan tersebut mengenai pilihan anda menamakan rencana itu. Ini untuk mempercepatkan proses pemilihan nama rencana oleh penyelia. Anda boleh menukar pilihan anda atau apa sahaja. Terima kasih.Zack2007 02:53, 29 November 2006 (UTC)
[Sunting] Permohonan menjadi penyelia
Sila lawati laman Wikipedia:Penyelia bagi pengundian permohonan menjadi penyelia. Yosri 11:04, 18 Disember 2006 (UTC)