Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
1960-an - Wikipedia

1960-an

From Wikipedia

 Milenium:    Milenium ke-1Milenium ke-2Milenium ke-3
 Abad:     Abad ke-19Abad ke-20Abad ke-21  
 Dekad    1930-an1940-an1950-an1960-an1970-an1980-an1990-an  
 Tahun:     1960196119621963196419651966196719681969  


Dekad 1960-an merupakan tahun-tahun dari 1960 hingga 1969, akan tetapi ungkapan ini telah mempunyai makna yang lebih luas pada dua puluh tahun yang lalu. Dekad 60-an merujuk kepada peristiwa-peristiwa kebudayaan dan politik yang berkait secara rapat di antara negara-negara Barat, terutamanya di Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Jerman Barat. Pergolakan sosial bukan sahaja terhad kepada negara-negara tersebut, tetapi juga merangkumi negara-negara seperti Jepun dan Mexico secara besar-besaran. Istilah ini juga digunakan dengan nostalgia oleh mereka yang telah mengambil bahagian dalam peristiwa-peristiwa tersebut tetapi telah digunakan secara pejoratif oleh mereka yang menganggap masa ini sebagai tempoh yang mendatangkan keburukan-keburukan yang masih dapat dikesani pada hari kini. Dekad ini juga digelarkan sebagai yang "enam puluhan yang rancak" ("Swinging Sixties") disebabkan sikap buaya darat yang muncul pada dekad ini.

Kenangan yang popular telah menggabungkan dekad ini dengan beberapa peristiwa yang sebenarnya tidak terjadi pada tempoh ini. Sebagai umpama, walaupun beberapa peristiwa yang paling dramatik berkenaan dengan pergerakan hak awam Amerika Syarikat terjadi pada awal dekad ini, sebenarnya pergerakan ini telah pun berlangsung dengan sungguh-sungguh pada dekad 1950-an. Disebaliknya, kebangkitan feminisme dan hak homoseksual bermula hanya pada akhir-akhir 1960-an dan tidak berkembang sehingga dekad 1970-an. Walau bagaimanapun, "60-an" telah disinonimkan dengan kesemua peristiwa dan arah aliran yang baru, menguja, radikal, subversif dan berbahaya (sewajar dengan pemandangan seseorang) pada tempoh ini.

[Sunting] Peristiwa dan arah aliran

Kebanyakan daripada arah aliran dekad ini disebabkan oleh:

  • perubahan demografi yang berhubungan dengan generasi perledakan bayi;
  • kemuncak Perang Sejuk;
  • pembubaran empayar jajahan Eropah.

Kebangkitan revolusi sosial, gerakan hak-hak awam, gerakan hak asasi manusia, gerakan anti-perang dan gerakan budaya saingan adalah sebahagian daripada ciri-ciri yang mentakrifkan dekad 1960-an. Banyak pakar menganggap bahawa "revolusi budaya saingan" berpunca daripada faktor-faktor sosial dan politik utama yang termuncul pada dekad 1950-an, seperti pertempuran yang berterusan di negara-negara Dunia Ketiga, dan pemulangan kepada cara hidup pra-Perang Dunia II.

Generasi yang baru berazam menolak cara hidup penurut pra-Perang Dunia II yang membayangkan lelaki dalam pakaian sut dan wanita di dalam bilik dapur. Sedangkan banyak orang yang menganggap bahawa ini cuma merupakan fenomena Barat, revolusi 1960-an ini menyebar luas dari sempadan Amerika Syarikat dan Eropah Barat. Perkembangan-perkembangan lain pada dekad ini termasuk:

  • pemberontakan-pemberontakan yang memuncak di Amerika Selatan; * penubuhan gerakan-gerakan di Blok Timur yang diilhami oleh Revolusi Hungary yang menolak dominasi Kesatuan Soviet ditubuhkan; dan
  • percubaan-percubaan untuk menentang dominasi Soviet dan Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Pada keseluruhannya, dekad ini melibatkan seluruh dunia. Adalah pada masa ini bahawa ekonomi perlindungan, ekonomi terancang dan ekonomi campuran memuncak.

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com