Beirut
From Wikipedia
Beirut بيروت |
|
Masjid Mohammad al-Amin | |
Lokasi dalam Republik Lubnan | |
Coordinates: 33° 53′13″N, 35° 30′47″E | |
---|---|
Governorate | Beirut |
Datuk bandar | Abdel Mounim Ariss |
Keluasan | |
- Bandar | 7.7 mi² / 19.8 km² |
Penduduk | |
- Bandar (2005) | 1,574,397 |
- Metro | 1,792,111 |
Zon masa | +2 (UTC) |
- Musim panas (DST) | +3 (UTC) |
Laman web: City of Beirut |
Beirut (بيروت ditransliterasikan sebagai Bayrūt) merupakan ibu negara, bandar raya terbesar dan pelabuhan utama tepi laut bagi Lubnan. Orang perancis memanggilnya Beyrouth. Bandar raya ini berpenduduk 1.5 juta rakyat di bandar, dan 2.1 juta rakyat di sekitar metropolitan.
Beirut adalah pusat komersil serantau dan dipanggil "Paris bagi Timur Tengah" disebabkan oleh sifat kosmopolitan sebelum Perang Saudara Lebanon.
Sebelum Israel mengebom pada Julai 2006 dan pembunuhan bekas Perdana Menteri Rafic Hariri tahun 2005, Beirut telah membina semula bandar-bandar yang ketinggalan dan bersedia menganjurkan Francophone Games tahun 2009. Beirut merupakan calon Sukan Olimpik 2024 musim panas. Projek Sannine Zenith akan membuat Lubnan mampu mengajurkan acara sukan terbesar di rantau teluk itu.
Bangsa-bangsa Bersatu untuk Asia Barat (ESCWA) beribu pejabat di Downtown Beirut. Manakala Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan UNESCO (Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Berpendidikan, Organisasi Saintifik dan Kebudayaan) mempunyai ibu pejabat serantau di Beirut bagi menjaga Dunia Arab.
Penerbangan Arab Air juga beribu pejabat di Beirut.
Beirut telah diletakkan bandar raya ke-10 dunia oleh majalah Travel and Leisure bagi tahun 2006.
[Sunting] Sejarah
Asal perkataan Beirut ialah Bêrūt "Perigi" oleh Phoenicians, berdasarkan artifak abad ke-15 SM. Beirut pernah disebut dalam "Surat-surat Amarna." Beirut pernah juga disebut sebagai 'Berytus' - satu istilah Yunani purba. Semua ini berdasarkan kajian 1934 untuk jurnal arkeologi terbitan Fakulti Sastera di Universiti Amerika Beirut.
Pada 140 SM, bandar raya Beirut dimusnahkan oleh Diodotus Tryphon ketika berperang dengan Antiochus VII Sidetes bagi merebut takhta Seleucid.
Kajian arkeologi tahun 1994 mendapati terdapat jalan-jalan purba di Souk Tawile yang berkait dengan zaman Hellenistic.
Duit syiling bagi Berytus memaparkan gambar ketua Tyche, dewi nasib dan seekor dolfin serta sauh. Lambang ini telah dibawa naik sehingga awal Aldus Manutius dalam abad Ke-15 Venice.