1830
From Wikipedia
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1830. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1830 (nombor).
Tahun | 1827 • 1828 • 1829 • 1830 • 1831 • 1832 • 1833 |
Dekad | 1800-an • 1810-an • 1820-an • 1830-an 1840-an • 1850-an • 1860-an |
Abad | Abad ke-18 • Abad ke-19 • Abad ke-20 |
1830 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Gregory.
[Sunting] Peristiwa
[Sunting] Februari
- 3 Februari - Greece mencapai kemerdekaan daripada Empayar Otoman selepas Perang Kemerdekaan Greece. Perundingan tentang sempadan antara kedua-dua negara diteruskan sehingga 1832, di bawah penyeliaan Rusia, Perancis dan Britain.
[Sunting] April
- 6 April - Joseph Smith, Jr. dan lima orang lain menubuhkan Gereja Christ, gereja rasmi pertama gerakan Santos Hari Kemudian di bahagian barat laut New York.
[Sunting] Mei
- 13 Mei - Ecuador berpisah dari Gran Colombia.
- 28 Mei - Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Penempatan Semula Orang Indian
[Sunting] Jun
- 26 Jun - William IV mewarisi George IV sebagai Raja United Kingdom.
[Sunting] Julai
- 5 Julai - Perancis menyerang Algeria - lihat Tempoh Perancis di Algeria.
- 17 Julai - Barthélemy Thimonnier diberikan paten (#7454) untuk mesin jahit di Perancis. Mesinnya menjahit pada kadar 200 jahitan seminit.
- 18 Julai - Uruguay mengamalkan perlembagaannya pada pertama.
- 20 Julai - Greece memberi kewarganegaraan kepada orang Yahudi.
- 27 Julai - Perancis: Permulaan Revolusi Julai.
[Sunting] Ogos
- 9 Ogos - Perancis: Louis Philippe menjadi Raja Perancis.
- 13 Ogos - Perancis: Duc de Broglie menjadi Perdana Menteri.
- 25 Ogos - Permulaan revolusi Belgium.
- 31 Ogos - Edwin Beard Budding diberikan paten untuk rekaan mesin potong rumput.
[Sunting] September
- September 15 - Perkhidmatan kereta api Liverpool dan Manchester dibuka. Perkhidmatan ini yang terdiri daripada lokomotif-lokomotif stim merupakan kereta api penumpang antara bandar yang pertama di dunia.
[Sunting] Oktober
- 4 Oktober - Kerajaan Sementara di Brussels mengisytiharkan penubuhan negara merdeka Belgium sebagai pemberontakan terhadap Belanda.
[Sunting] November
- November 2 - Perancis: Jacques Laffitte mewarisi Duc de Broglie sebagai Perdana Menteri.
- November 8 - Ferdinand II menjadi Raja Dua Sicily.
- November 22 - Ahli Parti Whig, Charles Grey, Earl Kedua Grey, mewarisi Arthur Wellesley, Duke Pertama Wellington sebagai Perdana Menteri United Kingdom
- November 29 - Permulaan pemberontakan Poland di Warsaw terhadap pemerintahan Rusia.
[Sunting] Disember
- 5 Disember - Pertunjukan perdana dunia di Paris bagi Symphonie Fantastique, karya termasyhur Hector Berlioz.
- 20 Disember - Pengakuan Kemerdekaan Belgium oleh Kuasa-kuasa Besar.
[Sunting] Kelahiran
- 3 Februari - Robert Arthur Talbot Gascoyne-Cecil, Marquess Ketiga Salisbury, Perdana Menteri United Kingdom (maut 1903)
- 9 Februari - Abd al-Aziz, Sultan Otoman (maut 1876)
- 15 Mac - Paul von Heyse, penulis Jerman, dan pemenang Hadiah Nobel (maut 1914)
- 18 Ogos - Maharaja Franz Joseph I dari Austria (maut 1916)
- 2 September - William P. Frye, ahli politik Amerika (maut 1911)
- 8 September - Frédéric Mistral, penulis Perancis, dan pemenang Hadiah Nobel (maut 1914)
- 15 September - Porfirio Díaz, Presiden Mexico (maut 1915)
- 10 Disember - Emily Dickinson, pemuisi Amerika Syarikat (maut 1886)
[Sunting] Tarikh tepat tidak dikenali
- Mary Hunt, aktivitis Amerika Syarikat (maut 1906)
[Sunting] Kematian
- 7 Januari - Thomas Lawrence, pelukis Inggeris (lahir 1769)
- 17 Mac - Laurent, Marquis de Gouvion Saint-Cyr, marsyal Perancis (lahir 1764)
- 4 Jun - Antonio José de Sucre, pemimpin revolusi dan negarawan Venezuela (lahir 1795)
- 26 Jun - Raja George IV dari United Kingdom (lahir 1762)
- 18 September - William Hazlitt, penulis esei British (lahir 1778)
- 8 November - Raja Francis I dari Dua Sicily (lahir 1777)
- 1 Disember - Paus Pius VIII (lahir 1761)
- 8 Disember - Benjamin Constant, penulis Switzerland (lahir 1767)
- 17 Disember - Simón Bolívar, pemimpin revolusi dan negarawan Venezuela (lahir 1783)