Unit Pemproses Pusat
From Wikipedia
CPU atau Unit Pemproses Pusat ialah salah satu bahagian di dalam Komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan Unit Pemproses Pusat, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar(register) disertakan sekali bagi menyimpan operator(operands) dan hasil proses.
Istilah Unit Pemprosesan Pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang penting di dalam komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada komputer yang menggunakan cip Mikropemproses moden. Fungsi-fungsi tersebut (cache, dan kawalan input/output) disertakan di dalam Litar Bersepadu(intergrated circuit).
Kebiasaanya, pembekal/pengeluar komputer desktop sering menggunakan istilah CPU untuk merujuk kepada Kotak atau Badan Komputer (computer case) dan kandungannya. Penggunaan CPU di sini adalah kurang tepat dan mengelirukan.
Rekabentuk CPU sering disebut sebagai Arkitektur CPU.
Contoh-contoh arkitektur CPU:
- Intel x86
- Zilog z80
- IBM System/360
- DEC PDP-11, yang kemudiannya diganti oleh VAX
- Motorola 6800
- SPARC keluaran Sun Microsystem
- MIPS keluaran MIPS Computer System
- PA-RISC keluaran HP
- Alpha keluaran DEC
- PowerPC keluaran AIM Alliance
- ARM(Advanced RISC Machine), dan StrongARM/XScale
- SuperH
- Siri UNIVAC 1100/2200 (pada masa ini disokong oleh Unisys ClearPath IX Computer)
- 1750A, komputer piawai Badan Ketenteraan Amerika Syarikat
- AP-101, komputer dalam Kapal Angkasa
Beberapa Arkitektur CPU yang baru muncul termasuk:
- Intel Itanium
- AMD x86-64
CPU yang penting dalam sejarah:
- EDSAC, arkitektur pertama yang boleh menyimpan aturcara komputer
- Apollo Guidance Computer, yang digunakan dalam penerbangan kapal angkasa ke bulan
Arkitektur CPU boleh juga dikelaskan mengikut rekabentuk CPU, seperti saiz daftar. Pada hari ini, kebanyakan komputer Desktop mempunyai pemproses 32-bit, dan pemproses 64-bit juga semakin digunakan. Peralatan yang kecil seperti Telefon bimbit(telefon mudahalih), PDA, dan Permainan Video mudahalih menggunakan pemproses 16-bit, atau 8-bit.
[Sunting] Lihat juga
- Unit Aritmetik dan Logik (ALU)
- BIOS
- CISC / RISC
- Kejuruteraan komputer
- Rekabentuk CPU
- Penguncian CPU (CPU Locking)
- CPU Power Consumption
- Unit Titik Terapung (floating point unit)
- FSB (Front Side Bus)
- Mikrokod
- Mikropemproses
- Papan Induk (Motherboard)
- Wait State
- Penyejukan CPU