Sistem kasta
From Wikipedia
Sistem kasta telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah atau dikenali sebagai "mereka yang tidak boleh disentuh" atau dalam bahasa Inggeris "untouchables". Rajah di bawah menunjukkan kelas-kelas yang terdapat di dalam sistem ini.
Sistem Kasta | ||
Kelas | Warna Kulit | Pekerjaan |
Brahmin | Putih | Paderi dan Guru |
Ksatriya | Merah | Pendekar dan Pemerintah |
Vaisya | Cokelat | Petani, Pedagang dan Pelukis |
Sudra | Hitam | Buruh |
Pariah | Hitam | Buruh Kasar |
[Sunting] Sejarah Sistem Kasta
Sistem Kasta adalah berpunca dari Bhagavad Gita yang menyatakan:
- Pekerjaan-pekerjaan kaum Brahmin, Ksatriya, Vaishya, dan Sudras adalah berbeza, harmoni dengan tiga kuasa yang berkaitan dengan kelahiran mereka.
- Peranan kaum Brahmin adalah keamanan; harmoni, austerity, dan kesucian; kecintaan-kemaafan dan peribadi yang murni; berwawasan, berhikmah dan berkepercayaan.
- Peranan kaum Ksatriya: minda seorang perwira, berdarah panas, constancy, resourcefulness, berani dalam perang, pemurah dan seorang pemimpin yang baik.
- Perdagangan, pertanian dan membela kerbau ialah pekerjaan kaum Vaishya. Dan kerja kaum Shudra pula ialah untuk memberi perkhidmatan.
[Sunting] Sistem Kasta di dalam budaya lain
Selain India, sistem ini wujud di negara-negara lain juga. Di Afrika Selatan misalnya sewaktu era aparteid penduduk berkulit putih dianggap lebih baik superior berbanding masyarakat bukan kulit putih. Di Jepun pula masyarakatnya yang menetap di Amerika Selatan dipandang rendah dan sukar mendapat kerakyatan di negara sendiri. Manakala, sewaktu pemerintahan Adolf Hitler, rakyat Jerman berbangsa Yahudi disisihkan dan dianggap sebagai kelas kedua. Kebanyakan sistem kasta pada abad ke-20 ini adalah rekaan manusia semata-mata untuk menunjukkan kebencian terhadap sesuatu bangsa, agama atau keturunan.