RTM 2
From Wikipedia
RTM 2 ataupun Radio Television Malaysia 2 (RTM) merupakan sebuah saluran televisyen yang dimiliki oleh kerajaan.
Penyiaran televisyen Malaysia RTM 2 ini bermula pada 1969 dan menawarkan program hiburan, filem dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, dan Mandarin.
RTM 2, juga dipanggil TV 2, bersama-sama dengan RTM 1 telah dilancarkan kebali dengan imej dan nama baru: TV2 - Saluran Famili Anda menggantikan nama sebelum ini Saluran Emas (The Golden Channel). Pelancaran ini dibuat pada 20 Ogos 2004, 2 minggu selepas pembaharuan imej TV 1 oleh Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Sebagai sebuah badan penyiaran kerajaan elemen-elemen seperti seks dan keganasan akan dikawal. Bagi bersaing dengan saluran swasta yang bertambah, beberapa program baru Playtime On 2, E-Shoppers, Whassup dan Elegance On 2 telah diperkenalkan melalui saluran berkenaan. Selain itu penonton kaum Cina juga dihidangkan dengan beberapa rancangan-rancangan seperti Dim Sum Hour, Gallery Phoenix dan Chopstick On 2.
Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV2 yang baru ini. Walaupun TV2 lebih komersil, ia akan turut memikul tanggungjawab untuk mempromosikan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi melalui variasi programnya.
[Sunting] Alamat
Jabatan Penyiaran
Kementerian Penerangan Malaysia
Angkasapuri, 50614 Kuala Lumpur, Malaysia
Telephone: 03-22825333
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Pautan luar
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |
Saluran televisyen percuma di Malaysia |
RTM 1 | RTM 2 | TV 3 | 8TV | NTV 7 | TV 9 |