RTM 1
From Wikipedia
RTM 1 ataupun Radio Television Malaysia 1 (RTM) merupakan saluran televisyen 1 dan dimiliki oleh kerajaan Malaysia. RTM 1 mula dilancarkan pada 28 Disember 1963 dan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. TV1 menawarkan program pendidikan dan maklumat tempatan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
RTM 1, juga dipanggil TV 1, telah dilancarkan kembali dengan imej dan nama baru oleh Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 4 Ogos 2004. Pada 2004 dikenali sebagai Saluran Infotainmen Anda (dulu Saluran Perdana).Semasa ulangtahun keRTM ke 60 ia dikenali sebagai Saluran Inforia.
Sebagai sebuah badan penyiaran kerajaan, elemen-elemen seperti seks dan keganasan akan tetap dikawal.
Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV 1 yang baru ini. Selain itu, TV 2 juga turut menerima imej dan nama baru pada 20 Ogos 2004.
[Sunting] Alamat
Jabatan Penyiaran
Kementerian Penerangan Malaysia
Angkasapuri, 50614 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 03-22825333
[Sunting] Pautan luar
[Sunting] Lihat juga
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |
Saluran televisyen percuma di Malaysia |
RTM 1 | RTM 2 | TV 3 | 8TV | NTV 7 | TV 9 |