Rosa Luxemburg
From Wikipedia
Rosa Luxemburg (5 Mac 1870 atau 1871 – 15 Januari 1919; bahasa Poland: Róża Luksemburg) ialah seorang ahli teori politik Marxisme, ahli falsafah sosialisme, dan revolusioner Jerman. Dilahirkan di Poland, beliau merupakan ahli teori untuk Parti Demokratik Sosial Kerajaan Poland yang kemudian terlibat dalam Parti Demokrasi Sosial Jerman, diikuti oleh Parti Demokrasi Sosial Bebas Jerman.
Luxemburg memulakan sebuah akhbar, Bendera Merah, dan merupakan pengasas bersama untuk Liga Spartacus (bahasa Jerman: Spartakusbund), sebuah kumpulan revolusioner yang kemudian menjadi Parti Komunis Jerman. Dalam satu pemberontakan di Berlin pada Januari 1919 yang diiringi oleh propaganda Luxemburg, percubaan itu ditewas oleh saki-baki tentera pemerintahan beraja serta tentera awam bebas yang bersama-sama digelarkan Freikorps. Luxemburg dan beratus-ratus orang yang lain ditangkap, diseksa, dan kemudian dibunuh. Sejak kematian mereka, Luxemburg dan Karl Liebknecht telah memperoleh taraf simbolik di kalangan pengikut sosialisme demokrasi dan Marxisme.
[Sunting] Pautan luar
- Arkib Internet Rosa Luxemburg di Marxists.org, sebuah perpustakaan bebas untuk karyanya yang terpenting.
- Biografi (Kajian mengenai Rosa Luxemburg ) oleh Tony Cliff, 1959, juga di Marxists.org.
- Rencana-rencana Perpustakaan Komunis Pendukung Kebebasan Rosa Luxemburg
- Laman web rasmi Yayasan Rosa Luxemburg
- Rosa Luxemburg: Leninisme atau Marxisme?
- Rosa Luxemburg di Findagrave.com