Riwayat Narnia
From Wikipedia
Riwayat Narnia atau The Chronicles of Narnia merupakan sebuah siri yang mengandungi tujuh cerita fantasi kanak-kanak yang ditulis oleh C. S. Lewis. Ianya dikelaskan sebagai sastera klasik kanak-kanak dan juga dikatakan sebagai hasil kerja terbaik pengarang tersebut. Lebih 95 naskhah salinan buku telah dijual dalam lebih 40 buah bahasa. Siri tersebut telah dikarang di antara tahun 1950 dan 1956. The Chronicles of Narnia mengandungi unsur Kristian dan meminjamnya dari mitos Yunani dan Rom serta diselitkan juga dongengan Inggeris. Siri buku itu telahpun diadaptasi ke siaran radio, televisyen, pementasan dab filem.
Babad (siri/hikayat berdasarkan masa) ini mempersembahkan pengembaraan dan penjelajahan kanak-kanak yang memainkan peranan sebagai orang tengah dalam membongkar sejarah yang tersirat di sebalik Narnia, iaitu tempat di mana haiwan berkata-kata, sihir adalah perkara biasa dan pertembungan di antara baik dan jahat.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Buku-buku
Buku-buku yang melengkapi satu siri The Chronicles of Narnia telah disusun mengikut penerbitan asal (lihat susunan bacaan di bawah). Siri ini merupakan hasil kerja yang paling popular oleh C.S. Lewis setakat ini dan telah terjual lebih dari 95 naskhah salinan dalam lebih dari 40 bahasa.
Awas! Terdapat cerita atau pengakhiran yang mungkin anda masih belum ingin mengetahuinya! |
[Sunting] The Lion, the Witch and the Wardrobe (1950)
Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari, yang asalnya adalah (The Chronicles of Narnia: the Lion, the Witch and the Wardrobe) diterbitkan pada 1950, menceritakan kisah empat orang kanak-kanak biasa, Peter, Susan, Edmund dan Lucy Pevensie. Mereka menemui benua ajaib Narnia, dan membantu membebaskan tanah itiu daro belenggu kejahatan Penyihir Putih (White Witch). Mereka turut dibantu oleh beberapa makhluk lain seperti Aslan si Singa, penjaga Narnia. Kisah ini berakhir dengan pertarungan menentang kuasa penyihir itu.
[Sunting] Prince Caspian (1951)
Diterbitkan pada 1951, Putera Caspian: Kembalinya ke Narnia atau (The Cronicles of Narnia: Prince Caspian: The Return to Narnia) mengisahkan kembalinya adik-beradik Pevensie ke Narnia buat kali kedua apabila mereka mendapati seorang raja yang jahat dari Telmar telah menguasai Narnia. Pemerintah asing ini cuuba membunuh semua membunuh makhluk ajaib di Narnia tetapi masih terdapat banyak lagi yang bersembunyi di ceruk pendalaman. Keempat-empat kanak-kanak itu cuba membantu Putera Caspian yang masih muda menguruskan tentera Haiwan yang Bertutur, dan, dengan pertolongan sang singa yang hebat, Aslan, Narnia sekali lagi dibebaskan dari belenggu kejahatan.
[Sunting] The Voyage of the Dawn Treader (1952)
Diterbitkan pada 1952, Pelayaran Pengembara Subuh atau asalnya bertajuk (The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader) menyaksikan kembalinya Edmund dan Lucy Pevensie, bersama-sama sepupu mereka yang sombong, Eustace Scrubb, ke Narnia. Mereka menemani Raja Caspian dalam pelayaran mencari tujuh raja yang dihalau apabila bapa saudara Caspian yang kejam, Miraz merampas takhta. Perjalanan yang berbahaya ini menemukan mereka dengan pelbagai keajaiban dan kedahsyatan apabila mereka belayar menuju ke negara Aslan di hujung dunia.
[Sunting] The Silver Chair (1953)
Kerusi Perak atau tajuk asalnya (The Chronicles of Narnia: The Silver Chair) adalah buku pertama tanpa kanak-kanak dari adik-beradik Pevensie. Kali ini, Aslan menyeru Eustace kembali ke Narnia bersama rakan sekolahnya, Jill Pole. Di sana, mereka diberikan empat pembayang untuk mencari Putera Rilian yang hilang. Eustace dan Jill berhadapan dengan bahaya sebelum menjumpai Rilian dan membebaskannya dari jampi Penyihir Zamrud.
[Sunting] The Horse and His Boy (1954)
Kuda dan Budaknya yang buku asalnya diterbitkan pada 1954, (The Chronicles of Narnia: The Horse and His Boy) menceritakan kisah Bree, kuda yang bercakap, dan Shasta, seorang kanak-kanak lelaki yang diperhambakan di sebuah negeri ke Selatan Narnia. Pada suatu hari, mereka bertemu dan merancang untuk kembali ke Narnia dan bebas. Dalam perjalanan mereka, mereka menjumpai Calormenes yang akan menakluk Narnia dan memberikan amaran. Riwayat ini berlaku ketika pemerintahan Adik-Beradik Pevensie sebagai Raja dan Permaisuri Narnia.
[Sunting] The Magician's Nephew (1955)
Diterbitkan pada 1955, Anak Saudara Penyihir atau tajuk asalnya (The Chronicle of Narnia: The Magician's Nephew) membawa kita kepada permulaan Narnia iaitu kita akan mengetahui bagaimana Aslan mencipta dunia itu dan bagaimana kejahatan mula-mula memasuki tanah ajaib itu. Banyak misteri Narnia terbongkar apabila beberapa orang kanak-kanak yang lain muncul di Narnia secara tidak sengaja melalui cara yang berbeza dari Riwayat Narnia yang lain.
[Sunting] The Last Battle (1956)
Kisah yang diterbitkan pada 1956 dan memenangi Pingat Carnegie, Pertarungan Terakhir atau asalnya (The Chronicles of Narnia: The Last Battle) merupakan riwayat pengakhiran dunia Narnia. Jill dan Eustace kembali ke Narnia untuk membantu menyelamatkannya dari penakluk yang khianat dan Aslan yang palsu.
[Sunting] Susunan bacaan
Peminat buku ini memberikan pendapat tentang turutan sebenar buku-buku ini. Apabila buku-buku ini diterbitkan, ianya tidak dinomborkan. Penerbit berbangsa Amerika yang pertama, Macmillan, meletakkan nombor pada setiap buku seperti susunan yang asal ketika terbitkan. Apabila HarperCollins mengambil alih siri ini, buku-buku disusun semula menggunakan kronologi jalan cerita seperti yang dicadangkan oleh anak tiri Lewis sendiri, Douglas Gresham.
Susunan asal | Susunan kronologi |
---|---|
1. Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari | 1. Anak Saudara Penyihir |
2. Putera Caspian | 2. Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari |
3. Pelayaran Pengembara Subuh | 3. Kuda dan Budaknya |
4. Kerusi Perak | 4. Putera Caspian |
5. Kuda dan Budaknya | 5. Pelayaran Pengembara Subuh |
6. Anak Saudara Penyihir | 6. Kerusi Perak |
7. Pertarungan Terakhir | 7. Pertarungan Terakhir |
Gresham memetik kata-kata Lewis dalam surat yang dibalas kepada peminat dari Amerika pada 1957 yang berbalah dengan ibunya tentang susunan:
"Saya rasa saya setuju dengan susunan kamu (secara kronologi) yang membaca buku itu lebih dari ibu kamu. Siri ini tidak dirancang sebelum itu seperti yang difikirkannya. Ketika saya menulis Sang Singa, saya tidak tahu yang saya akan menulis lagi. Kemudia saya menulis P. Caspian sebagai sekuel dan saya masih tidak fikir yang akan ada lagi yang lain, dan apabila saya siap dengan Pelayaran saya agak yakin yang ianya adalah terakhir. Tetapi saya mendapati yang saya silap. Jadi, harap ianya tidak mengambil kisah susunan yang mana orang baca. Saya turut tak yakin yang lainnya juga ditulis sama dengan turutan apabila diterbitkan." (Dorsett & Mead: 1996)
[Sunting] Pautan Luar
- laman buku Narnia
- Turutan yang Mana Patut Saya Baca Buku Narnia
- Turutan yang Sesuai Riwayat Narnia: Satu Kes Turutan Penerbitan
- The Lion King: C.S. Lewis' Narnia bukan sekadar kiasan Kristian., Meghan O'Rourke, majalah Slate, 9 Disember 2005
- NarniaFans.com — Ditujukan untuk Riwayat Narnia
- Almari Sang Singa (The Lions' Wardrobe) — A Narnia RPG dan forum
- Rahsia Narnia
Riwayat Narnia karangan C. S. Lewis Narnia |
|||
---|---|---|---|
Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari | buku | filem | |
Putera Caspian | buku | filem | |
Pelayaran Pengembara Subuh | buku | (filem) | |
Kerusi Perak | buku | (filem) | |
Kuda dan Budaknya | buku | (filem) | |
Anak Saudara Penyihir | buku | (filem) | |
Pertarungan Terakhir | buku | (filem) | |
Watak – Tempat – Makhluk |