Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions Narnia - Wikipedia

Narnia

From Wikipedia

Narnia merupakan sebuah dunia fantasi rekaan pengarang berbangsa kacukan Ireland, C. S. Lewis sebagai set lokasi dalam cerita karangannya, Chronicles of Narnia, iaitu sebuah siri fantasi yang mengandungi tujuh siri novel kanak-kanak.

Di Narnia, haiwan boleh bertutur, haiwan mitos berkeliaran dan kuasa ajaib adalah suatu yang biasa. Siri Riwayat Narnia (The Chronicles of Narnia) menceritakan sejarah Narnia dari permulaan penciptaannya, pertembungan dua dunia apabila manusia di 'dunia kita' telah ke sana dan kemusnahannya.

Awas! Terdapat cerita atau pengakhiran yang mungkin anda masih belum ingin mengetahuinya!

Jadual isi kandungan

[Sunting] Geografi

Lihat juga: Senarai Tempat Riwayat Narnia

[Sunting] Narnia

Peta Narnia
Besarkan
Peta Narnia

Nama "Narnia" tidak hanya merujuk kepada penghuni Narnia itu tetapi juga ianya ialah tanah atau Negara Narnia di mana penciptanya ialah seekor singa bernama Aslan yang mengisi sendiri penghuninya. Narnia adalah sebuah daratan yang mempunyai bukit bukau yang melunjur ke pergunungan di selatan dan dipenuhi hutan melainkan kawasan paya yang terdapat di utara. Negara ini disempadani Lautan Timur di timurnya dan di baratnya dengan kawasan pergunungan yang luas. Di bahagiannya utaranya pula dibatasi dengan Sungai Shribble dan di selatannya wujud pembahagi benua.

Punca ekonomi negara ini adalah Sungai Besar Narnia yang mengalir dari timur laut di persisiran timur tenggara ke Lautan Timur. Pusat pentadbiran dan kerajaannya ialah di Cair Paravel, iaitu di muara Sungai Besar. Komuniti lain di sepanjang sungai itu termasuklah (dari timur ke barat) Beruna, Beaversdam, dan Chippingford.

[Sunting] Archenland

Archenland merupakan sebuah negara yang bergunung-ganang di selatan Narnia. Ianya disempadani oleh pembahagi benua di utaranya dan di selatan oleh sungai Winding Arrow. Pusat pemerintahannya terletak di Anvard iaitu di tengah-tengah negara tersebut. Anvard merupakan nama ibu negara dan istana di Bandar itu sendiri. Archenland ditunjukkan sebagai sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang kurang. Tiada bandar atau perkampungan yang lain yang disebut dalam siri itu. Archenland mempunyai hubungan yang baik dengan Narnia seperti yang ditunjukkan dalam Kuda dan Budaknya.

[Sunting] Calormen

Calormen adalah sebuah empayar di selatan dunia Narnia. Negaranya hampir kontang dengan kedudukan geografinya yang mempunyai gunung berapi bernama Gunung Berapi Lagour dan Gurun Besar. Gurun Besar merupakan di bahagian utara negara itu dan kesukaran menyeberanginya menghalang kerajaan Calormen yang agresif daripada menakluk Archenland dan Narnia buat berkurun lamanya.

Pusat kebudayaan Calormen terletak di Sungai Calormen, yang mengalir dari barat ke timur sepanjang bahagian selatan Gurun Besar. Ibu negaranya ialah Tashbaan, yang terletak di sebuah pulau di delta sungai dan dikelilingi kebun dan taman yang menghijau dan penduduk yang kaya-raya. Bandar Azim Balda, yang terletak di persimpangan di tengah-tengah Negara merupakan pusat perhubungan dan pengangkutan.

[Sunting] Lautan Timur

Terdapat banyak pulau dan kepulauan di Lautan Timur. Antara yang nyata ialah Galma, Tujuh Kepulauan dan Kepulauan Lone, iaitu gelaran kemahkotaan Narnia serta Terebinthia, sebuah pulau yang bebas. Di hujung Lautan Timur, geografinya adalah menakjubkan (menyebabkan dunia Narnia ini adalah rata) dan langit bertemu darat di situ. Sebagai tambahan, ianya dikatakan yang jalan untuk ke negara kepunyaan Aslan terletak di situ. Jauh di timur Lautan digambarkan mempunyai air yang "manis" yang mampu menghilangkan dahaga dan lapar, dan betul-betul dilitupi bunga lili. Laut semakin bergelora dan dalam jika belayar terus ke timur yang mungkin akan ditenggelami ombak gergasi. Di balik ombak tadi boleh kelihatan pergunungan di Negara kepunyaan Aslan itu.

[Sunting] Daratan Lain

Di utara Narnia terdapatnya Ettinsmoor dan Daratan Liar Utara yang kedua-duanya didiami gergasi. Penempatan yang nyata adalah Rumah Harfang, iaitu sebuah komuniti gergasi yang merupakan tinggalan bandar besar. Barat Narnia merupakan kawasan yang tidak berhabitat yang dikenali sebagai Barat Liar. Kawasan Telmar terletak di balik kawasan tadi tetapi lokasi sebenar tidak direkodkan. Dunia Bawah terletak jauh di bawah bumi Narnia dan Bism lebih jauh di bawah Dunia Bawah.

[Sunting] Penghuni

Lihat juga: Makhluk Narnia dan Watak Narnia

[Sunting] Manusia

2 Anak Adam dan 2 Anak Hawa telah memasuki Narnia beberapa kali dari dunia kita. Mereka lazimnya datang ke sana bersama. Merekalah 4 orang raja dan permaisuri Narnia. Peter Pevensie – Raja Tertinggi, Raja Peter yang Hebat; Susan Pevensie - Permaisuri Susan yang Santun; Edmund Pevensie - Raja Edmund yang Adil; dan Lucy Pevensie - Permaisuri Lucy yang Berani.

Enam lagi wira yang datang dari dunia kita adalah Raja Frank, Ratu Helen, Digory and Polly dalam Anak Saudara Penyihir, dan Eustace Scrubb dalam Pelayaran Pengembara Subuh. Eustace juga muncul dalam Kerusi Perak, bersama Jill Pole.

[Sunting] Orang Kerdil

Orang kerdil merupakan salah satu sepsis atau kaum yang menetap di Narnia. Mereka dipanggil Anak-anak Bumi oleh Aslan yang tidak sama dengan panggilan Anak-anak Adam dan Hawa bagi manusia. Orang kerdil sekurang-kurangnya wujud dalam dua jenis iaitu orang kerdil Hitam dan Merah, beza ketara bagi kedua-duanya adalah warna rambut. Kebanyakan orang kerdil Merah baik dan setia kepada Aslan sedangkan jenis Hitam pula lebih sombong dan mementingkan diri. Tidak banyak direkodkan tentang orang kerdil betina walaupun terdapat sebahagian mereka membiak melalui manusia. Malahan, Tutor Putera Caspian, Cornelius sendiri merupakan separa orang kerdil.

Tidak diketahui bagaimana orang kerdil dijadikan tetapi Aslan pernah menyeru majlis pertama apabila Negara itu "masih belum lagi berusia lima jam," dia menyeru ketua orang kerdil untuk hadir ke hadapannya (Anak Saudara Penyihir bab 10). Mereka muncul sebagai pembawa mohor diraja ketika kemahkotaan Frank. (Naiad — pari-pari sungai — memegang jubah kebesaran Ratu Helen; bab 14). Mereka terkenal dengan kerja pertukangan mereka sama ada pertukangan besi, kayu atau pelombong. Di medan perang, mereka dikenali sebagai pemanah maut. Menurut Putera Caspian, bab 8, orang kerdil boleh berjalan seharian dan semalaman.

[Sunting] Haiwan yang Bertutur

Bayak haiwan yang dijumpai di dunia kita turut boleh dijumpai di Narnia. Tambahan pula, terdapat beberapa jenis yang boleh berkata-kata seperti manusia. Apabila Aslan menghembus pada pasangan haiwan yang pertama, mereka bukan sahaja mampu berfikir dan berkata-kata tetapi ada yang berubah dari segi saiz juga. Haiwan kecil (tikus, burung dan mamalia kecil lain) lebih besar dari sepsis mereka yang tidak boleh berkata-kata. Haiwan yang Bertutur boleh dikelaskan kepada empat kelas iaitu Binatang yang Terbang, Binatang Bercakar, Mamalia dan Reptilia. Mereka juga mempunyai jangka hayat seperti manusia. Walau bagaimanapun, tiada ikan atau serangga yang boleh berkata-kata.

[Sunting] Ahli Sihir

Dua ahli sihir yang disebut dalam Riwayat Narnia iaitu "Penyihir Putih" (atau Jadis, maharani Charn, yang juga dikenali sebagai "Puan Putih" oleh perempuan tua dan serigala jadian yang melawat Caspian X dalam Putera Caspian) dan "Perempuan Kirtle Hijau". Jadis (Bahasa Perancis: dahulunya, yang telah lepas) merupakan waris terakhir keluarga diraja Charn; Dia juga dikatakan (dalam Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari) merupakan keturunan Adam dari isteri pertama, Lilith, yang mempunyai darah Jin dan Gergasi. Menurut pasangan memerang, dia tidak mempunyai darah manusia, walaupun dia kelihatan seperti perempuan yang tinggi. Apabila Jadis mula-mula memasuki Narnia ketika penciptaannya, dia telah dihalau oleh Aslan ke utara di mana dia menghabiskan masa selama 1000 tahun dalam buangan. Pada masa dia mengambil alih Narnia, dia mempunyai ramai pengikut yang kemungkinan diperolehinya ketika di sana.

Perempuan Hijau pula mampu berubah seperti cacing yang menyerupai ular dan pernah melakukannya dua kali iaitu ketika membunuh bonda Putera Rillian dan apabila ketika dia cuba membunuh Rillian dan rakannya. Kuasanya lebih untuk menggoda atau menarik perhatian dan memperhambakan; dia pernah menjampi dan memperhambakan Rilian dan gnome bawah tanag dan hampir berjaya menjampi Jill, Eustace, dan Puddleglum.

Tidak diketahu dari mana asalnya tetapi dikatakan yang ianya "sekapal dengan ahli sihir utara" seperti Jadis. Ada yang percaya Perempuan Hijau itu merupakan jelmaan Jadis dalam rupa yang lan tetapi agak mustahil kerana Jadis telah dibunuh oleh Aslan ketika Perang Beruna. Perempuan Hijau itu juga dikatakan bukan keturunan Jadis kerana Jadis memberitahu Edmund bahawa dia tidak mempunyai anak (walaupun dia mungkin menipu). Ianya tidak mustahil Jadis membentuk kroninya ketika dalam buangan di utara.

Terdapat juga Perempuan Sihir Tua yang muncul dalam Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari sebagai tentera Ratu Jadis dan yang dibawa Nikabrik ke Pengkalan Aslan dalam Putera Caspian, dan juga yang jahat sepertimana dunia kita. Yang jelasnya, mereka tidak mempunyai kuasa seperti Penyihir Hijau dan Putih.

[Sunting] Makhluk Mitos

Penghuni Narnia yang lain berdasarkan makhluk mitos adalah Boggles, Sentora, Naga, Dryads (pari-pari hutan), Gnome, Ifrit, Ettin, Faun, Hantu, Gryphon, Nenek Kebayan, Jembalang, Minotaur, Naiad (pari-pari sungai), Bota, Pegasus (kuda bersayap), Orang Cendawan, Burung Phoenix, Satyr (makhluk hutan), Orang Laut, Ular Laut, Silvan, Bunian, Orang Bintang, Unikorn, Serigala Jadian, dan Lembaga.

[Sunting] Makhluk dan Penghuni Lain

Narnia turut didiami makhluk seperti Makhluk Paya dan Dufflepud/Monopod (dua makhluk rekaan Lewis sendiri). Terdapat juga yang lain seperti Bapa Krismas, Dewa Sungai, Pomona, Silenus, Bapa Masa dan Tash.

[Sunting] Kosmologi dan Geologi

[Sunting] Ciri umum

Dunia Narnia dikatakan rata dan sebagai pusat di angkasa (geosentrik). Langitnya adalah kubah yang tidak dapat ditembusi oleh makhluk yang telah mati.

Bintang Narnia adalah manusia yang bernyala. Buruj di langit adalah tarian mitos angkasa yang dilakukan oleh bintang untuk menunjukkan hasil pencipta Narnia, Aslan.

Mataharinya pula adalah cakera berapi yang mengelilingi dunia sehari sekali. Mataharinya juga mempunyai ekosistem kerana diketahui yang mataharinya didiami sejenis burung putih. Manakala tumbuhan di atas matahari pula mempunyai kandungan yang mampu menyembuh. Contohnya, jus bunga api yang dijumpai di sesetangah pergunungan mampu menyembuhkan penyakit ataupun luka dan buah beri api yang tumbuh di lembahnya pula, apabila dimakan oleh bintang-bintang, mampu membalikkan penuaan.

Tanah Narnia ibarat hidupan. Permukaan tanahnya adalah tanah mati sepertimana haiwan mempunyai sel mati dikulitnya. Tetapi, batuan dalam tanahnya hidup malah ada yang boleh dimakan.

[Sunting] Alam Gabungan

Dunia Narnia merupakan sebahagian daripada alam gabungan (bukan semesta). Ini menyebabkan pertembungan dunia itu dengan dunia kita dan dunia Charn. Boleh dikatakan, melalui cerita ini, dunia-dunia ini digabungkan dengan satu meta-dunia atau sebagai persimpangan yang dikenali sebagai Rimba Antara Dunia. Tidak banyak yang diketahui tentang rimba itu tetapi ianya muncul seperti ruang kosong yang dipengaruhi struktur pertindihan antara dunia. Ruang ini membentuk rimba belantara yang tebal yang yang mempunyai kolam-kolam air di lantainya. Dengan sihir tertentu (atau alatan seperti cincin yang diperbuat dari tanah yang dipercayai tinggalan tamadun Atlantis), kolam ini mampu membawa kita ke dunia yang berlainan. Rimba Antara Dunia itu seakan-akan memberikan kesan terhadap kekuatan sihir orang yang jahat — kedua-dua Andrew Ketterley dan Penyihir Putih menjadi lemah ketika di sana.

[Sunting] Masa

Manusia dari dunia kita yang ke sana (kebanyakannya dari England, menyaksikan yang ruangan masa ketika mereka ke sana amat tidak dijangkakan. Kecepatan masa berlalu di Narnia berbanding di dunia kita agak mustahil dari konsep semesta (melainkan mereka bergerak selaju cahaya, tetapi tidak mungkin dengan umur yang boleh berbalik). Oleh kerana Aslan mampu menjelmakan pintu masuk di antara Bumi dan Narnia, kemungkinan dia mampu mengubah itu mengikut kehendaknya ke mana sahaja merentas ruang dan masa. Ini bermakna, dari segi perjalanan di antara dunia-dunia, masing-masing adalah tidak bergantung, atau bebas dari ikatan dimensi ruang dan masa.

Terdapat kekeliruan berkenaan persimpangan garis masa di antara Narnia dan dunia ini. Kaum Telmarine dari Telmar merupakan keturunan lanun dari dunia kita, yang ke sana melalui jalan masuk yang ditemui di sebuah pulau di Laut Selatan.Ada yang mengaikan mereka dengan peristiwa Mutiny on the Bounty pada kurun ke-18 iaitu sekumpulan manusia mendarat di Pulau Pitcairn di selatan Lautan Pasifik. Jika benar, ini menunjukkan kedatangan mereka ke Narnia sekitar tahun 1900 di dunia kita, Ketika itu, mereka akan menyaksikan Narnia yang dalam penciptaan yang memberikan kesimpulan bahawa lanun-lanun itu pergi ke sana awal tetapi tiba lewat.

Bagaimanapun, buku tidak menyatakan yang lanun mengalami proses pra-industri. Mungkin mereka dari era selepas pos-industri maka, kurang kekeliruan dilibatkan malah ianya boleh diterima walaupun tanpa menggunakan anggapan seperti di atas.

Pada waktu ketika Putera Caspian ditulis, Lewis mungkin tidak sepatutnya menciptakan Narnia pada waktu dunia kita sekitar tahun 1900. Jika ya, tidak akan ada masa untuk memasukkan kisah Telmarine. Walau bagaimanapun, ianya boleh berada di bila-bila selang masa.

[Sunting] Sejarah

[Sunting] Penciptaan Narnia

Penciptaan Narnia telah disaksikan enam makhluk iaitu Jadis, Maharani Charn; Digory Kirke; Polly Plummer; Andrew Ketterley; Frank, seorang penunggang kereta kuda; dan Strawberry, kudanya. Ketika Digory mencuba untuk menghantarkan Jadis dari London si dunia kita ke dunia Charn semula, mereka berenam tanpa disengajakan tiba di Narnia yang ketika itu masih diselubungi kegelapan sebaik sebelum Aslan menjadikannya.

Aslan memlukana penciptaan sebaik sahaja mereka tiba dan nyanyiannya memanggil bintang-bintang, matahari dan juga membentuk muka bumi, menaikkan tumbuhan dan memanggil haiwan. Setelah selesai penciptaan, Aslan memilih dari kalangan haiwan (untuk menjadikan haiwan yang mampu bertutur) dan beberapa makhluk ajaib lain untuk memiliki Narnia dan mentadbirnya dengan bijaksana dan adil.

Kemudian, Aslan melantik pemerintah pertama Narnia iaitu pemandu kereta kuda itu dan isterinya (yang dipanggil Aslan ke Narnia kemudiannya) sebagai Raja Frank I dan Permaisuri Helen, dan mengarahkan mereka untuk memerintah dengan aman di kalangan haiwan yang mampu bertutur.

Risau akan kehadiran permaisuri penyihir jahat, Jadis, Aslan menghantar Digory untuk memetik epal ajaib dari kebun yang terletak jauh di Barat Liar menjangkaui batasan Narnia. Apabila dia kembali, epal itu ditanam di tebing sungai dan dengan serta-merta tumbuh lalu menjadikannya pelindung Narnia dari Jadis.

Aslan membenarkan Digory membawa balik sebiji epal dari pohon baru itu untuk mengubati ibunya yang sakit. Kemudian, setelah sembuh, benihnya ditanam lalu menjadi sebuah pokok epal yang besar. Selang beberapa tahun, pokok itu tumbang akibat dipukul rebut dan Digory (yang kinni bergelar 'Profesor') menggunakan kayunya untuk menjadikan almari yang kemudiannya muncul dalam kisah Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari, dan menjadi pintu masuk ke Narnia bagi kanak-kanak yang kemudiannya menemui Narnia.

Pembaca telah memerhatikan yang ketika siri "Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari", tiada seorang manusia yang wujud di Narnia walaupun kemungkinan yang Raja Frank dan Permaisuri Helen mempunyai anak. Kemungkinnya hal ini berlaku disebabkan Lewis masih belum mengagak hal itu (kerana pada asalnya dia tidak bercadang untuk membuat siri bagi Riwayat Narnia) atau disebabkan kekejaman Jadis semasa dia mula berkuasa. Kemungkinan juga keturunan Raja dan Permaisuri itu mengahwini pari-pari atau penghuni Narnia lain lalu bersebati menjadi spesis Narnia. Walau apapun kebarangkalian jawapannya, hendaklah diketahui apabila empat orang kanak-kanak yang kemudian tiba ke Narnia telah menarik perhatian mereka. Malah, buku yang bertajuk Adakah Manusia hanya Mitos? telah dijumpai di rumah Penghuni Narnia yang menunjukkan bahawa penghuni Narnia mempersoalkan kewujudan manusia.

[Sunting] Pemerintahan Penyihir Putih

Bumi Narnia aman damai buat beratus-ratus tahun lamanya. Keamanan ini berakhir apabila Jadis, seorang Permaisuri-Penyihir kembali (disebabkan pokok epal ajaib itu sama ada telah mati atau sudah boleh diatasi oleh kuasanya). Dikenali sebahai Penyihir Putih kemudiannya, dia memerintah dengan kejam, menukar sesiapa yang mengingkarinya kepada batu. Walau bagaimanapun, dia digemari sesetengah orang kerdil dan binatang jahat di Narnia. Dengan menggunakan kuasa sihirnya, dia menjadikan Narnia dilitupi ais dan salji dan menjadikannya "sentiasa musim sejuk tetapi tiada Krismas". Walaupun Jadis mengenggap dirinya Ratu Narnia, dan Penguasa Cair Paravel, dia mepunyai kubunya tersendiri di utara di mana dalam balairongnya dipenuhi patung penghuni Narnia yang dijadikannya batu. Tetapi, dia sentiasa berjaga-jaga akan ramalan yang dikatakan bakal menjadi nyata iaitu;

"Apabila darah daging Adam tiba, menduduki Cair Paravel di atas takhta, tamatlah sudah angkara murka."

Untuk memastikan tiada manusia yang hadir ke Narnia, dia mengumpul perisik untuk memerhatikan sebarang kehadiran manusia. Syukurlah kerana penghuni Narnia yang baik dikalangan perisiknya iaitu faun Tumnus menjadi rakan baik Lucy apabila dia muncul di Narnia dan adik beradiknya mampu sampai ke Aslan sebelum dia sempat membunuh mereka. Pemerintahan Jadis secara rasminya tamat apabila Aslan kembali ke Narnia dan musim sejuk tamat tetapi dengan muka temboknya Ratu itu berdegil yang dia masih seorang Ratu pemerintah Narnia. Ianya hanya bertahan beberapa hari sebelum dia dibunuh di Perang Beruna.

[Sunting] Zaman Kegemilangan

Empat orang kanak-kanak iaitu Peter, Susan, Edmund, dan Lucy, berada di rumah Profesor Kirke dan termasuk ke almari rahsia yang kemudiannya dijumpai hutan yang dipenuhi salji. Mereka tiba pada waktu bermulanya disebarkan ura-ura yang Sang Singa, Aslan, telah kembali dan musim sejuk seratus tahun sudah hampir ke penghujung. Mereka menyertai Aslan dan berlawan di Perang Beruna pertama yang hebat dan mengalahkan Penyihir Putih. Aslan memenuhi ramalan purba Narnia itu dengan menabalkan mereka sebagai Raja dan Permaisuri Narnia. Oleh kerana keamanan dan kemewahan yang dicapai semasa pemerintahan mereka, zaman ini dikenali sebagai Zaman Kegemilangan dalam sejarah Narnia. Ketika pemerintahan Ratu Jadis ke atas Narnia, Negara lain tidak berani untuk menyerang. Tetapi, setelah pemerintahannya tamat, Raja dan Permaisuri baru menghadapi tentangan dari luar. Semasa mereka memerintah, mereka terpaksa menghantar balik gergasi ke utara dan mengalahkan tentera Calormen, sebuah negara di selatan Narnia yang diperintah oleh Tisroc yang mengingikan untuk menakluk Narnia. Walau bagaimanapun, dua orang Raja dan dua orang Permaisuri sentiasa berjaya dan mereka memerintah dengan damai dan saksama.

[Sunting] Penaklukan Telmarine

Bertahun-tahun selepas kepulangan adik-beradik Pevensie ke dunia kita, Narnia telah ditakluk oleh orang dari Barat yang dikenali sebagai orang Telmarine dari Telmar. Telmarine mengalami kebuluran dan untuk itu mereka merentasi pergunungan di selatan berhampiran Calormene dan memasuki Narnia. Selepas beberapa tahun pemerintahan Narnia, ramai penduduk asal Narnia mati dan bilengan mereka menyusut lalu menjadikan manusia sebagai sepsis utama Narnia. Ketika kelahiran Caspian kesepuluh, Narnia yang dahulu itu dianggap hanya lagenda semata-mata.

[Sunting] Pemerintahan Raja Caspian X

Raja Tertinggi dan yang adik-adiknya kembali ke Narnia selepas menghilangkan diri dari sana setelah 1288 tahun berlalu di Narnia. Raja ketika itu, Miraz, merupakan seorang raja yang kejam yang telah membunuh abangnya dan merampas takhta dan merancang untuk membunuh waris sebenar iaitu anak saudaranya, Caspian. Caspian telah mempelajari sejarah hidupan penghuni Narnia (yang dahulunya penuh keajaiban) dari seorang tutor separa-kerdil iaitu Cornelius walaupun subjek itu dilarang sama sekali untuk diajar. Cornelius telah membantu Caspian melarikan diri dan empat kanak-kanak itu membantunya menewaskan Miraz dalam Perang Beruna yang kedua, menabalkannya. Pada zamannya, manusia dan haiwan yang bertutur hidup dengan harmoni dan seolah-oleh Zaman Kegemilangan yang dahulu telah berulang kembali.

Lucy dan Edmund kembali ke Narnia sekali lagi setelah lebih kurang 3 tahun berlalu di Narnia bersama sepupu mereka Eustace dan belayar bersama-sama Caspian (yang kini lebih lebih matang sebagai raja) di atas kapal Pengembara Subuh. Caspian telah mengepalai perjalanan ini untuk menunaikan nazarnya mencari tujuh raja kecil Narnia (Raja Revilian, Bern, Argoz, Mavramorn, Octesian, Restimar, dan Rhoop) yang telah dihalau oleh bapa saudaranya, Miraz untuk meneroka Lautan Timur jauh melepasi Kepulauan Lone dan tidak pernah kembali. Dalam pelayaran ini, Caspian telah meletakkan Kepulauan Lone di bawah penguasaan Narnia semula (yang telah terbiar ketika pemerintahan Telmarine) dan meneroka pulau-pulau di timur yang belum pernah diketahui sehingga ke pinggir dunia. Mereka menghadapi berbagai-bagai cabaran seperti berlawan dengan ular laut, terserempak dengan ahli sihir, menemui hidupan halimunan dan naga (bagi kes masalah Eustace).

Kemudian, Caspian mengahwini wanita cantik (anak perempuan bintang yang bernama Ramandu) yang ditemui di tengah-tengah pelayaran lalu dia menjadi Ratu Narnia. Mereka kemudia mempunyai seorang putera bernama Rilian. Ratu kemudiannya dibunuh oleh seorang ahli sihir yang menjelma menjadi ular lalu Rilian (yang ketika itu masih muda) hilang ketika sedang mencari pembunuh itu. Eustace kembali ke Narnia bersama rakan sekolahnya Jill Pole, dan mengetahui yang kini Caspian adalah seorang raja yang sudah tua dan sedang melakukan pelayaran terakhir. Kanak-kanak itu kemudiannya dihantar oleh Aslan untuk mencari putera yang hilang itu yang membawa mereka ke satu penjelajahan ke daerah utara yang liar yang didiami gergasi. Mereka memasuki bawah tanah di mana seorang ratu jahat yang merupakan ahli sihir telah menjampi ke atas Rilian. Mereka berjaya membebaskan putera itu dan menghancurkan ratu yang jahat dan kembali ke dunia mereka. Kepulangan putera Rilian amat menyedihkan apabila Raja Caspian mangkat sebaik selepas mereka bertemu.

[Sunting] Kemusnahan Narnia

Dunia Narnia akhirnya musnah selepas lebih kurang 200 tahun kemudian ketika pemerintahan Raja Tirian, anak kepada Raja Erlian dan keturunan ketujuh Rilian.

Peristiwa yang membawa Narnia ke ambang kemusnahan adalah apabila beruk yang boleh berkata-kata bernama Shift telah melakukan satu konspirasi untuk mengubah Narnia seperti yang dia kehendaki. Dengan memakaikan seekor keldai dengan kulit singa, dia menuduh yang Aslan telah kembali lalu memperoleh kuasa dari bahagian barat dan memaksa penghuni Narnia mengikut arahannya di atas nama Aslan. Kemudian, dia berhubung dengan pemerintah Calormen dan menjemput mereka untuk mengambil kesempatan ini untuk menakluk Narnia seraya mengabulkan cita-cita mereka itu setelah lama mengharap. Sekumpulan askar di bawah arahan Kapten Rishda Tarkaan dihantar dan ketika waktu Raja Tirian mengetahui akan hal itu, mereka sudahpun hampir berjaya. Dengan pertolongan Eustace dan Jill (yang tiba ketika raja ditahan), Tirian cuba untuk menyatukan Narnia dan menghalau penceroboh tetapi disebabkan kesan akibat berita Aslan palsu telah sebati dengan penghuninya, usahanya tidak berjaya tambahan pula dengan penaklukan Cair Paravel dari laut. Tirian bersama pengikut yang ada terpaksa menentang askar Rishda di Bukit Kandang yang berakhir dengan kekalahan di pihak Narnia. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa bertahan di kandang dan kemudian menjumpai sesuatu yang mengejutkan. Negara Aslan yang digambarkan sebagai Narnia sebenar atau Narnia dalam Narnia wujud di situ. Kekalahan Narnia menunjukkan penamat episode Narnia dan Aslan sudah sedia menunggu untuk memberitahu mereka akan penghujung waktu telah tiba.

Dengan terbukanya pintu Kandang, kanak-kanak dan makhluk lain yang terselamat menyaksikan sendiri bergeloranya laut menghempas bumi Narnia, musnahnya matahari dan bulan, gugurnya bintang di langit dan mereka menyaksikan penamatan dan kemusnahan Narnia. Aslan memanggil semua makhluk yang setia ke kawasannya di mana mereka semua bertemu dengan makhluk yang pernah tinggal di Narnia dan mati (berkemungkinan tiada yang jahat). Negara ini lebih besar dan baik dari Narnia yang sebelumnya dan mengatakan yang ini adalah dunia yang "sebenar" dan Narnia yang dahulu hanyalah salinan dunia itu. "Itu hanyalah mimpi, inilah realiti." Dunia Aslan juga berhubungan dengan "England", di mana Lucy Pevensie mampu melihat ibu bapanya (yang mati dalam kemalangan kereta api bersamanya dan adik beradiknya, kecuali Susan, dan begitu juga Digory, Polly, Eustance, dan Jill.

[Sunting] Kronologi Peristiwa

Narnia
Kronologi Narnia
Tahun Peristiwa
1 *Penciptaan Narnia
*Digory menanam Pohon Pelindung
*Pertabalan Raja Frank dan Permaisuri Helen sebagai pemerintah pertama Narnia
180 *Putera Col memimpin pengikutnya mendiami Archenland dan menjadi Raja yang pertama
204 *Pemberontak dari Archenland menyeberangi gurun selatan dan menubuhkan kerajaan baru bernama Calormen
300 *Empayar Calormen tersebar
*Orang Calomene menduduki Telmar
302 *Aslan menukarkan orang Calormene di Telmar yang jahat kepada haiwan
*Penduduk Kepulauan Lone memahkotakan Raja Gale dari Narnia sebagai maharaja mereka
407 *Olvis dari archenland membunuh Gergasi Pire
460 *Lanun dari Bumi mengambil alih Telmar
898 *Penyihir Putih kembali ke Narnia dari Utara
900 *Bermulanya musim sejuk yang panjang
1000 *Adik-beradik Pevensie tiba di Narnia
*Penyihir Putih dikalahkan dan musim sejuk yang panjang tamat
*Peter menjadi Raja Tertinggi
1014 *Raja Terting Peter berjaya menguasai Gergasi di Utara
*Pengembaraan Kuda dan Budaknya berlaku
1015 *Adik-beradik Pevensie memburu Rusa Putih dan hilang dari Narnia
1050 *Ram yang Agung menggantikan Cor sebagai Raja Archenland
1998 *Puak Telmarine menguasai Narnia
2290 *Putera Caspian dilahirkan
*Caspian IX dibunuh adiknya, Miraz yang merampas takhta
2303 *Perang Saudara di Narnia
*Putera Caspian menjadi Caspian X, Raja Narnia
2304 *Caspian X mengalahkan Gergasi di utara
2306-2307 *Caspian X berlayar ke Hujung Dunia
2325 *Putera Rilian dilahirkan
2345 *Ratu dibunuh
*Putera Rilian menghilang
2356 *Eustace dan Jill kembali ke Narnia dan menyelamatkan Putera Rilian
*Caspian X mangkat
2534 *Pemberontakan di Lantern Waste
*Menara kawalan dibina
2555 *Raja Tirian dibantu Eustace dan Jill
*Narnia jatuh ke tangan puak Calormene
*Pertarungan Terakhir
*Narnia sebenar



Riwayat Narnia karangan C. S. Lewis
Narnia
Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari buku filem
Putera Caspian buku filem
Pelayaran Pengembara Subuh buku (filem)  
Kerusi Perak buku (filem)  
Kuda dan Budaknya buku (filem)  
Anak Saudara Penyihir buku (filem)  
Pertarungan Terakhir buku (filem)  
Watak – Tempat – Makhluk

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu