Piala Dunia FIFA 1998
From Wikipedia
Piala Dunia FIFA 1998 - Perancis Coupe du Monde - France 98 |
|
---|---|
Pasukan | 32 (daripada 174 peserta) |
Tuan rumah | Perancis |
Johan | Perancis (1 anugerah) |
Bilangan pertandingan |
64 |
Bilangan Gol | 171(2.67 purata setiap pertandingan) |
Kehadiran | 2,785,100 (purata 43,517 purata setiap perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Davor Šuker 6 gol |
Piala Dunia FIFA 1998 di Perancis menggunakan format Piala Dunia FIFA yang sekarang (terkini). Penambahan lapan pasukan menyebabkan peserta Piala Dunia 1998 meningkat, dari 24 menjadi 32 pasukan.
Penyertaan 32 negara--dua di antaranya layak secara automatik, iaitu Brazil sebagai juara bertahan dan Perancis sebagai tuan rumah--memberikan kesempatan yang lebih besar kepada negara-negara dari benua Afrika dan Asia.
Masing-masing kumpulan juga mencerminkan pembahagian yang lebih adil. Tiap-tiap kumpulan dihuni oleh dua pasukan Eropa, satu pasukan Amerika, dan satu dari Asia atau Afrika. Sebanyak 64 perlawanan disaksikan tidak kurang dari 36 bilion penonton atau lebih dari 550 juta penonton bagi setiap perlawanan di seluruh dunia. Perlawanan akhir sahaja disaksikan oleh dua juta penonton.
Piala Dunia ini pada ketika itu merupakan Piala Dunia dengan jumlah kad kuning dan kad merah terbanyak, iaitu 22 kad.[1] Rekod ini kemudiannya telah dipecahkan pada Piala Dunia FIFA 2006.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Gelanggang
Sejumlah 10 kota di Perancis terpilih sebagai lokasi penyelenggaraan:
Kota | Stadium | Muatan |
---|---|---|
Paris | Stade de France | 80,000 |
Marseille | Stade Vélodrome | 60,000 |
Paris | Parc des Princes | 49,000 |
Lens | Stade Félix Bollaert | 41,800 |
Lyon | Stade Gerland | 41,200 |
Nantes | Stade de la Beaujoire | 38,500 |
Toulouse | Stadium de Toulouse | 37,000 |
Saint-Étienne | Stade Geoffroy-Guichard | 36,000 |
Bordeaux | Parc Lescure | 35,200 |
Montpellier | Stade de la Mosson | 33,900 |
[Sunting] Pusingan Kelayakan
Keenam-enam konfederasi FIFA diperuntukkan sebanyak 32 tempat berdasarkan kekuatan pasukan-pasukan mereka. Agihan akhirnya ditetapkan sebagai berikut:
- Eropah - diwakili UEFA: 49 pasukan memperebutkan 14 tempat (Perancis layak secara automatik selaku tuan rumah; Eropah sebenarnya mempunyai 15 tempat)
- Afrika - CAF: 38 pasukan, 5 tempat
- Amerika Selatan - CONMEBOL: 9 pasukan memperebutkan 4 tempat (Brazil layak secara automatik selaku juara bertahan; jadi Amerika Selatan sebenarnya mempunyai 5 tempat)
- Asia - AFC: 36 pasukan, 3.5 tempat
- Amerika Utara, Tengah dan Karibia - CONCACAF: 30 pasukan, 3 tempat
- Oceania - OFC: 10 pasukan, 0.5 tempat
[Sunting] Pertandingan
Tiada banyak kejutan di pusingan pertama. Pasukan-pasukan pilihan layak secara mudah dari kumpulan masing-masing.
Perlawanan England-Argentina di pusingan kedua dipilih sebagai yang terbaik. Pentas di Geoffroy-Guichard, Saint-Etienne, 30 Jun 1998, tersebut ditandai dengan dua tendangan penalti pada 45 minit pertama.
Separuh masa kedua penuh drama. David Beckham diusir pengadil Kim Nielsen (Denmark) kerana "menendang" Diego Simeone. Gol "kemenangan" Sol Campbell dibatalkan kerana dianggap tidak sah.
Kegagalan penalti David Batty akhirnya mengembirakan Argentina. Walaubagaimanapun pasukan Tango disekat 1-2 oleh pasukan Belanda pada peringkat suku akhir. Sayangnya, Belanda juga terhenti di separuh akhir, juga melalui tendangan penalti, kalah 1-4. Kehebatan dan reputasi Brazil, dengan Ronaldo sebagai pemain terbaik dunia 1997, diharapkan mampu menahan Perancis.
Perancis memulakan langkah dengan perlahan tapi bergaya. Les Bleus memimpin kumpulan C dengan nilai sempurna setelah menundukkan Afrika Selatan 3-0, Arab Saudi 4-0, dan Denmark 2-1.
Menghadapi Paraguay di pusingan kedua, Perancis layak hasil jaringan emas Laurent Blanc pada minit ke-113. Itali yang menjadi lawan pada suku akhir disingkirkan dengan keputusan 4-3 melalui tendangan penalti.
Di separuh akhir, tuan rumah berhadapan dengan pasukan yang paling mengejutkan di Piala Dunia 1998, Croatia. Negara pecahan Yugoslavia yang ditangani Miroslav Blazevic itu menyingkirkan Jerman 3-0 pada suku akhir yang lain.
Davor Suker--penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol--menjaringkan gol pertama pada minit ke-46. Perancis berterima kasih kepada pemain pertahanannya Lilian Thuram yang menjaring dua gol, pada minit ke-47 dan 69.
[Sunting] Akhir
Pada 12 Julai, sekitar 75 ribu penonton--termasuk Presiden Perancis Jaques Chirac--menyaksikan perlawanan akhir yang berlangsung di Stade de France, Saint Dennis. Tapi berita menggemparkan tersiar tatkala jurulatih Mario Zagallo tidak memasukkan nama Ronaldo dalam kesebelasan awal. Pemain yang telah menjaringkan empat gol itu dikhabarkan dimasukan ke hospital kerana cedera buku lali kaki kiri.
Tapi satu minit menjelang sepakmula, Ronaldo ternyata hadir. Keputusan yang menimbulkan pertanyaan mengapa dia tetap diturunkan padahal dia tidak mampu berbuat apa-apa.
Bintang perlawanan akhir adalah Zinedine Zidane. Pemain yang sempat menerima kad merah ketika menghadapi Arab Saudi pada peringkat kumpulan itu menunjukkan keunggulannya. Emmanuel Petit memastikan kemenangan Les Bleus 3-0 dengan jaringannya.
Wisel akhir yang ditiup pengadil Said Belqola dari Maghribi--pengadil asal Afrika pertama yang mengadili perlawanan akhir. Perancis menjadi negara pertama sejak 1970 yang tidak pernah kalah sepanjang kejohanan. The Champs Elysees dipenuhi ribuan orang sepanjang malam, merayakan kembalinya trofi Piala Dunia ke negara asalnya.
[Sunting] Penghargaan
- Juara: Perancis
- Naib Juara: Brazil
- Tempat ke-3: Croatia
- Penjaring Gol Terbanyak (Golden Shoe Award): Davor Suker (Croasia), 6 gol
- Pemain Terbaik /Golden Ball Award: Ronaldo (Brazil)
- Penjaga Gol Terbaik (Lev Yashin Award): Fabien Barthez (Perancis)
- Anugerah Permainan Bersih FIFA / FIFA Fair Play Award: Templat:England dan [[Perancis}]]
- Pasukan Yang Paling Menghiburkan: Perancis
[Sunting] Pasukan pilihan FIFA /(All stars team) FIFA
- Penjaga Gol: Fabien Barthez, Jose Luis Chilavert
- Pertahanan: Roberto Carlos, Marcel Desailly, Lilian Thuram, Frank de Boer, Carlos Gamarra
- Tengah: Dunga, Rivaldo, Michael Laudrup, Zinedine Zidane, Edgar Davids
- Penyerang: Ronaldo, Davor Suker, Brian Laudrup, Dennis Bergkamp
[Sunting] Lain-lain
- Maskot: Footix
- Lagu tema: The Cup of Lives, dinyanyikan oleh Ricky Martin
- Bola rasmi: Tricolore (bahasa Perancis: tiga warna)
[Sunting] Rujukan
- ↑ Reuters, "Red card paradox at heart of World Cup", dicapai 26 Jun 2006
[Sunting] Pautan luar
Untuk maklumat dan perbincangan mengenai templat-templat kotak bola sepak terpiawai, sila lihat Wikipedia:WikiProject Football/Templates.<noinclude>
|
|||
---|---|---|---|
|
|||
|
|||
|
|||
|