Mitologi Rom
From Wikipedia
Mitologi Rom merujuk kepada kepercayaan mitologi orang-orang Rom kuno. Secara amnya, mitologi Rom boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
- Tempoh lebih awal: bersifat kultus dan berfungsi dengan cara yang amat berbeza dengan kaunterpart Yunani.
- Tempoh lebih lewat: bersifat kesusasteraan dan terdiri daripada pinjaman bulat-bulat daripada mitologi Yunani
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sifat mitos Rom awal
Orang-orang Rom tidak mempunyai kisah-kisah berurutan mengenai dewa-dewi mereka yang dapat dibandingkan dengan Perang Titan, atau penggodaan Zeus oleh Hera, sehingga pemuisi-pemuisi mereka bermula untuk meminjam model-model Yunani pada tempoh lewat Republik Rom. Bagaimanapun, apa yang orang-orang Rom mempunyai ialah:
- sebuah sistem yang amat maju mengenai upacara amal, kolej paderi, dan "kelompok" dewa-dewi yang berkait.
- satu set mitos sejarah yang kaya mengenai asas dan kebangkitan kota mereka yang melibatkan pelakon manusia, kekadangnya dengan campur tangan dewa-dewi.
[Sunting] Mitologi awal mengenai dewa-dewi
Model Roman melibatkan cara berbeza dalam mentakrifkan dan memikirkan dewa-dewa mereka berbanding kaum Yunani. Sebagai contoh, jika seseorang bertanyakan orang Yunani tentang Demeter, dia mungkin akan membalasnya dengan kisah hebat dan terkenal tentang kesedihanya pada Persephone yang diperkosa Hades.
Kaum Rom purba, yang berbeza, akan memberitahu yang Ceres mempunyai paderi rasmi yang dipanggil flamen, yang merupakan junior kepada wiktionary:flamen Jupiter, Mars, dan Quirinus, tetapi senior kepada flamen Flora dan Pomona. Dia mungkin akan memberitahu tentang dewa itu berkumpulan dengan dua dewa pertanian lain, Liber dan Libera. Dan dia mungkin akan menyebut dengan lancar semua dewa kecil dengan peranan khusus yang membantunya: Sarritor (merumpai), Messor (menuai), Convector (mengangkut), Conditor (menyimpan), Insitor (menyemai), dan berdozen-dozen lagi.
"Mitologi" Rom purba, sekurang-kurangnya menitik beratkan dewa-dewa, tidak dibuat melalui penceritaan, tetapi berkaitan antara manusia dan dewa.
Agama asal bagi masyarakat Rom awal telah diubah dengan pertambahan dan percanggahan kepercayaan pada waktu kemudian, dan dengan asimilasi oleh mitologi Yunani. Kita tahu apa yang akan kita lakukan tentang agama Rom purba bukanlah melalui cerita sezaman, tetapi dari penulis kemudiannya yang cuba untuk menyelamatkan tradisi lama dari lapuk dan tidak digunakan lagi, seperti sarjana abad pertama SM Marcus Terentius Varro. Penulis klasik lain, seperti penyajak Ovid dalam Fasti (Kalendar) nya, banyak dipengaruhi model Hellenistik, dan karyanya sering menggunakan kepercayaan Yunani untuk mengisi jurang dalam tradisi Rom.
[Sunting] Mitologi awal mengenai sejarah Rom
Berbeza dengan kekurangan bahan karangan tentang para dewa, masyarakat Rom kaya dengan kegemilangan legenda tentang pengasasan dan pertumbuhan awal Bandar mereka. Sebagai tambahan kepada tradisi kampung halaman ini, kisah dari legenda keperwiraan Yunani dicantumkan ke dalam cerita penduduk tempatan pada mula-mulanya, yang memberikan Aeneas, sebagai contoh, leluhur kepada Romulus dan Remus.
Aeneid dan beberapa buku pertama Livy merupakan sumber yang terbaik yang masih wujud bagi mitologi manusia ini.
[Sunting] Dewa-dewi utama Rom
[Sunting] Lihat juga
- Arria
- Mitologi Yunani
- Agama Yunani
- Senarai Di Indigetes
- Senarai filem berdasarkan mitologi Yunani-Rom
- Bagaimana menyebut nama Yunani dan Latin klasik dalam bahasa Inggeris
- Mitologi cinta sama jantina
- Kesetaraan mitologi Rom dan Yunani
- Agama Rom
- Kuil (Rom)
[Sunting] Rujukan
- Alan Cameron. Greek Mythography in the Roman World (Mitografi Yunani di Dunia Rom) (2005) OUP, Oxford (diulas oleh T P Wiseman dalam Times Literary Supplement 13 Mei 2005 m.s. 29)
[Sunting] Pautan luar
Siri mitologi Rom |
---|
Dewa-dewi Utama |
Apollo | Ceres | Diana | Juno | Jupiter | Mars | Mercury | Minerva | Venus | Vulcan | Divus Augustus | Divus Julius | Fortuna | Lares | Pluto | Quirinus | Sol | Vesta |