Kumpulan The Islands
From Wikipedia
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |
Kumpulan The Islands adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mula dikenali semenjak tahun 1989-1991.
Kumpulan The Islands mulai dikenali ramai setelah menyertai ' pada tahun 1989-1991.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Pengenalan
Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.
Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.
Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway.
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh masyarakat umum. Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, MAY dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.
Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio, kumpulan rock seperti Cromok, FTG dll masih berjaya mengumpul peminat.
Filem terbaik yang berjaya menampilkan muzik rock 80an versi Malaysia adalah tidak lain daripada filem Rock (Disember 2005) oleh Mamat Khalid.
[Sunting] Daftar Gagasan Rock Malaysia
- Juara Rock (1983)
- Juara Rock (1984)
- Festival Rock (1984)
- Battle Of The Bands 1 (1986)
- Clash Of The Bands 1 (1986)
- War Rock 1 (1986)
- Battle Of The Bands 1 (1987)
- Clash Of The Bands 2 (1987)
- War Rock 2 (1987)
- War Rock 3 (1988)
- Hikayat Rok 88 (1988)
- Kumpulan Muzik Tenggara (1988)
- Pancakara Di Cakerawala (1988)
- Batu-Batu Perjuangan (1988)
- Clash Of The Bands 3 (1988)
- Rock Galactica 88 (1988)
- Pesta Hiburan Kingsway ????