Kapal pembinasa
From Wikipedia
Dalam istilah tentera laut, kapal pembinasa adalah kapal perang yang laju dan lincah dengan keupayaan bergerak jarak jauh dengan tujuan untuk mengiringi kapal bersaiz besar dalam armada atau angkatan perang dan mempertahankan kapal besar dari penyerang jarak dekat yang bersaiz lebih kecil.
[Sunting] Sejarah kapal pembinasa
Sejarah kapal pembinasa bermula tidak lama selepas perang saudara Chile 1891 dan dalam Perang Sino-Jepun (1894-1895). Dalam konflik tersebut, sejenis kapal baru yang ternyata amat berkesan – bot torpedo yang lincah dan kecil, dicipta oleh John Ericsson. Kapal kecil ini mempunyai kelajuan setanding dengan kapal besar, dan boleh memecut hampir, melepaskan torpedo, dan cabut lari.
Pada kebiasaannya bot kecil jarak dekat seperti ini dapat dimusnahkan dengan mudah lama sebelum sampai ke jarak sasaran, ia boleh beroperasi dalam armada dengan kapal besar, selagi armada berhampiran dengan pengkalan.
Dalam kes ini pasukan bertahan terpaksa memilih sasaran yang mana untuk diserang: kapal besar yang mereka direka untuk sangga, atau bot torpedo yang lebih kecil yang sedang menyerbu untuk menyerang. Bagaimanapun, serangan dua penjuru ini tidak hampir tidak membabitkan sebarang kos kepada penyerang, kerana nilai bot torpedo yang kecil amat murah.
Pasukan tentera laut dunia menyedari keperluan untuk senjata menyangga dan memajukan pembinasa bot torpedo. Idea asas adalah untuk mempunyai tabir kapal yang sepantas bot torpedo, tetapi dilengkapi meriam bukannya torpedo. Ia akan beroperasi jarak jauh dari armada kapal utama untuk menghalang bot torpedo dari sampai pada jarak tembakan torpedo
Walau bagaimanapun ianya jelas bahawa konsep ini mempunyai masalahnya yang tersendiri. Kapal ini memang berupaya menyekat serangan dari bot torpeda (yang kebiasaanya tidak mempunyai meriamnya sendiri), tetapi ianya akan menjadi sasaran mudah untuk kapal-kapal utama yang lain sewaktu beroperasi jauh dari dari gerombolan. Oleh itu mereka kerap dilengkapi dengan torpedo sendiri.
Satu lagi masalah ialah bot torpedo berjarak dekat oleh itu lebih mudah dan murah untuk dihasilkan. Walau bagaimanapun kapal pembinasa mempunyai masalah kerana ianya perlu beroperasi sebagai peninjau untuk gerombalannya. Ini memerlukan mereka mempunyai kelajuan dan jarak sebagaimana kapal tempur, jadi kapal pembinasa kerap lebih besar dari bot torpedo yang perlu mereka hadapi.
Ancaman yang timbul semenjak Perang Dunia I dengan pengenalan kapal selam. Secara umum istilah kapal selam, atau U-boat, tidak lain dari bot torpedo dengan keupayaan untuk menyelam seketika. Bagaimanapun perubahan ini membenarkan kapal selam untuk bersembunyi dari meriam kapal pembinasa dan menghampiri pada jarak torpedo ketika di bawah air. Ini mendorong kepada perubahan pantas kepada kapal pembinasa ketika perang, yang dilengkapi dengan depth charge dan sonar untuk menangkis ancaman baru ini.
Pada Perang Dunia II ancaman telah berubah sekali lagi. Kapal terbang kini menjadi senjata utama kuasa laut, dan sekali lagi armada kapal pembinasa dikemas kini dengan meriam anti pesawat, sebagai tambahan kepada senjata ringan sedia ada, depth charges, dan torpedo. Pada waktu ini kapal pembinasa telah menjadi kapal serba guna yang berasingan.
[Sunting] kapal pembinasa moden US
Amerika Syarikat mentauliahkan kapal pembinasa pertama, U.S.S. Bainbridge, kapal pembinasa No. 1, pada 1902. Dalam US Navy, kapal pembinasa beroperasi menyokong angkatan perang kapal induk, kumpulan aksi permukaan, kumpulan amphibious dan kumpulan mengisi semula. kapal pembinasa (dengan DD simbol pengkelasan badan "hull classification symbol") tugas utamanya menjalankan tugas perang anti-kapal selam sementara menjaga kapal pembinasa misil (DDGs) adalah pelbagai fungsi (anti-kapalselam, anti-udara, dan anti-perang permukaan) penempur permukaan. Penambahan yang agak baru,pelancar peluru berpandu melayang "cruise missile" meningkatkan lagi tugas kapal pembinasa dalam serangan pertempuran "strike" dan serangan-darat.
Dua kelas kapal pembinasa yang sekarang ini digunakan oleh Navy US: kelas Spruance dan kelas Arleigh Burke. kelas Zumwalt dirancangkan bagi menggantikan mereka; pada 1 November 2001, Tentera laut US mengumumkan penerbitan semakan semula Permohonan untuk Cadangan (Request for Proposal) (RFP) untuk Program Tempur Permukaan Masa Depan (Future Surface Combatant Program). Dahulunya dikenali sebagai DD 21, program iniakan dikenali sebagai "DD(X)" untuk menggambarkan matlamat program dengan lebih jitu, iaitu menghasilkan keluarga pejuang permukaan berteknologi tinggi, bukan semata-mata satu kelas kapal. DD(X) tidak lagi dipanggil kelas Zumwalt, dan ianya lebih besar daripada pembinasa biasa, hampir tiga ribu tan lebih berat berbanding kruiser kelas Ticonderoga.
[Sunting] Lihat juga
- Daftar kapal pembinasa
kapal pembinasa Douglas B-66B merupakan model kapal terbang khas awalnya dikeluarkan dalam dua versi -- a reconnaissance version designated RB-66B and a bomber version designated B-66B. They were similar in overall configuration, differing primarily in the equipment carried.
Destroyer is also the name of a Kiss album, released in 1976.
Destroyer is also the artist name of musician Daniel Bejar (recognizably a member of The New Pornographers).