J. R. R. Tolkien
From Wikipedia
John Ronald Reuel Tolkien CBE (3 Januari 1892 – 2 September 1973) ialah seorang pengarang British yang amat dikenali disebabkan karyanya Si Hobit (The Hobbit) dan susulannya, Penguasa Cincin (The Lord of the Rings). Beliau adalah profesor untuk bahasa Anglo-Saxon di Universiti Oxford dari 1925 hingga 1945, dan untuk bahasa dan kesusasteraan Inggeris, juga di Oxford, antara 1945 hingga 1959. Seorang Roman Katolik yang warak, Tolkien adalah kawan rapat kepada C. S. Lewis dan kedua-dua mereka merupakan ahli kumpulan perbincangan kesusasteraan Inklings.
Selain daripada Si Hobit dan Penguasa Cincin, fiksyen-fiksyen terbitan Tolkien yang lain termasuk Silmarilion (The Silmarillion) serta buku-buku yang beliau menggelarkan legendarium dan yang diterbitkan selepas kematiannya. Legendarium merupakan satu mitologi fiksyen mengenai Bumi pada masa lampau yang lama dahulu. Beliau menamakan masa itu sebagai Arda, dan Bumi Tengah (Middle-earth) (perkataan yang berasal daripada middangeard, perkataan Germanik untuk "dunia yang sesuai didiami oleh manusia"). Kebanyakan karyanya disusun daripada nota-nota Tolkien oleh anak lelakinya, Christopher Tolkien. Kepopularan and pengaruh karya-karya Tolkien yang lama bertahan telah mengasaskan Tolkein sebagai "bapa kepada genre fantasi halus". Fiksyen terbitan Tolkien yang lain termasuk padanan cerita-cerita yang pada asalnya diceritakan kepada anak-anaknya tetapi tidak mempunyai sebarang perkaitan yang langsung dengan legendarium.
[Sunting] Pautan luar
Biografi
- Biografi Tolkien (Persatuan Tolkien)
- Universiti Oxford J. R. R. Tolkien – lawatan bergambar foto 360º
- Tolkien di Birmingham
- Jejak Tolkien di Birmingham
- Tolkien dan Iceland: Filologi Rasa Iri Hati. Syarahan Tom Shippey di Universiti Iceland. – dicapai pada 17 Oktober 2005.
- Esei mengenai Tolkien oleh cucu lelakinya, Simon Tolkien.
- Gambar-gambar kubur Tolkien di laman web Find-A-Grave
Bibliografi
- Bibliografi Bergambar Tolkien
- Perpustakaan Fanatik Penguasa Cincin
- Perpustakaan Tolkien – esei kesusasteraan, ulasan, dan rencana Tolkien
- 1952 Rakaman audio untuk resital puisi oleh Tolkien di Quenya
- Ahli filologi membincangkan bahasa Esperanto oleh J. R. R. Tolkien
Pangkalan data/Direktori
- HarperCollins Laman web Tolkien
- One Ring: Panduan Lengkap Tolkien dalam talian
- Ensiklopedia Arda
- J.R.R. Rencana-rencana dan Pautan-pautan Tolkien dan Bumi Tengah (xenite.org)
- Soalan Lazim Meta Tolkien (slimy.com)
- Komuniti Wiki Tolkien
- Tolkien Gateway – maklumat mengenai Tolkien, buku-buku, filem-filem, muzik-muzik, bahasa-bahasa, dll
Persatuan
Seni terbitan
- Lihat juga rencana Karya-karya yang diilhami oleh J. R. R. Tolkien