Boris Tadic
From Wikipedia
Presiden Serbia | |
Tarikh lahir: | 15 Januari 1958 |
Tempat lahir: | Sarajevo, SFRY |
Kerjaya: | Psikologi Sosial - Ahli Politik |
Parti Politik: | Parti Demokratik (Serbia) |
Boris Tadić, adalah presiden terkini negara Serbia.
Beliau menerima pendidikan awal di sekolah-sekolah di Belgrade dan telah menuntut di Universiti Falsafah Belgrade di mana beliau meraih ijazah dalam bidang Psikologi Sosial.
Beliau juga merupakan pengasas dan pengarah pertama Pusat untuk Pembangunan Demokrasi dan Kemahiran Politik di Serbia.
Tadić merupakan anggota Parti Demokratik (Serbia) sejak tahun 1990 dan telah memegang beberapa portfolio:
- Setiausaha General Committee
- Naib Presiden Executive Board
- Presiden Executive Board
- dilantik dua kali sebagai Naib Presiden Parti Demokratik
- Pada tahun 2004 beliau dilantik sebagai Presiden Parti Demokratik, satu tahun setelah pembunuhan Zoran Djindjic, bekas presiden Parti Demokratik
Pada tahun 2002, beliau memegang jawatan Menteri Telekomunikasi kepada kerajaan Republik Bersekutu Yugoslavia. Beliau juga adalah Menteri Pertahanan dalam Majlis Menteri-Menteri Serbia dan Montenegro.
Pada tahun 2003 beliau dipilih sebagai Wakil dalam Dewan Serbia dan Montenegro (Representative in the Assembly of Serbia and Montenegro). Setahun kemudian, beliau dilantik sebagai Wakil dalam Dewan Undangan Serbia.
Dalam pusingan pertama kiraan undi Pilihanraya Presiden Serbia 2004, beliau meraih 27.3% undi. Dalam pusingan kedua pula (27 Jun 2004) beliau berjaya mengalahkan Tomislav Nikolić, untuk dilantik sebagai Presiden Serbia.
Tadić boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan Macedonia dengan fasih dan juga dalam bahasa Perancis. Beliau sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak.