Biologi
From Wikipedia
Biologi adalah kajian mengenai benda hidup. Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.
Perkataan biologi moden kelihatannya diperkenalkan secara terasing antara Gottfried Reinhold Treviranus (Biologie oder Philosophie der lebenden Natur, 1802) dan oleh Jean-Baptiste Lamarck (Hydrog‚ologie, 1802). Perkataan Biologi itu sendiri telah dikatakan dicipta pada 1800 oleh Karl Friedrich Burdach, tetapi ia muncul pada judul Jilid 3 buku Michael Christoph Hanov Philosophiae naturalis sive physicae dogmaticae: Geologia, biologia, phytologia generalis et dendrologia, diterbitkan pada 1766. Pada masa kini, perkataan tersebut merangkumi bidang akademik yang lebih meluas yang sering dilihat sebagai bidang yang tersendiri.
[Sunting] Pengenalan
Biologi adalah kajian mengenai kehidupan. Biologi mempunyai liputan bidang penyelidikan yang luas:
- pada skala atom skala molekul, melalui biologi molekul, biokimia
- pada skala selular, melalui biologi sel
- pada skala multi selular, melalui fisiologi, anatomi, dan histologi
- pada aras pembangunan atau ontogeni setiap organisma, melalui biologi perkembangan (developmental biology)
- pada tahap pewarisan antara ibubapa dan keturunan melalui genetik
- pada aras tabiat kumpulan melalui ethologi
- pada aras keseluruhan populasi, melalui genetik populasi
- di atas skala pelbagai spesies dari keturunan, melalui sistematik
- pada aras populasi saling berkait dan habitat mereka melalui alam sekitar dan biologi evolusi
- dan jangkaan melalui xenobiologi pada tahap hidupan selain di bumi.
[Sunting] Prinsip
Biologi tidak sama seperti sistem hukan alam yang tidak berubah yang dijelaskan dengan matematik.Sistem Biologi mempunyai kecendurungan ramalan statistik terhadap sesuatu keadaan,tetapi mempunyai kecendurungan yang tidak konkrit seperti fizik - fizik,berkadar terus atau songsang; biologi tidak mempunyai berkadar terus atau songsang yang berterusan. Walaubagaimanapun,Biologi masih lagi mematuhi hukum alam seperti termodinamik dan pengabadian jisim.
Sains biologi bercirikan dan terdiri daripada konsep dan prinsip seperti kesejagatan,evolusi,kepelbagaian,kesinambungan,genetik,homeostasis, dan interaksi.
Bidang dalam Biologi |
---|
• Anatomi • Astrobiologi • Biofizik • Biogeografi • Bioinformatik • Biokimia • Biologi laut • Biologi molekul • • Biologi perkembangan • Biologi sel • Biologi struktur • Biologi udara • Bionik • Botani • Bioteknologi • Ekologi • • Entomologi • Epidemiologi • Fikologi (algologi) • Filogeni (filogenetik, filogeografi) • Fisiologi • Fitopatologi • • Kladistik • Korologi • Kriptozoologi • Krustasologi • Limnologi • Malakologi • Mikrobiologi (bakteriologi) • • Mamalogi • Mikologi/Likenologi • Mirmekologi • Morfologi • Neurosains (neuroanatomi, neuroetologi, neurofisiologi, neurosains pengiraan, psikofizik, sains kognitif, sistem neurosains, sains tingkah-laku) • • Onkologi (kajian mengenai barah) • Ontogeni • Ornitologi • Paleontologi (paleobotani, paleozoologi) • Patologi • • Penyakit (penyakit berjangkit, penyakit genetik) • Sitologi • Taksonomi • Toksikologi (racun dan pencemaran) • • Virologi • Xenobiologi • Zoologi • |
Kategori: Sains | Sains Tulen | Biologi