Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions Bandaraya Kuching - Wikipedia

Bandaraya Kuching

From Wikipedia

Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Barat. Sebagai sebuah ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar raya yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia. [1]. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988.

Kuching juga merupakan kedudukan pusat kerajaan pada Sarawak moden. Ia mempunyai seorang Ketua Menteri yang memimpin Kabinet Menteri. Beliau adalah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari ahli pensidang pada perlantikan yang diadakan setiap lima tahun.

Ketua Menteri yang sekarang ialah YAB Pehin Sri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud. Kuching ialah tempat mana Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng menetap.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Pentadbiran

Pentadbiran Kuching dibahagikan kepada dua kumpulan serta mempunyai dua orang datuk bandar. Bahagian utara Kuching diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara, manakala bahagian selatan ditadbirkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan. Terdapat mereka yang mempercayai bahawa pembahagian kuasa kepada daerah utara (terdiri terutamanya daripada penduduk Melayu dan bumiputera) dan selatan (terutamanya penduduk Cina) adalah disebabkan oleh alasan etnik pada 1980-an. Terdapat juga mereka yang mempercayai bahawa pentadbiran dibahagikan atas alasan geografi kerana daerah utara dan selatan dikaitkan hanya dengan dua buah jambatan yang merentangi Sungai Sarawak.

[Sunting] Senarai kawasan bandar raya di Kuching

[Sunting] Kawasan Majlis Bandaraya Kuching Utara

[Sunting] Kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan

  • Pusat Bandaraya Kuching (Timur)
  • Padungan
  • Stampin

[Sunting] Sejarah

Sir James Brooke
Besarkan
Sir James Brooke

Sarawak merupakan sebahagian Kesultanan Brunei dua ratus tahun dahulu tetapi sebagai ganjaran kerana membantu menghancurkan pemberontakan, kawasan ini diserahkan kepada James Brooke, seorang pengembara Inggeris yang memerintah kawasan ini sebagai kemaharajaan peribadi. Kuching dijadikan ibu negeri serta ibu pejabat Brooke. Keluarga Brooke memerintah Sarawak sehingga akhir Perang Dunia II apabila Sir Charles Vyner Brooke, raja ketiga serta terakhir, menyerahkannya kepada Kerajaan British pada tahun 1946. Sarawak dan Komanwel British bertempur dalam "Perang Tak Isytihar" dengan Indonesia agar menghalang Sarawak daripada diserap ke dalam Indonesia Sukarno. Pihak British memberikan kemerdekaan kepada Sarawak pada tahun 1963, dan bersama-sama dengan Borneo Utara (Sabah) dan Singapura, membantu membentuk Malaysia. (Singapura mengisytiharkan kemerdekaan tidak lama kemudian.)

Asalnya nama Sarawak tidak jelas. "Kuching" ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi "Cochin", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Artifak-artifak yang berasal daripada kepercayaan Hinduisme kini dapat dilihat di Muzium Negeri. Bandar raya ini tidak pernah mempunyai sebilangan besar kucing apabila dibandingkan dengan bandar-bandar lain. Sebenarnya, arca-arca kucing, Muzium Kucing Kuching, serta perkaitan-perkaitan lain dengan kucing merupakan sebahagian usaha moden untuk mempromosikan pelancongan; banyak risalah pelancongan merujuk kepada Kuching sebagai "Bandaraya Kucing". Selain daripada ini, nama "Kuching" tidak mempunyai maksud sebenar bagi penduduk-penduduknya dan tidak dianggap oleh orang-orang tempatan sebagai suatu nama yang romantik.

Terdapat teori-teori lain yang mengatakan bahawa nama "Kuching" datangnya daripada "mata kucing", sejenis buah; Pokok Mata Kucing kelihatan banyak bertumbuh di tebing sungai yang kini merupakan sebahagian bandar raya Kuching. Terdapat sebuah bukit di pusat bandar raya lama yang dipanggil Bukit Mata Kuching, dan bukit ini juga mungkin merupakan asal nama bandar raya ini.

[Sunting] Geografi

Kuching terletak di tebing Sungai Sarawak yang terletak pula di bahagian barat laut pulau Borneo. Garisan bujur dan garisan lintang Kuching ialah 01°33' U, 110°25' T.

Kuching mempunyai iklim tropika yang sederhana panas serta banyak berhujan. Hujan tahunan puratanya adalah lebih kurang 4,000 mm atau 160 inci. [2]. Kuching ialah bandar raya yang paling lembap di Malaysia. Bulan-bulan yang paling lembap adalah antara November dan Februari semasa musim Monsun Timur Laut. Suhu puratanya adalah di sekitar 23°C pada jam-jam awal pagi dan naik sehingga lebih kurang 32°C pada tengah hari. Suhu ini adalah tetap pada sepanjang tahun.

Kuching mendapat sebanyak lima jam sinaran matahari pada puratanya setiap hari. Pada bulan Januari, semasa kemuncak musim monsun, sinaran matahari setiap hari adalah lebih kurang 3.7 jam. Hujan lebat pada tempoh ini kekadang mengakibatkan banjir.

[Sunting] Demografi

Jumlah penduduk Bandaraya Kuching sebanyak 580,000 (banci 2005) terdiri daripada campuran orang Melayu, Dayak, Cina, serta sebilangan orang India dan kelompok-kelompok etnik yang lain. Orang Dayak boleh dikategorikan lagi kepada orang Iban, Bidayuh, Melanau, dan banyak lagi. Orang Cina terdiri daripada orang Hokkien di kawasan-kawasan bandar raya, dan orang Hakka, khususnya di kawasan luar bandar. Orang-orang Cina yang lain termasuk orang Foochow (Fuzhou), Teochew, Hainan, Kantonis, Henghua dan lain-lain lagi.

Agama-agama utama penduduk Kuching ialah Islam, Buddhisme dan agama Kristian. Orang Melayu menganuti agama Islam dan menurut undang-undang, semua orang Melayu adalah Muslim. Orang Cina menganuti Buddhisme atau agama Kristian. Kebanyakan orang Dayak adalah penganut agama Kristian, kecuali orang Melanau yang kebanyakannya adalah Muslim.

Kebanyakan penduduk Kuching berupaya berhubung dalam bahasa Melayu serta juga bahasa Inggeris. Bagaimanapun, keupayaan bahasa Inggeris mereka amat berbeza dari seorang ke seorang. Loghat bahasa Melayu yang dituturkan di Kuching dikenali sebagai bahasa Sarawak. Bahasa Sarawak mempunyai perbezaan leksikal dengan loghat yang dituturkan di Semenanjung Malaysia.

Selain daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, penduduk Kuching biasanya juga boleh bertutur dalam loghat atau bahasa etnik sendiri. Seorang Iban boleh bertutur dalam bahasa Iban, seorang Bidayuh dalam bahasa Bidayuh, dan seorang Cina biasanya boleh bertutur dalam beberapa loghat Cina. Loghat Cina yang paling biasa ialah bahasa Mandarin serta loghat Hokkien di Kuching. Bagi orang Bidayauh, loghat Bidayuh yang dituturkan di sebuah kampung amat berbeza dengan loghat yang dituturkan di kampung yang lain.

Bagaimanapun, sebilangan kecil penduduk Bandaraya Kucing bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka.

[Sunting] Pendidikan

Universiti Teknologi Swinburne terletak di Kuching dan merupakan universiti yang tunggal di bandar raya ini. (Berdasarkan alasan-alasan teknik, kampus Universiti Malaysia Sarawak dan UiTM terletak di Divisyen Samarahan).

Pendidikan swasta di bandar raya ini mengambil bentuk berbagai-bagai kolej swasta serta institut latihan. Contoh-contoh terkenal termasuk Kolej Inti, Kolej SeGI, serta Kolej Stamford.

Bagi pendidikan rendah dan menengah, Kuching mempunyai banyak sekolah yang diasaskan oleh mubaligh-mubaligh Kristian asing melebihi seabad dahulu. Para mubaligh juga merupakan guru besar sekolah-sekolah ini sehingga lebih terkini. Walaupun sekolah-sekolah ini adalah sekolah Kristian, ia menerima semua murid daripada semua agama.

[Sunting] Pengangkutan

Taraf jalan raya di dalam bandar adalah agak baik, walaupun terdapat kesesakan lalu lintas pada waktu sibuk, khususnya pada setiap pagi Sabtu. Oleh sebab Kuching terletak berhampiran dengan khatulistiwa, banyak lubang akan ditemukan di jalan raya semasa musim monsun (biasanya pada akhir tahun yang berbetulan dengan musim sejuk di hemisfera utara). Keadaan jalan raya dari luar bandar menuju ke Kuching adalah lebih teruk tetapi telah diperbaiki dari semasa ke semasa, walaupun jalan raya tempat-tempat peranginan utama (umpamanya, jalan raya yang menuju ke Damai) adalah agak baik.

Pengangkutan melalui teksi adalah berpatutan dan kelihatannya, terdapat banyak teksi di tempat-tempat pelancongan yang popular. Bagaimanapun, teksi yang lalu di jalan raya adalah jarang ditemukan. Berhati-hatilah tentang teksi tanpa meter. Pengangkutan awam melalui bas lapuk yang tidak berhawa dingin adalah hanya untuk pengembara backpacker. Pengangkutan udara dilayani oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang berdekatan dan yang kini diluaskan.

Kuching juga dilayani oleh dua buah syarikat bas utama, iaitu Syarikat Motor Chin Liang Long (warna biru) serta Syarikat Pengangkutan Sarawak (warna hijau), antara lain. Sebahagian besar bas-bas ini adalah dalam keadaan lapuk dan tidak berhawa dingin. Tambang bas adalah rendah, tetapi taraf perkhidmatannya juga amat rendah. Laluan-laluan bas tidak didokumenkan dengan baik, dan perhentian-perhentiannya tidak mempunyai nama. Bas-bas ini juga tidak dikenali untuk ketepatan masa.

Isyarat jalan ditulis dalam kedua-dua bahasa Melayu (dengan menggunakan skrip Latin) serta bahasa Cina. Kuching juga dikenali untuk banyak bulatan jalan raya. Bulatan-bulatan ini adalah cekap untuk menangani lalu lintas yang sederhana. Bagaimanapun, dengan lalu lintas semakin meningkat di Kuching disebabkan oleh kereta-kereta buatan Malaysia yang lebih murah serta mudahnya mendapat pinjaman kereta, banyak bulatan telah digantikan dengan lampu isyarat serta laluan atas dan jalan bawah.

[Sunting] Tarikan pelancong

Imej:Old Sarawak Museum.jpg
Muzium Sarawak lama yang dibina oleh Raja Charles Brooke pada tahun 1891 mencontohi sebuah dewan perbandaran di Normandy.

Di dalam bandar, terdapat beberapa muzium seperti Muzium Sarawak yang amat dikenali, Muzium Cina, Muzium Kucing, dan lain-lain yang patut dikunjungi semasa melawat Kuching. Mercu tanda dan tapak menarik termasuk Astana (bekas istana Raja), Kubu Margherita, kuil Tua Pek Kong, dan Bazar Besar. Kawasan dermaga Kuching, yang sebenarnya merupai sebuah esplanad tepi sungai, terletak di sebelah kanan hotel-hotel utama serta kawasan tengah komersil bandar raya dan membekalkan kawasan untuk bersiar-siar pada waktu petang. Kedai-kedai lama di sebelah sana kawasan dermaga menjual berbagai-bagai barang 'antik' dan kraftangan.

Sebilangan kawasan menarik yang lain yang terletak berhampiran dengan pusat bandar termasuk Jalan Padungan yang merupakan kawasan Pekan Cina utama di bandar raya ini. Kedai-kedai yang kelihatan tidak pernah berubah sejak 20 tahun dahulu memberikan wawasan yang mempesonakan tentang kehidupan pada masa dahulu. Jalan Carpenter dan Jalan India masih mengekalkan daya tarikan dunia lama, walaupun proses globalisasi tidak henti-henti mencerobohinya. Bangunan Mahkamah lama merupakan penghubung antara Jalan Carpenter dan Jalan India, dan berbaloi untuk dikunjungi bagi mengenang kembali keindahan kolonial yang menjadi pudar (kini dipulihkan dan dimodenkan). Taman-taman di sekeliling bandar raya yang dijaga dengan baik juga merupakan tempat-tempat yang baik untuk dikunjungi.

[Sunting] Masakan

Kuching mempunyai sebilangan hidangan terkenal yang dilayan oleh gerai-gerai penjaja:

  • 'Mi kolok' Kuching atau 'koh-loh mein' (mi yang direbus dan kemudian dihidangkan dengan bawang putih, bawang merah, serta hirisan daging barbeku yang dikenali sebagai "char siew")
  • Laksa Sarawak (sup santan berempah yang berasaskan belacan dan yang dihidangkan dengan mi hun, telur, udang, ayam, tauhu goreng, dan kekadangnya kerang)
  • Mi Sos Tomato (mi garing yang dihidangkan dengan sos tomato, sayur, dan daging) atau Kuay Teow Sos Tomato yang merupakan hidangan penjaja yang paling dikenali.

Hidangan ikut tempahan (biasanya dipanggil "istimewa") juga boleh didapati apabila diminta. Kebanyakan gerai penjaja menyajikan ketiga-tiga hidangan ini, tetapi orang-orang tempatan sering mendebatkan tentang gerai yang paling baik untuk mengunjungi. Pelancong-pelancong harus berhati-hati bahawa hidangan-hidangannya adalah separuh daripada apa yang biasanya didapati di Pekan-pekan Cina di dunia Barat.

Hidangan-hidangan kegemaran tempatan yang lain termasuk:

  • Mi Daging Lembu Ah Mui yang hanya boleh didapati di dua tempat, iaitu sebuah gerai di food court terbuka Rumah Electra (dibuka hanya untuk menghidangkan makan malam sehingga lewat malam) serta lagi sebuah gerai di gerai-gerai penjaja yang terletak di kawasan pasar Sg. Maong
  • Sate Hap Chien Han.

Sedangkan saluran-saluran keluar rantaian sejagat (McDonald's, Kentucky Fried Chicken, Coffee Bean dan Tea Leaf) sentiasa terdapat di dalam kompleks-kompleks perdagangan utama, "Sugarbun", sebuah rantaian makanan segera, juga menghidangkan berbagai-bagai makanan Malaysia dalam gaya yang lebih merupai gaya Barat (dulang plastik, menu yang diterangi lampu, dan kakitangan yang berpakaian seragam).

[Sunting] Seni, hiburan, dan kebudayaan

Kuching juga dikenali untuk pancaragam-pancaragam tempatannya yang kreatif dan yang berjaya berpindah dari babak bebas ke aliran utama seperti Old Automatic Garbage, The Times dan Nice Stupid Playground. Terdapat banyak lagi pancaragam tempatan bebas yang aktif di perlitaran dan Kuching juga dikenali sebagai 'ibu kota indie rock' Malaysia Timur. Jason Lo, tokoh hiburan/ahli muzik/juruacara TV, berasal dari Kuching. Selain itu, Tsai Ming-Liang, seorang pengarah filem yang terkenal, juga dilahirkan di Kuching.

[Sunting] Galeri

[Sunting] Rujukan

  1. Laman web rasmi Kerajaan Sarawak.
  2. Kuching, Data Cuaca Sejarah dan Iklim Malaysia.

[Sunting] Pautan luar

Koordinat: 1.5544° U 110.3546° T


Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia Flag of Malaysia
Negeri: Johor | Kedah | Kelantan | Melaka | Negeri Sembilan | Pahang | Perak | Perlis | Pulau Pinang | Sabah | Sarawak | Selangor | Terengganu
Wilayah Persekutuan: Kuala Lumpur | Labuan | Putrajaya

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu