Antraks Salur Perut
From Wikipedia
Antrax Salur Perut merupakan salah satu cara penyakit Antrax berjangkit. Cara-cara penyakit Antrax berjangkit adalah seperti berikut :-
1. Kudis Anthrax (cutaneous anthrax)
2. Antrax Salur Perut (Gastrointestinal anthrax)
3. Antrax secara dihidu (penyakit penyisih bulu / woolsorters' disease)
Antrax ini berlaku apabila daging haiwan yang dijangkiti ini tidak dimasak dengan betul sebelum dimakan. Ini adalah kerana spora Antrax mampu bertahan suhu yang tinggi. Apabila spora Antrax memasuki salur perut, Antrax akan menjangkiti mereka yang mempunyai luka yang sedia ada di salur perut. Antrax akan merebak dengan cepat dan boleh membawa maut sekiranya lewat dirawat. Spora Antrax memerlukan suhu 121C selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk mati. 25%-60% daripada kes yang tidak dirawat membawa kematian.