Penyakit penyisih bulu
From Wikipedia
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Penyakit penyisih bulu berlaku apabila kuman antrax dihidu kedalam paru-paru. Cara-cara penyakit antrax berjangkit adalah seperti berikut:
- kudis anthrax (cutaneous anthrax)
- antrax salur perut (gastrointestinal anthrax)
- antrax secara dihidu (woolsorters' disease)
Apabila spora antrax memasuki paru-paru seperti yang berlaku kepada orang yang bekerja sebagai penyisih bulu biri-biri, antrax menyebabkan demam mengejut yang teruk dengan sakit di bahagian dada. Antrax merebak dengan cepat menjadi batuk berdarah dan membawa maut sekiranya rawatan gagal mengawal jangkitan antrax. Jangkitan secara dihidu dianggap paling merbahaya dan memerlukan rawatan antibiotik dalam tempoh 24 jam dari jangkitan untuk berjaya. Sekiranya tidak, kadar kematian dipercayai 99%.