Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
From Wikipedia
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 1924) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima.
Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-30.
Baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul Halim, baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.
Setelah memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda kembali memerintah sebagai Sultan Kedah pada 21 September 1975, hingga kini.
Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:
- Tuanku Hajjah Bahiyah, anakanda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
- Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.
[Sunting] Lihat juga
Penyandang Terdahulu | Yang di-Pertuan Agong Malaysia | Penyandang Kemudian |
Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin | Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra |
Penyandang Terdahulu | Sultan Kedah | Penyandang Kemudian |
Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah | hingga kini |
Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | |
---|---|
Negeri: Johor | Kedah | Kelantan | Melaka | Negeri Sembilan | Pahang | Perak | Perlis | Pulau Pinang | Sabah | Sarawak | Selangor | Terengganu | |
Wilayah Persekutuan: Kuala Lumpur | Labuan | Putrajaya |