Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions Perbualan:Negara - Wikipedia

Perbualan:Negara

From Wikipedia

Sebenarnya terdapat sedikit masalah dengan rencana ini. Selepas membaca rencana-rencana Wikipedia Bahasa Inggeris nation, country dan state dan merujuk perkataan-perkataan yang sama di mana-mana kamus Bahasa Inggeris, anda akan mendapati bahawa terdapat tiga segi melihat negara, iaitu;

  • Negara dari segi budaya. Dalam bahasa Inggeris dipanggil nation.
  • Negara dari segi geografi. Dalam bahasa Inggeris dipanggil country
  • Negara dari segi politik. Dalam bahasa Inggeris dipanggil state

Perlulah diingatkan disini bahawa perkataan state hanya merujuk kepada negeri dalam konteks dalam satu negara sahaja. Hakikatnya, perkataan state juga bermaksud "negara" dalam konteks antarabangsa.

Akan tetapi, tiada perkataan dalam Bahasa Melayu yang boleh dikaitkan dengan perkataan Inggeris nation, country dan state ini. Jadi saya cadangkan bahawa rencana negara ini dialihkan ke rencana negara (nyahkekaburan) dan di sana kita bahagikan kepada cabang rencana Negara (budaya), Negara (geografi) dan Negara (politik) untuk correspond kepada rencana Wikipedia Inggeris nation, country dan state. Alistair 12:26, 11 Mei 2006 (UTC)


Hai Alistair, cadangan anda memang nampak kemas. Tetapi saya memang masih keliru. Mengapakah:

  • Foreign Minister dipanggil "Menteri Luar Negeri" dan bukan "Menteri Luar Negara"?
  • Home Minister dipanggil "Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri" dan bukannya "Menteri Hal Ehwal Dalam Negara"?
  • Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs dipanggil Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna?

Alistair, apakah bezanya antara "negara", "nasional", dan "kebangsaan"? Saya memang keliru sewaktu menterjemahkan rencana Jabatan Kerajaan Amerika Syarikat. Kalau anda ada masa, bolehkah anda mengambil satu tengok (take a look), hehehe. — PM Poon 17:09, 11 Mei 2006 (UTC)


Saya kurang bersetuju dengan cadangan Alistair ini. Seperti yang diketahui semua Bahasa Melayu berbeza dengan Bahasa Inggeris. Malah setiap bahasa dalam dunia ini berbeza di antara satu dengan yang lain. Jadi tidak harus dibandingkan sesebuah perkataan dalam BM itu dengan perkataan dalam BI. Contohnya perkataan "tikus", dalam BI terdapat perkataan-perkataan yang mengambarkan tikus seperti rat, mouse, mice dsb. Adakah hanya disebabkan terdapat 3 istilah tikus dalam kamus BI maka laman tikus perlu dijadikan laman nyahkekaburan? Berbalik kepada isu asal tentang istilah "negara". Mengikut Kamus Dewan DBP, perkataan negara bermaksud; 1.suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg dibawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri. Dalam BI, maksud perkataan country, nation, state adalah berbeza tetapi tidak ada benda yang sedemikian dalam BM. Cuma terdapat 2 perkataan sahaja yakni negara yang merujuk kepada negara yang diperintah sesebuah kerajaan dan negeri yang bermaksud sesebuah kawasan di dalam sesebuah negara. Pada zaman dahulu cuma terdapat perkataan negeri tetapi bagi membezakan di antara sesebuah kawasan di dalam sesebuah kawasan yang besar (negara) dan kawasan yang besar (negara) maka perkataan negara ini dicipta oleh pakar bahasa. Sebab itulah sebutan untuk kerajaan zaman dahulu seperti Melaka dan Rom hanyalah Kerajaan Melaka atau Negeri Melaka dan bukannya Negara Melaka. Kesimpulannya BM dan BI adalah berbeza. Saya merehatkan kes saya buat masa ini. — Master2841 17:38, 11 Mei 2006 (UTC)


Hmmm... ini mungkin sebabnya Dr Mahathir nak mengembalikan bahasa Inggeris untuk mengajar sains dan matematik. Sewaktu saudara saya mengajar matapelajaran kimia, terdapatnya masalah seperti ini, sehingga bahasa Inggeris masih harus digunakan. Kalau tidak, memang tertimbul banyak kekeliruan. Apabila kita menggunakan suatu perkataan, seperti Taoisme, dan Taoisme mempunyai tiga tafsiran, kita memang tidak tahu apa yang dimaksudkan, kecuali kita menghuraikan dengan penerangan yang sungguh panjang (bukannya satu perkataan) sebagai sokongan, jika konteksnya tidak jelas.

Bagi mengatasi masalah yang ditemui, saya mencadangkan begini:

  • nation = nasyen
  • country = kauntri
  • stat = stet

Kan ini amat jelas? hehehe. Kini, saya tengah mengubahsuai rencana DBP mengenai "Kaedah pengejaan istilah pinjaman bahasa Melayu" supaya tidak melanggar undang-undang hak cipta. Diharapkan bahawa rencana itu amat berguna. — PM Poon 20:14, 11 Mei 2006 (UTC)

Pertama, PM Poon megemukakan persoalan yang menarik. Mengapa ya? Buat masa ini saya hanya mampu memberi jawapan spekulasi sahaja, iaitu pada masa itu pemahaman maksud perkataan Inggeris state kurang jelas di kalangan kakitangan kerajaan pada masa itu, jadi perkataan "negeri" digunakan. Memang, jika dikira secara logik, "Menteri Luar Negara", "Menteri Hal Ehwal Dalam Negara" dan sebagainya lebih tepat. Lagipun sepatutnya DBP yang menjawab soalan ini, bukan saya.
Objeksi (betulkah penggunaan perkataan ini? hehe) yang dibangkitkan oleh Master2841 adalah betul, dan kini selepas menimbangkannya semula, mungkin juga saya keterlaluan dengan mencadangkan satu rencana nyahkekaburan dengan tidak menghiraukan kelainan diantara bahasa-bahasa dunia. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu memang berbeza dengan sesetengah perkataan yang membawa maksud tertentu dalam Bahasa Inggeris tiada equivelent dalam Bahasa Melayu dan juga vice versa.
Akan tetapi, Master2841, saya mengajak awak melihat sepintas lalu rencana-rencana Wikipedia Inggeris Nation, Country dan State. Kesemuanya merupakan rencana yang panjang dengan sendirinya. Apabila rencana Negara Wikipedia Melayu ini dimajukan nanti, apakah kesemuanya bakal dicampurkan dalam satu rencana iaitu rencana Negara? Tentu panjang sekali rencana ini nanti! Lagipun, adalah kritikal bagi para penutur Bahasa Melayu untuk mengetahui bahawa perkataan State mempunyai dua maksud dalam Bahasa Inggeris, kerana negara kebanyakan penutur Bahasa Melayu, Malaysia, mengamalkan kerajaan persekutuan (Federalism) dan pembahagian wilayah berdasarkan "negeri" menggunapakai perkataan State dalam bahasa Inggeris juga (Lihat bahagian Nation, Country and State dan Homonyms and Synonyms dalam ketiga-tiga rencana diatas untuk keterangan lanjut), supaya kekeliruan dapat dielakkan dan tiada lagi salah tafsir maksud di rencana-rencana berkait perihal antarabangsa di dalam Wikipedia ini (kerana State pada peringkat antarabangsa memang bermaksud negara, bukan negeri). Jadi sebagai kompromi saya mencadangkan ini;
  • Rencana Negara ini menerangkan definasi secara am, pendek kata layman's term bagi negara, akan tetapi;

Nampaknya Alistar seorang yang sungguh fleksibel, berbanding tanggapan pertama, hehehe. Saya berasa cadangan Alistair memang bagus. Bagaimanapun, saya hendak menalakan sikit untuk merangkumi gagasan Master2841. Master2841 telah berkata:

"Pada zaman dahulu cuma terdapat perkataan negeri tetapi bagi membezakan di antara sesebuah kawasan di dalam sesebuah kawasan yang besar (negara), maka perkataan negara ini dicipta oleh pakar bahasa."

Ini nyata bermakna bahawa sewaktu perkataan "negeri" tidak dapat merangkumi konsep yang lebih luas, maka pakar bahasa menciptakan perkataan baru, iaitu "negara". Sebenarnya, saya merupakan bakar bahasa juga. Oleh itu, saya berasa kita harus mencipta perkataan baru kerana perkataan "negara" tidak dapat membezakan konotasi yang tidak ketara. Kan kita ada lima vokal? Saya berasa kita boleh mempergunakannya untuk mencipta perkataan yang baru. Oleh sebab "a" telah digunakan untuk "negara", saya mencadangkan begini:


Apa-apalah 老师 ni :D Memandangkan tiada balasan lagi daripada Master2841, saya terpaksa menganggap dia bersetuju. Saya telah memasukkan cadangan saya dalam rencana ini dan telah pun memulakan terjemahan rencana State BI kedalam rencana Negara (politik) BM. Terjemahan rencana ini perlu dalam usaha saya memajukan rencana-rencana politik dan undang-undang Wikipedia ini. Alistair 阿力斯特伊儿 05:53, 13 Mei 2006 (UTC)

Jadual isi kandungan

[Sunting] Pesanan Hayabusa future

Minta maaf kerana lambat membalas jawapan. Semalam hendak membalas tetapi sudah lewat. Ada kebenaran jugak dalam penciptaan rencana negara tambahan. Tetapi saya berharap bahawa rencana Negara dikekalkan sebagai rencana asas untuk semua rencana yang akan dicipta supaya pengguna tidak terkeliru. — Master2841 07:21, 13 Mei 2006 (UTC)

Bukankah masih ada perkataan bangsa yang saya rasa merupakan terjemahan yang baik untuk nation? Selain itu jika saya tidak salah dalam Bahasa Melayu: national = kebangsaan. Hayabusa future 11:04, 13 Mei 2006 (UTC)

[Sunting] Kesimpulan peribadi

[Sunting] Penilaian penyelesaian

Nampaknya, kita telah mencapai suatu penyelesaian yang amat cemerlang. Sebenarnya, kedua-dua penyelesaian yang dikemukakan oleh Alistair adalah sah, dan sama pada dasarnya, tetapi penyelesaian yang terkini merangkumi bantahan Master2841 yang memang sah juga.

Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana berkata:

Penamaan tajuk rencana Wikipedia harus mengutamakan pembaca berbanding penyunting, dan pembaca umum berbanding pakar.

Sehingga Alistair menimbulkan masalah istilah "negara", saya berasa hampir semua orang di sini (termasuk Master2841, dan saya) tidak sedar tentang adanya masalah, hehehe. Betul tak, Master2841? Oleh itu, saya bertanggapan bahawa Alistair ini bukan orang, hehehe.

Sebenarnya, kedua-dua cadangan Alistair melibatkan penciptaan halaman nyahkekaburan: cadangan pertama dengan ketara, dan cadangan kedua dengan tidak ketara. Cadangan pertama dipanggil "halaman nyahkekaburan" dan memberikan satu ayat yang ringkas untuk setiap kegunaan perkataan "negara". Cadangan kedua tidak dipanggil "halaman nyahkekaburan" (walaupun bertindak sebagai halaman nyahkekaburan) dan memberikan satu bahagian untuk meringkaskan setiap subrencana "negara" (iaitu bahagian Negara (budaya), bahagian Negara (geografi), dan Negara (politik)). Cara ini adalah lebih baik untuk pembaca yang cuma hendak tahu secara cetek tentang konsep negara. Yang hendak pengetahuan yang lebih mendalam boleh mencapai halaman subrencana yang berkaitan.

[Sunting] Kebolehan menyelesai masalah

Nampaknya, portal ini bukan sahaja memperbaik kemahiran penulisan kita, ia juga boleh memperbaik kebolehan menyelesai masalah.

Alistair bukan sahaja mengemukakan masalah utama tetapi juga cuba memberikan penyelesaian. Master2841 mengemukakan masalah sampingan, tetapi tidak memberikan penyelesaian. Pendesakan untuk mengekalkan status quo bukannya menyelesai masalah, tetapi sebaliknya, menunjukkan kerintangan perubahan (resistance to change). Bagaimanapun, seperti yang dikatakan dalam bahasa Inggeris: "identifying a problem is already half of the solution to it". Oleh itu, beliau juga memberikan sumbangan terhadap persoalan ini. Bagi saya, saya tidak mengemukakan apa-apa masalah ataupun memberikan cadangan yang membina... cuma kacau-kacau dan gurau-gurau saje, seolah-olah ini bukan suatu persoalan yang serius, hehehe. Pengguna-pengguna yang lain langsung tak nampak, seolah-olah portal ini cuma ada tiga orang, hehehe. Bagaimanapun, fenomena ini memang membayangkan kenyataan masyarakat, dan menunjukkan bahawa demokrasi, dalam pelaksanaannya, tidak banyak berbeza dengan pemerintahan autokrasi pada dasarnya. Dalam kedua-dua jenis pemerintahan, hanya beberapa orang yang benar-benar membuat keputusan untuk seluruh masyarakat. Yang berbeza cuma bentuknya. Dalam kes kerajaan autokrasi, peluang untuk membuat keputusan tidak diberikan, manakala dalam kerajaan demokrasi, peluang diberikan untuk membuat keputusan bersama-sama tetapi tidak dipergunakan, iaitu pada hakikatnya, sama dengan tidak diberikan peluang.

Sebagai penilaian untuk usaha-usaha masing-masing dalam portal ini, markah-markah yang saya memberikan adalah seperti berikut:

  • Alistair: 100%
  • Master2841: 50% (kerana menimbulkan masalah yang disamakan dengan menyelesai separuh masalah)
  • PM Poon: -100% (kerana kacau saje, tanpa memberikan sumbangan yang membina, hehehe)
  • Yang lain: 0%.

[Sunting] Sikap pengguna

Saya berasa sikap pengguna dalam talian, baik di portal ini mahupun di en:Wikipedia dan forum yang lain, kekadang tidak begitu memuaskan dari segi keupayaan mengendalikan perbincangan. Banyak kali, mereka terus hilang sebelum perbincangan itu siap. Biasanya, mereka juga tidak akan mengaku salah. Kalau mereka salah pun nak menang juga. Jika sokongan daripada pihak lain terlalu kukuh, mereka diam saje ataupun terus hilang, tanpa memberikan pengakuan kepada pihak yang lain. Inilah pengalaman saya daripada forum Aliran, Wikipedia bahasa Inggeris, dan portal ini.

Contoh Alistair sewaktu mengemukakan ayat-ayat berikut sebagai sokongan untuk sudut pandangannya sewaktu dicabarkan, harus diamali:

  • "Akan tetapi, Master2841, saya mengajak awak melihat sepintas lalu rencana-rencana Wikipedia Inggeris Nation, Country dan State. Kesemuanya merupakan rencana yang panjang dengan sendirinya.

Sebenarnya, kita tidak memerlukan kebenaran daripada mana-mana satu pihak. Kita cuma harus mengemukakan fakta untuk menyokong sudut pandangan kita saje. Tiada orang berhak memberikan kebenaran dalam sebuah portal masyarakat... cuma berhak mengemukakan fakta, jalan fikiran, dan hujah. Dan jika masalah itu masih tidak dapat diatasi, suatu pengundian diadakan. Walau bagaimanapun, cara terakhir ini tidak dapat dilaksanakan dalam portal ini. Jika kita membuat pengundian, mungkin cuma ada tiga undi... iaitu, serupa dengan kita mengatasi masalah ini di sini saje. Ini mendukung kenyataan saya di atas yang mengatakan tiada bezanya antara demokrasi dan autokrasi, hehehe.

Lagi satu pencerapan saya ialah sikap saling menggalakkan satu sama lain jarang terdapat di portal dalam talian, baik di portal ini, mahupun di Wikipedia bahasa Inggeris. Jika buat sedikit kesilapan saje, pesanan cepat sampai... jika buat baik, langsung takde bunyi, hehehe.

Sebelum saya dituduh kerana juga membuat kesilapan yang tertulis di atas, saya harus cepat-cepat mengaku bahawa saya kekadang juga membuat kesilapan yang sama juga. Tetapi saya boleh mencabarkan sesiapa yang mengatakan bahawa saya lari atau tidak memberikan pengakuan kepada pihak yang lain sewaktu saya salah. Saya juga boleh mengemukakan banyak kes di mana pengguna lari atau tidak memberikan pengakuan kepada pihak yang lain sewaktu mereka salah. Kalau tak percaya, cuba cabarkan saya, hehehe. (Orang yang berhak mencabar ialah pengguna yang terlibat secara langsung, kalau tidak... memang amat sensitif.) — PM Poon 12:04, 13 Mei 2006 (UTC)


Nampaknya ada cadangan baru selepas perbincangan ini telah tutup, hehehe. Tetapi sumbangan Pesanan Hayabusa future di atas yang paling baru ini harus diberikan pertimbangan kerana prima facie, apa yang beliau mengatakan nampaknya amat berlogik. Bagaimanapun, kita juga boleh mengendahkannya atas alasan teknikal, hehehe. — PM Poon 12:32, 13 Mei 2006 (UTC)

PM Poon dah jadi hakim. hehehe — Master2841 14:13, 13 Mei 2006 (UTC)

[Sunting] Penyelesaian saya di luar pintu perbincangan

Master2841, bukan hakimlahhh! Sebenarnya saya memang suka jadi hakim, tapi takde ijazah. Oleh itu, cuma boleh jadi hakam jeee, hehehe!

Sewaktu perbincangan ini berlangsung, saya terlupa merujuk kepada kitab saya, iaitu Kamus Dewan Bahasa dalam talian! Kan amat hairan, sebab saya memang sering merujuk kepadanya sewaktu menterjemahkan rencana?

[Sunting] Penjelasan (juga boleh digelarkan "Pengeliruan") Dewan Bahasa

Okaylaaa, walaupun pintu perbincangan ini telah tutup, saya akan mengemukakan apa yang tertulis dalam Dewan Bahasa di luar pintu perbincangan saje, hehehe:

  • State:
    • self-governing country: negara
    • one of the territories of a nation: negeri (hmmm... memang jelas, negara Malaysia, negeri Johor)
  • Nation:
    • large group of people of the same race and language: bangsa
    • politically organized community of people: negara (hmmm, Hayabusa, nation bukan saje diterjemahkan sebagai "bangsa" saje! Kini, Hayabusa 50%, Alistair 50%, equal fight!)
  • National:
    • of, or concerning a nation as a whole: kebangsaan, negara, nasional;
    • symbolic of a specific nation: kebangsaan, contohnya national language, bahasa kebangsaan
    • owned or controlled by the nation: negara, contohnya: National Mosque, Masjid Negara; National Art Gallery, Galeri Seni Negara (hmmm.... Hayabusa, nampaknya, national bukan semudah dengan anda menganggap! Bagaimanapun, skor masih 50:50.)
  • Country
    • nation: negara
    • motherland: tanah air
    • territory occupied by a particular nation: negeri atau negara, contohnya: people came from all over the country to pay their last respects to the dead president. Orang datang dari merata-rata negeri untuk memberikan penghormatan terakhir kpd mendiang presiden itu. (Alamak! banyak konfused! Kan kata negeri hanya untuk one of the territories of a nation?)
    • the population of a country: rakyat negeri, atau rakyat negara (Alamak! "negara" dan "negeri" sama ke?)

[Sunting] Contoh-contoh penggunaan

  • State
    • sovereign state: negara berdaulat
    • administrative state: negara pentadbiran
    • associated state: negara bersekutu
    • Commonwealth state: Negara Komanwel (hmmm... nampaknya nyata bahawa state ialah "negara")
    • petty state: negeri remeh (alamak! kan kata state ialah "negara"?)
    • priest state: negeri berkerajaan paderi (alamak! jika negara kecil digelarkan "negeri", kan Singapura dan Brunei juga harus digelarkan Negeri Singapura dan Negeri Brunei?)
    • state economic area: kawasan ekonomi negeri (alamak!)
    • state public service: perkhidmatan awam negeri (???)
    • unitary state: negeri satuan (???)
    • vassal state: negeri lindungan (???)
    • effective state area: kawasan negeri berkesan (???)
    • to authorize the state: memberi kuasa kepada Negeri (hmmm, mungkin untuk kerajaan, digelarkan "negeri" atas sebab-sebab sejarah)
    • State Legislative Assembly: Ahli Dewan Undangan Negeri (okay! memang rupanya macam itu)
  • state authority: pihak berkuasa negeri, atau pihak berkuasa negara (huh? kini "negeri" sama dengan "negara"?)
    • First Assistant State Secretary: Penolong Setiausaha Kerajaan Pertama (alamak! Bukan Penolong Setiausaha Negeri Pertama ke?)
  • Nation
    • commercial nation: negara perdagangan
    • creditor nation: negara pemberi kredit
    • industrial nation: negara perindustrian (hmmm... nampaknya nyata bahawa nation ialah "negara")
    • League of Nation: Liga Bangsa (alamak!)
    • Malaysian nation: bangsa Malaysia, ataupun negara Malaysia (alamak!)
    • United nation model: model Bangsa-Bangsa Bersatu (alamak!)
  • National
    • national anthem: lagu kebangsaan
    • Nnational Assembly: Perhimpunan Kebangsaan.
    • National Bank: (US) Bank Nasional; (Malaysia) Bank Negara
    • national debt: hutang negara
    • National Health Service: (UK) Perkhidmatan Kesihatan Negara
    • national income: pendapatan negara
    • national insurance: insurans negara
    • national park: taman negara
    • national service: perkhidmatan negara
    • National Socialism: Sosialisme Kebangsaan

Keputusan Hakam Tinggi (5 kaki 9 inci, cukup tinggi tak? Itu selepas pakai sepatu, hehehe): Terjemahan national sebagai "kebangsaan", 30%; terjemahan sebagai "negara" 70%. Dengan ini, nyata Alistair menewaskan Hayabusa dengan ketara. Oleh itu, Hakam sekarang membuang kes Hayabusa, hehehe.

  • Country
    • country: negara; negeri (negara sama dengan negeri?)
    • country of birth: negara lahir
    • country of origin: negeri asal (huh? jika anda merupakan orang, country ialah negara, tetapi jika anda ialah produk, country menjadi negeri? Hmmmm.... saya tinggal dalam negeri, komputer jenama ayam buatan tempatan di depan saya terletak dalam negara, walaupun setempat! Macam mana nieeee? pening kepala, nanti kelapa pun pening jugak!)
    • country of domicile: negeri mastautin (huh? sewaktu saya dilahirkan, country ini ialah negara, tetapi sewaktu saya tinggal di sini, country ini telah menjadi negeri? Macam mana nieeee?)
    • industrialized country: negara perindustrian
    • sheep-grazing country: negeri ternak biri-biri (ohhh, sekarang saya faham. Jika country itu maju, kita menggelarkannya "negara", tetapi jika country itu menternakkan biri-biri atau mundur, kita memanggilnya "negeri". Kan senang?)
    • backward country: negara mundur (alamak! kan negara mundur harus digelarkan negeri mundur?!!!!)

Hmmmm... saya datang kali ini semata-mata nak ambik poin.... tapi nampaknya, saya kena ambik panadol, hehehe. — 15:58, 13 Mei 2006 (UTC)


Boleh saya cadangkan :-

  • priest state: negeri berasaskan keagamaan
  • unitary state: negeri bersatu (???)
  • effective state area: kawasan negeri rasmi
  • to authorize the state: memberi kuasa kepada kerajaan Negeri

Sebenarnya terdapat juga beberapa istilah lain yang mungkin kurang digunakan, seperti Jajahan, ringkasan Jajahan takluk, mukim, daerah, dan rantau. Yosri 10:49, 15 Mei 2006 (UTC)


Hai Yosri, lu memang boleh cadangkan, tetapi terjemahan yang saya sampaikan itu daripada Kamus Dewan Bahasa dalam talian:

Lu cipta sendiri ke, hehehe? — PM Poon 11:58, 15 Mei 2006 (UTC)


Saya tidak terjemah mengkinzir buta, tetapi mengikut pengertian.

  • priest tidak semestinya paderi, boleh juga jadi sami. Kalau kita terjemahkan negara Kemboja dengan konsep Dewaraja sebagai negara paderi, bila pulak negara Kemboja masuk Kristian.
  • satuan bukannya tidak betul tetapi canggung/janggal kedengarannya.
  • kawasan negeri berkesan berkesan kepada siapa? Effective immediately berkuatkuasa (secara rasmi) serta merta, bukannya berkesan serta merta.
  • Negeri bukannya benda yang boleh melaksanakan kuasa. Kerajaan negeri yang mendapat madat/ kuasa bagi melaksanakan sesuatu peraturan.

Ini bukan undang-undang, hanya satu cadangan. Yosri 13:02, 16 Mei 2006 (UTC)


Tentang kontroversi yang masih mengelirukan, bukti-bukti untuk memperkukuh, memperkuat, dan memperkasa :P , kes saya adalah: (saya tahu Hakim telah membuat keputusan, tetapi saya tidak puas hati dengan kemenangan hanya 70% he he. Saya mahu menjadi seperti orang Singapura yang kiasu!)

Daripada rencana Wikipedia Bahasa Inggeris State: Homonyms and synonyms:

"The term state is also used to describe subnational territorial divisions within a federal system, as in the case of the United States of America. See state (law) and state (non-sovereign), federalism. In common speech, the terms country, nation and state are casually used as synonyms, but in a more strict usage they are distinguished: *country is the geographical area. *nation designates a people (however, national and international both confusingly refer as well to matters pertaining to what are strictly states, as in "national capital", "international law"). *state refers to the government, and an entity in international law. *Currently, the entire land surface of the Earth is divided among the territories of the roughly two hundred states now existing, with the special case of Antarctica, a variety of disputed territories, and a number of areas where state power exists in theory, but not in practice (the most significant of these being Somalia; see Failed states). In the English language, the terms nation (cultural), country (geographical) and state (political) do have precise meanings, but in daily speech and writing they are often used interchangeably, and are open to different interpretations. For example, Cornwall is considered by some to be a nation in England which is a constituent country, or home nation, of the United Kingdom. The United Kingdom is an internationally recognized sovereign state, which is also referred to as a country and whose inhabitants have British nationality. The terminology can be further complicated by the use of the word state to mean a non-sovereign sub-entity of as sovereign state, as is done in the United States and Australia. In most English-speaking counties when the terms state, nation and country are used internally, they are understood by the context in which they are used and are not controversial. However, when these terms are used to describe the statehood aspirations of a people who do not currently live in the internationally recognized independent state they would like to inhabit, these terms can be controversial and open to misunderstanding."

Yang diterjemah secara lebih kurang sama di rencana Negara (politik) (Bahagian Nama dan Terminologi) dengan bahagian tambahan penting;

*country adalah kawasan geografi. *nation adalah budaya atau bangsa (tetapi national dan international mempunyai maksud yang mengelirukan dengan merujuk kepada perkara-perkara yang menjadi hal ehwal states, seperti "national capital" dan "international law". Masalah ini tidak wujud dalam Bahasa Melayu dengan penggunaan perkataan "kebangsaan" dan "antarabangsa" berdasarkan perkataan "bangsa" merujuk secara betulnya kepada konsep negara secara bangsa dan budaya.) *state merujuk kepada kerajaan dan entiti dalam undang-undang antarabangasa. *Dalam Bahasa Melayu, tiada perkataan khas untuk negara dalam tiga aspek ini. Hakikatnya penutur Melayu menganggap nation dan country sebagai negara dan perkataan state difahami sebagai negeri kerana penutur Bahasa Melayu secara majoritinya tinggal di negara Malaysia yang mengamalkan persekutuan. Oleh itu, berlakunya kekeliruan akan maksud sebenar nation, country dan state di kalangan mereka.

Dari rencana Wikipedia Bahasa Inggeris State (subnational) atau State (non-sovereign:

Most countries with a federal constitution are made up of a number of subnational entities called states or provinces. In most cases, but not that of the United States, these are creations of the national government, rather than sovereign states. They are sometimes called federal states. As well as the usage of the term in English-speaking countries, a similar term that can be directly translated into English as state or province is found in countries using other languages. The United States consists of 50 states (as well as the District of Columbia). The U.S. states have always been, and remain, sovereign, and the United States is, nominally at least, a creation of the States (rather than the other way around). India consists of 28 states (and 7 territories); see States and territories of India. Australia consists of 6 states (and 2 territories); see States and territories of Australia. Malaysia consists of 13 states (and 3 federal territories); see States of Malaysia. Nigeria consists of 36 states (and 1 territory); see States of Nigeria. Palau consists of 16 states; see States of Palau. The Federated States of Micronesia, a federal republic in free association with the United States, consists of 4 states.

Hmm, jelas rencana Negeri kita adalah daripada State (subnational) mereka. Alistair 阿力斯特伊儿 14:09, 16 Mei 2006 (UTC)

[Sunting] Reaksi kepada "Penyelesaian Masalah" dan "Sikap pengguna"

Dan sekarang saya ingin memberi reaksi sedikit kepada apa yang dikatakan PM Poon sebelumnya mengenai Penyelesaian Masalah dan Sikap Pengguna.

Kedua-duanya amat penting, dan merupakan pivotal dalam sekiranya Wikipedia sebagai sumber ilmu yang merupakan khazanah manusia hendak beroleh sukses (tahukah yang perkataan ciplak daripada Bahasa Inggeris macam ini dan macam-macam perkataan pelik lain seperti tem (time) gem (game) dan for goodness sake, teng untuk tank! wujud dalam Kamus Dewan, apa yang DPB itu buat ya?). Jika Wikipedia hendak berfungsi dengan baik, cara penyelesaian masalah yang rasional dan sikap pengguna yang baik mesti diamalkan. Saya juga bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dikatakan PM Poon, seorang 老师 yang tua lagi berpengalaman. Cuma saya hendak permudahkan sedikit. Biasanya apa yang dikatakan perlu untuk menjadi seorang Pengguna Wikipedia yang baik adalah keperluan untuk menbaca dan memahami peraturan-peraturan dan polisi-polisi seperti contoh yang diberikan PM Poon diatas, terutama peraturan-peraturan dasar seperti Wikipedia:Sudut Pandangan Berkecuali dan lain-lain. Tahukah anda semua bahawa, sebenarnya tidak perlu mengetahuinya sangat, yang perlu hanya untuk menanyai diri sendiri satu soalan yang amat penting dan bersifat keseluruhan, soalan yang saya sendiri memanggil The all-encompassing Wiki question yang berbunyi;

Adakah dengan bergiat di Wikipedia ini, saya membuat apa yang para pembaca mahukan, dan BUKAN apa yang saya sendiri mahukan?

Ditulis semula untuk memberi impak, atau untuk drive the messege home;

Adakah saya memberikan perkhidmatan yang baik kepada Wikipedia?

Jelas, kewujudan kita di Wikipedia ini BUKAN untuk diri sendiri tetapi sebagai pemberi khidmat, kita tidak datang untuk menulis apa yang kita mahu, tetapi apa yang pembaca mahu. Kita tidak penting, pembaca yang penting, dan kita berkhidmat kepada mereka. Dengan ini, kita samalah dengan pekerja (atau dengan lebih tepatnya, hamba (saya tidak maksudkan dalam konotasi negatif)). Kalau kita tahu perkara ini, kita mestilah kena melakukan dengan sempurna untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih baik.

Sentiasalah ingat persoalan di atas semasa mengarang rencana, dan apa yang penting tentang polisi dan peraturan akan secara automatiknya diikuti! Kalaupun ada kesilapan yang berlaku, ia akan menjadi kesilapan yang tidak disengajakan sahaja, dan dengan tuntutan soalan ini sebagai latar belakang, para pengguna dijamin mencapai cara sepakat yang baik untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang muncul. Syaratnya hanya lakukan segala yang mungkin untuk memberi jawapan "Ya" kepada soalan di atas. Segala peraturan polisi dan peraturan ditetapkan di Wikipedia boleh dibaca dan diamali untuk melengkapkan keberkesanan Wikipedia, tetapi apa yang central adalah jawapan kepada soalan di atas. Inilah yang menjadi asas kepada niat baik ataupun good faith dalam Bahasa Inggeris, dengan sebahagian besar konsep itu berkisar kepada "orang lain" berbanding "diri sendiri".

Dan nyata juga bahawa sebarang masalah serius yang tidak dapat dipertikaikan yang timbul di Wikipedia adalah disebabkan pengguna yang gagal menjawap "Ya" kepada soalan di atas. Mereka berada di Wikipedia bukan untuk orang lain, tetapi diri sendiri. Apa yang berlaku selepas para pembaca Wikipedia membaca rencana tidak penting, asalkan "pandangan diri" telah termaktub. Sikap seperti ini akan sentiasa menimbulkan masalah dan konflik-konflik besar di Wikipedia yang tidak akan nampak penghujung, sekalipun peraturan yang paling kuat digubal di Wikipedia dan penguatkuasaannya dipastikan dengan tahap paling maksima. Hasilnya hanyalah mereka akan berusaha untuk mengelak daripada peraturan berkenaan dan mencapai hajat yang mereka mahu, biasanya dengan amalan kroni-kroni mereka yang menjadi penyelia dll. Fenomena inilah yang kini merebak di Wikipedia Bahasa Inggeris seperti kanser, tidak, seperti virus HIV! (kerana ia tidak ada penawar langsung, ha ha :P) Secara terangan, Wikipedia merupakan sesuatu yang dicipta manusia, dan ia hanya sehebat manusia yang mengusahakannya. Jika manusia yang menguruskan projek ini tidak hebat, maka maaflah, Wikipedia pun no es bueno juga. Sebab inilah saya tidak mendaftar di Wikipedia Bahasa Inggeris, meskipun Bahasa Inggeris pun bahasa "ibunda" saya juga (lebih tepat lagi ia adalah bahasa "bapanda" saya :P). Saya sebenarnya amat kecewa dengan sesetengah rencana mereka yang rosak teruk (sesetengahnya tidak lebih dari sampah kilobyte juga, he he) disebabkan korupsi dan kronisme yang berlaku dibawah "pemerintahan" Wikipedia Bahasa Inggeris.

Keadaannya di sini jauh lebih baik, dan meskipun saya agak naik angin sedikit dengan melihat banyak rencana yang tidak lengkap, itu hanya satu kekurangan luaran yang mudah diperbaiki berbanding rencana rosak yang dicipta (dijaga dan dikemaskini juga) oleh manusia yang berhati busuk. Saya gembira berkhidmat di sini dengan tujuan menyebar ilmu seperti yang diseru Ilahi. Alistair 阿力斯特伊儿 14:10, 16 Mei 2006 (UTC)

  • Inilah dia, ucapan daripada bakal Menteri Belia dan Sukan Malaysia, bakal Ketua Puteri UMNO, bakal Datuk Alistair binti Bapak Alistair.

Sekarang saya mahu masuk campur pertikaian diantara Yosri dan PM Poon. He he.

Ehem, allow me to press the intepretation of those words in my view.

  • Priest state - This term has to be seen in the international context and not a subnational context (In short, Negara instead of Negeri again). I would say it refers to a Theocracy
  • Effective state area - I think this is an area which political control is still in government hands as opposed to those areas under the control of rebels within a state. See Failed states for more information.
  • To authorise the state - This means that a parliament of a state (as in negara) gives authorisation for a government to commit to a decided act, such as war. For example, "Congress authorised what approval was needed paving the way for the state to declare war" Alistair 阿力斯特伊儿 14:40, 16 Mei 2006 (UTC)

[Sunting] Catatan Maggie (bahasa Inggeris: Quick Note)

Ucapan Alistair menimbulkan beberapa perkara yang amat berlogik, tetapi mengelirukan saya.

[Sunting] Garis panduan penulisan

Garis panduan penulisan adalah alat untuk memastikan ketekalan melintasi rencana-rencana yang ditulis oleh penyumbang berbilang. Dalam bahasa Inggeris, garis panduan itu dipanggil "house style", dan setiap penerbit mempunyai gaya masing-masing. Tanpa melihat kulit buku, kita boleh meneka bahawa buku ini ialah buku daripada siri Dummy, siri Idiot, ataupun siri Donkey. Tanpanya, sebuah portal yang mempunyai pengguna berbilang akan menghasilkan rojak untuk minum lewat petang.

Oleh sebab gaya penulisan biasanya tidak ada yang betul atau yang salah, kita tidak dapat menggunakan logik. Untuk memastikan bahawa ketekalan dikekalkan, pengguna-pengguna harus membaca garis panduan itu, ataupun saling bertanya dan mengajar satu sama lain (memang membaca kesemua garis panduan Wikipedia seolah-olah belajar untuk ijazah Sarjana Sains Muda (Garis Panduan Wikipedia), hehehe).

[Sunting] Sudut Pandangan Berkecuali

Sudut pandangan berkecuali cuma merupakan salah satu aspek (walaupun aspek yang terutama) daripada garis-garis panduan Wikipedia. Walau bagaimanapun, banyak kalinya, sudut pandangan berkecuali tidak secocok dengan kehendak para pembaca. Apa yang Alistair cuba menegaskan ialah pendekatan berorientasi pelanggan (customer-driven approach) terhadap penulisan.

Surat khabar merupakan satu contoh yang amat nyata. Dalam usaha untuk memenuhi kehendak pelanggan supaya dapat meningkatkan jualan (dan akhirnya untung untuk syarikat mereka), mereka terpaksa mengambil jalan keluar dengan mensensationalisasikan berita mereka. Biar berita tidak tepat, asalkan jualan baik. Oleh itu, berita sering dibesar-besarkan. Kalau kena luka sikit, kena gunakan perkataan "cedera parah", kalau tidak, tak ada berita, hehehe.

Oleh itu, saya keliru adakah sudut pandangan berkecuali itu sama dengan kehendak pembaca atau tidak. Banyak pembaca memang suka sensationalisme. Kenyataan ini tidak dapat dipertikaikan. Bagi pendapat saya, saya berasa bahawa para penyumbang harus mengingati bahawa Wikipedia bahasa Melayu ialah sebuah ensiklopedia yang sah, bukan suatu forum. Pendapat-pendapat pengguna masih boleh dikemukakan, tetapi dalam halaman perbualan, bukannya dalam rencana.

[Sunting] Kehendak diri atau kehendak pembaca

Secara terus terang, saya mengatakan bahawa tidak banyak orang yang bersikap altruistik, termasuk saya. Memang susah nak mencari orang seperti Gandhi dan Mother Theresa. Mereka tu bukan orang, hehehe.

Saya menulis bukan untuk pembaca, tetapi untuk sendiri. Saya minat menulis, dan saya menulis mengikut angin saya. Setiap orang mempunyai idiosinkrasi masing-masing. Ada orang hangat-hangat tahi ayam, ada yang hangat-hangat tahi itik. Bagi saya, selepas menyertai portal ini, saya mendapati bahawa saya nie ahli Perikatan. Dengan kata yang lain, saya perahu layar. Jika tiada angin, saya langsung tidak dapat menyumbang, walaupun saya mencuba dengan bersungguh-sungguh; umpamanya, projek pengemaskinian antara muka Wikipedia bahasa Melayu ini, serta rencana-rencana kerelatifan yang saya memulakan tetapi tidak dapat menyiapkan. Saya cuma berharap bahawa terdapatnya manfaat sampingan kepada para pembaca sewaktu saya menyumbang.

Bagaimanapun, saya bersetuju dengan pandangan Alistair bahawa dalam memajukan minat sendiri, kita harus berjaga-jagai supaya tidak menjejaskan pengguna dan pembaca yang lain.

[Sunting] Budaya Wikipedia bahasa Inggeris

Saya bersetuju dengan pandangan Alistair terhadap budaya Wikipedia bahasa Inggeris, dan berharap bahawa budaya itu tidak akan mempengaruhi budaya portal ini.

Dengan ini, saya menamatkan catatan Maggie saya. — PM Poon 16:53, 16 Mei 2006 (UTC)


Garis panduan penulisan: Saya mengetahui bahawa setiap orang mempunyai gaya penulisan tersendiri. Apa yang saya maksudkan adalah, apabila adanya masanya gaya penulisan menimbulkan konflik, kata sepakat yang baik akan dicapai dengan syarat masing-masing ingat akan tujuan mereka berada di Wikipedia ini dengan merujuk kepada soalan itu. Sila notakan juga bahawa apabila saya mengemukakan pendapat saya ini, saya tidak merujuk kepada apa yang perlu diingati secara keseluruhan. Awal-awal lagi saya sudah katakan ia adalah satu permudahan (simplification). Maka, saya hanya merujuk kepada apa yang penting pendek kata the core requirements bukan the complete requirements. Memang peraturan Wikipedia perlu dibaca dan difahami dalam proses menjadi pengguna yang baik di sini, tetapi fungsi mereka adalah sebagai pelengkap kepada naik baik seseorang pengguna yang berkerja di sini. Pendek kata, peraturan-peraturan itu merupakan satu panduan kepada pengguna. Tetapi, jika seseorang berniat jahat (iaitu tidak berdasarkan soalan saya itu) peraturan Wikipedia mungkin boleh berfungsi sebagai undang-undang, tetapi seperti dalam Wikipedia Inggerislah, you can only go so far, and that wont be enough either.
Sudut Pandangan Berkecuali: Semasa saya mengemukakan pendapat, tidak terlintas langsung apa-apa mengenai customer driven approach di dalam minda. Terus terang saya katakan, itu bukan maksud saya. Tetapi saya mengakui ia adalah satu lagi kes penyalahgunaan perkataan. Sila gantikan perkataan mahu dalam soalan itu kepada perlu. Perlu dalam maksud ini adalah, apa yang difikirkan perlu untuk pembaca untuk mencapai objektif mereka untuk mengetahui tentang sesuatu di sini. Saya harap ia jelas sekarang bahawa apa yang saya advocate di sini bukannya consumer driven approach, tetapi objective driven approach. Wikipedia berfungsi sama seperti Ensaiklopedia lazimnya, iaitu untuk menyimpan dan mengembangkan ilmu. Bezanya hanya pendekatannya yang berorientasikan sumbangan ramai, tetapi matlamat tetap sama, dan matlamat harus sentiasa diingati.
Kehendak diri atau pembaca: Memang, jawapannya adalah berdasarkan pilihan individu itu sendiri. Ketidaksetujuan PM Poon adalah percanggahan pendapat peribadi. Hal-hal peribadi adalah pilihan seseorang itu sendiri, jadi apa nak buat. Saya sangka mesti ada lagi orang yang tidak bersetuju akan pendapat ini, tetapi, pada hakikatnya logiknya amat kuat dan memang pengalikasiannya akan berkesan! Saya mempersilakan sesiapa sahaja yang boleh mencabarnya dari segi logik, dan bukan kelemahan perasaan. Saya ingin mendengarnya.
Budaya Wikipedia Bahasa Inggeris: Sebenarnya saya ada satu pautan

Kritikan oleh seorang ex-pengguna yang amat tepat bagi sesiapa yang hendak mengetahui lebih lanjut. Ia amat komprehensif.

Seperti yang dikatakan Para penggubal dan ahli falsafah Cina silam, undang-undang hanya diperlukan mereka yang telah jatuh statusnya di "luar batasan", dan hanya yang sangat anti-sosial sahaja. Orang "betamadun" dianggap tahu apa yang patut dibuat. Pendek kata, hanya orang "jahat" sahaja perlukan undang-undang untuk mengawal mereka. Mereka yang sebaliknya hanya memerlukan panduan untuk melaksanakan niat baik mereka. Saya rasa ini amat bermakna Alistair 阿力斯特伊儿 18:37, 16 Mei 2006 (UTC)
THIS WEB:

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - be - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - closed_zh_tw - co - cr - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - haw - he - hi - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - ms - mt - mus - my - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - ru_sib - rw - sa - sc - scn - sco - sd - se - searchcom - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sq - sr - ss - st - su - sv - sw - ta - te - test - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tokipona - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007:

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - be - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - closed_zh_tw - co - cr - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - haw - he - hi - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - ms - mt - mus - my - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - ru_sib - rw - sa - sc - scn - sco - sd - se - searchcom - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sq - sr - ss - st - su - sv - sw - ta - te - test - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tokipona - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia 2006:

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - be - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - closed_zh_tw - co - cr - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - haw - he - hi - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - ms - mt - mus - my - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - ru_sib - rw - sa - sc - scn - sco - sd - se - searchcom - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sq - sr - ss - st - su - sv - sw - ta - te - test - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tokipona - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu