Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Negeri - Wikipedia

Negeri

From Wikipedia

Ramai negara yang mempunyai perlembagaan persekutuan mempunyai subentiti yang dipanggil negeri atau provins. Dalam kebanyakan hal entiti-entiti ini adalah ciptaan kerajaan kebangsaan atau pusat. Negara Malaysia dan Amerika Syarikat merupakan pengecualian dalam kes ini, kerana negeri-negeri dalam Malaysia dan Amerika sememangnya merupakan negeri yang berdaulat secara sendirinya, tetapi memilih secara sukarela untuk menganggotai sebuah persekutuan. Kadangkala mereka diberi nama negeri persekutuan.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Perbezaan istilah

Dalam bahasa Inggeris dan beberapa bahasa Eropah lain, perkataan yang merujuk kepada sebuah negeri adalah berdasarkan perkataan state. Tetapi perkataan ini juga merujuk kepada konteks penglihatan negara dari segi politik. Hakikatnya, dalam bahasa-bahasa berkenaan, perkataan state juga bermaksud negara. Jadi dalam keadaan ini, perkataan state akan diterjemahkan sama ada sebagai "negeri" atau "negara" mengikut konteks.

Kekeliruan sering timbul dikalangan penutur bahasa Melayu akan perkara ini kerana kebanyakan mereka tinggal di dalam Persekutuan Malaysia dimana perkataan state seringkali dirujuk sebagai negeri. Hampir tiada kesedaran di kalangan mereka akan maksud lain perkataan state sebagai merujuk kepada negara. Lihat Negara (politik)

[Sunting] Negara yang mempunyai negeri

[Sunting] Negara yang menggunakan perkataan bahasa Melayu "negeri"

  • Malaysia merupakan negara persekutuan yang mempunyai 13 negeri dan 3 wilayah. Pada zaman silam, kesemua negeri-negeri ini merupakan negeri berdaulat dengan pemerintah mereka yang tersendiri. Selepasnya mereka menjadi negeri-negeri naungan British. Semenjak kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, negeri-negeri ini secara sukarela menanggotai sebuah persekutuan yang bernama Malaysia. Lihat Negeri-negeri Malaysia

[Sunting] Negara yang menggunakan perkataan bahasa Inggeris "state"

  • Malaysia (dalam bahasa Inggeris)
  • India mempunyai 28 states (dan 7 wilayah); lihat Negeri-negeri dan wilayah-wilayah India.
  • Australia mempunyai 6 states (dan 2 wilayah); lihat Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Australia.
  • Nigeria mempunyai 36 states (dan 1 wilayah); lihat Negeri-negeri Nigeria.
  • Palau mempunyai 16 states; lihat Negeri-negeri Palau.
  • Negeri-negeri Persekutuan Micronesia, satu republik bebas berhaluan Amerika Syarikat, mempunyai 4 states.
  • Amerika Syarikat mempunyai 50 states termasuk Daerah Columbia. Negeri-negeri di Amerika Syarikat juga dikatakan mempunyai status berdaulat secara sendirinya, dan secara sukarela menjadi ahli satu union (kesatuan).

[Sunting] Negara yang menggunakan perkataan bahasa Portugis "estado"

  • Brazil mempunyai 26 estado (termasuk daerah persekutuan); lihat Negeri-negeri Brazil.

[Sunting] Negara yang menggunakan perkataan bahasa Sepanyol "estado"

  • Mexico mempunyai 31 estado (termasuk daerah persekutuan); lihat Negeri-negeri Mexico.
  • Venezuela mempunyai 23 estado (termasuk daerah ibu negara dan Pergantungan Persekutuan); lihat Subbahagian Venezuela.

[Sunting] Negara yang menggunakan perkataan bahasa Jerman "Bundesland"

  • Austria mempunyai 9 Länder, yang biasanya dirujuk sebagai Bundesländer; lihat Negeri-negeri Austria.
  • Jerman mempunyai 16 Länder, yang biasanya dirujuk sebagai Bundesländer; lihat Negeri-negeri Jerman.

[Sunting] Istilah lain yang membawa maksud sama dalam negara lain

  • Kedua-dua negara Canada dan Afrika Selatan menggunakan perkataan "province" untuk perkataan yang membawa maksud sama dengan perkataan negeri, dan Indonesia pula menggunakan perkataan "propinsi". Lihat Provins-provins dan wilayah-wilayah Kanada, Provins-provins Afrika Selatan dan Provins-provins Indonesia. Secara kebetulan, Argentina dan Cuba menggunakan perkataan bahasa Sepanyol provincia (yang bermaksud "provins"); lihat Provins-provins Argentina.
  • Switzerland menggunakan perkataan canton (kanton atau mukim); lihat Kanton-kanton Switzerland.
  • Rusia mempunyai pelbagai jenis subjek persekutuan; lihat Subjek persekutuan Rusia
  • Belgium mempunyai dua layer entiti persekutuan (kawasan dan komuniti); lihat Komuniti-komuniti, kawasan-kawasan dan provins-provins Belgium.
  • Habsyah mempunyai pelbagai entiti yang diterjemahkan kedalam bahasa Melayu sebagai kawasan; lihat Subkawasan Habsyah
  • Comunidades autónomas (maksud literal, "komuniti berautonomi") negara Sepanyol dikatakan juga sama dengan negeri di negara-negara lain; lihat Komuniti berautonomi Sepanyol.
  • China menggunakan perkataan 省 shěng yang bermaksud sama dengan provins, walaupun bahasa Cina mempunyai perkataan yang sama maksudnya dengan negeri, iaitu 州 zhōu.


Subbahagian negara
Bahagian Pentadbiran - Kawasan Pemerintahan - Bahagian Banci - Bahagian Pengundi
Bailiwik | Bandar | Bandar raya | Banner | Blok | Boro | Bulatan | Burgh | Daerah | | Departmen | | Desa | Divisyen | Duchy | Dukuh | Gabenorat | Hundred | Jiranan | Kanton | Kariah | Kaunti | Kawasan | Kawasan pilihan raya | Komun | Komuniti | Krof | Litar | Majlis | Negeri | Perbandaran | Perbandaran bermajlis | Periferi | Prefektur | Provinsi | Republik | Shire | Subdaerah | Subprefektur | Voivod | Wad | Wilayah |
Pentadbiran: Kaunti
Autonomi: Banner | Bandar raya | Daerah | Kaunti | Kawasan | Komuniti | Prefektur | Provinsi | Republik | Wad
Ibu kota: Daerah | Kawasan | Wilayah
Banci: Banci | Subbahagian
Sivil: Kariah | Perbandaran
Kaunti: Boro
Persekutuan: Ibu daerah | Ibu persekutuan | Wilayah persekutuan | Wilayah tanggungan
Tempatan: Kawasan kerajaan | Majlis | Unit pentadbiran
Metropolitan: Boro | Daerah | Kaunti
Negara: Ibu daerah | Ibu wilayah | Wilayah
Empayar: Bulatan | Pelabuhan bebas | Provinsi
Rezab Orang Asli: Perizaban | Rezab orang asli Amerika
Kawasan: Daerah perbandaran bermajlis | Perbandaran bermajlis | Kaunti perbandaran bermajlis
Kaw. Luar Bandar: Daerah | Daerah sanitari | Majlis | Majlis perbandaran
Perumahan: Komuniti
Khas: Ibu daerah | Kawasan | Kawasan pentadbiran
Kaw. Dalam Bandar: Kawasan (AS: Kawasan perbandaran) | Daerah | Faerah sanitari
[sunting] Lihat juga: Senarai istilah untuk entiti subnegara, Senarai entiti subnegara, Matriks entiti subnegara
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com