Multimedia
From Wikipedia
Multimedia ialah penggunaan beberapa media digital (contohnya teks, audio, grafik, animasi, video) untuk menyampaikan maklumat. Kamus Dewan (2002) menyatakan bahawa multimedia adalah kata gabungan yg menunjukkan banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi (perhubungan). Jamalluddin dan Zaidatun (1999) menerangkan bahawa multimedia sebagai proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan unsur-unsur media dalam persembahan informasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.