Menteri Besar
From Wikipedia
Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif bagi kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai Raja atau Sultan iaitu Perlis, Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, gelaran bagi Ketua Eksekutif bagi kerajaan negeri ialah Ketua Menteri.
Jawatan ini diwujudkan oleh Kerajaan British pada tahun 1948 ketika Persekutuan Tanah Melayu mula dibentuk. Tetapi bagi sesetengah negeri seperi Johor, jawatan Menteri Besar telah lama wujud, iaitu sebelum Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan dan dilantik sendiri oleh Sultan terdiri daripada pegawai tertinggi kerajaan negeri. Selepas merdeka, jawatan Menteri Besar dipilih daripada parti yang mendapat majoriti terbanyak selepas setiap kali Pilihanraya diadakan.
[Sunting] Senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri
- Y.A.B. Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud - Sarawak
- Y.A.B. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon - Pulau Pinang
- Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman - Johor
- Y.A.B. Dato' Seri Shahidan Bin Kassim - Perlis
- Y.A.B. Dato' Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli Bin Ghazali - Perak
- Y.A.B. Dato' Sri Adnan Bin Yaakob - Pahang
- Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam - Melaka
- Y.A.B. Dato' Haji Mahdzir Khalid - Kedah
- Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Bin Toyo - Selangor
- Y.A.B. Datuk Seri Musa bin Haji Aman - Sabah
- Y.A.B. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan - Negeri Sembilan
- Y.A.B. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh - Terengganu
- Y.A.B. Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat - Kelantan