Komunikasi antara perseorangan
From Wikipedia
Komunikasi dengan diri adalah penggunaan bahasa atau pemikiran dalaman bagi penyampai. Komunikasi dengan diri adalah penglibatan dalaman dan aktif individu dalam memproses mesej simbolik. Individu menjadi pengirim penerima sendirinya, menyediakan maklum balas kepada dirinya dalam proses dalaman yang berterusan. Ia amat berguna untuk membayangkan komunikasi dengan diri berlaku dalam pemikiran individu dalam model yang mengandungi seorang pengirim, penerima, dan lingkaran maklum balas.
Sungguhpaun komunikasi yang berjaya biasanya ditakrifkan sebagai ada antara dua atau lebih individu, isu-isu berkaitan asas kegunaan berkomunikasi dengan diri sendiri dan masalah mengenai komunikasi dengan entiti bukan sentinal seperti komputer telah menjadikan sesetengah orang menegaskan bahawa takrif ini adalah terlalu sempit.
In Communication: The Social Matrix of Psychiatry, Jurgen Ruesch and Gregory Bateson argue that intrapersonal communication is indeed a special case of interpersonal communication, as "dialogue is the foundation for all discourse."
Dalam Komunikasi: Matriks Sosial Psikiatri, Jurgen Ruesch dan Gregory Bateson menegaskan bahawa komunikasi dengan diri adalah memang satu kes khusus bagi (komunikasi interpersonal), kerana "dialog adalah asas bagi semua wacana."
Komunikasi dengan diri boleh merangkumi:
- Berkhayal
- mimpi malam, termasuk dan terutama mimpi waras ('lucid dreaming')
- Bercakap dengan kuat ("bercakap dengan diri sendiri"), membaca dengan kuat, mengulang apa yang didengar; aktiviti tambahan bercakap dan mendengar (dalam kes ketiga mendengar sekali lagi) apa yang anda fikir, membaca atau mendengar mungkin meningkatkan tumpuan dan pengekalan.
- menulis (dengan tangan, atau dengan satu pemproses kata, dan sebagainya.) Satu fikiran atau pemerhatian-pemerhatian: Aktiviti tambahan, selain memikir, menulis dan membaca sekali lagi boleh meningkatkan kefahaman ("Bagaimana saya tahu apa yang saya maksudkan sehingga saya lihat apa yang saya kata?") dan tumpuan. Ia membantu menyususn pemikiran; di samping itu ia menghasilkan satu rekod yang boleh digunakan kemudian nanti. Menyalin teks untuk membantu menghafal juga jatuh dalam kategori ini.
- Membuat gerak isyarat semasa berfikir: aktiviti tambahan, selain berfikir, badan bergerak, mungkin meningkatkan tumpuan, membantu dalam penyelesaian masalah, dan membantu ingatan.
- Memahami (melihat Karl Weick) contoh. makna peta, teks, tanda (ilmu bahasa), dan simbol
- Penafsiran komunikasi bukan lisan (lihat Albert Mehrabian) contoh. gerak isyarat, hubungan mata
- Kommunikasi antara bahagian badan; contoh. "Perut saya memberitahu saya sudah sampai waktu makan."
[Sunting] Komunikasi dengan diri dalam m impi
Satu contoh yang sangat menarik adalah satu teknik yang baru-baru ini bercorak 'temuduga' watak dalam mimpi seseorang, terutamanya semasa mimpi waras. Dalam keadaan waras, pengelamun sedar bahawa dia sedang bermimpi, dan mampu untuk menyoal, dengan mendalam, watak mimpi, setiap satunya semestinya difahami merupakan sebahagian daripada 'diri' sama ada satu bentuk psikologi atau perasaan atau bentuk lebih saintifik setiap aspek mimpi seseorang itu muncul dari cetusan minda seseorang itu sendiri.