Kampung Gajah
From Wikipedia
Kampung Gajah terletak di tepi tebing kanan Sungai Perak, Perak, Malaysia. Kampung Gajah terletak kira-kira 75 km di barat bandar Ipoh. Bandar Teluk Intan terletak di selatan Kampung Gajah , kira-kira 25 km. Jika anda dari Teluk Intan hendak ke Pulau Pangkor dan Lumut melalui jalan lama, anda akan temui Kampung Gajah.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Hanya orang Melayu
Kampung Gajah merupakan sebuah pekan yang sedang membangun. Secara umum, penduduk Kampung Gajah berbangsa Melayu, tidak ada (atau kurang sekali) Cina dan India seperti bandar-bandar yang lain. Orang Cina ramai di sini sebelum kedatangan JWW Birch dan selepas itu berpindah ke tepian Sungai Perak. Orang Cina berniaga kedai runcit, kedai emas, kedai membeli getah dan penoreh getah di sekitar Kampung Pasir Salak, Selat Pulau dan Kampung Cina di mukim Bandar. Tetapi setelah terjadinya Perang Sabil di Sungai Manik, Perak dan sekitarnya, orang-orang Cina telah berhijrah ke tempat lain seperti ke Teluk Intan, Chui Chak, Langkap dan Setiawan. Di sepanjang Sungai Perak di Daerah Kampong Gajah ini terdapat kampung-kampung tua. Kewujudan kampung ini boleh dilihat sebagai petanda betapa pertempatan telah lama wujud di sini. Kewujudan kampung-kampung ini membuktikan bahawa daerah Kampung Gajah ini amat bersejarah di negeri Perak. Orang Melayu terdahulu amat mengutamakan perusahaan yang diwarisi, jika boleh, hingga kepada anak cucu. Tanaman durian yang diusahakan menjadi bukti usaha mesyarakat mapan untuk manfaat generasi masa kini. Sikap penduduk dahulu amat baik untuk diteladani. Gotong-royong, setiakawan, amanah, tekun, penyabar, sopan santun, dan pembersih: antara sifat baik yang menjadi amalan masyarakat di sini.
[Sunting] Ekonomi
Penduduknya bekerja dalam sektor pertanian: mengutip buah durian dan bersawah padi. Kelapa sawit banyak ditanam hasil kerjasama agensi kerajaan, Felcra. Terdapat juga sebuah kilang vendor Proton yang membekalkan kabel elektrik untuk kereta Proton.
[Sunting] Durian
Kampung Gajah sinonim dengan buah durian, banyak kebun-kebun yang ditanam dengan pokok durian. Pokok-pokok durian ini berusia puluhan malahan ratusan tahun. Antara nama durian yang popular ialah durian Tok Paduka Raja. Antara kampung-kampung yang amat popular dengan tanaman durian ialah Selat Pulau, Kepala Pulau, Pasir Salak dan Pulau Tiga.
[Sunting] Nama Kampung Gajah
Ramai orang luar yang keliru antara Kampung Gajah dengan Batu Gajah dan Alor Gajah. Alor Gajah terletak di negeri Melaka. Batu Gajah terletak di Perak juga.
Ada beberapa versi nama Kampung Gajah ini.
- Kampung Gajah ini mendapat nama kerana banyak gajah di hutan rimba berhampiran dengan Bukit Tunggal, Kampung Gajah. Gajah-gajah ini berkeliaran mencari makan dan makan pokok pisang, umbut kelapa dan buah ketior yang dipunyai penduduk kampung. Oleh itu kawasan ini dinamakan Kampung Gajah.
- Kampung Gajah mendapat nama dari kesan tapak kaki gajah yang banyak dilihat di tepi-tepi sungai dan di dalam sawah-sawah padi. Sebenarnya tapak kaki gajah itu adalah tapak kaki manusia iaitu manusia yang mendapat penyakit untut. Sesiapa yang mendapat penyakit untut, akan mendapati kaki dan tapak kaki menjadi besar dan menggerutu, ada bintil-bintil besar yang menjijikkan. Penyakit untut berpunca dari nyamuk elephantiatis yang banyak terdapat di hutan paya tropika. Jadi pasukan Siam yang hendak menyerang negeri Perak tidak jadi menyerang kerana takutkan banyaknya gajah di kawasan ini.
- Kampung Gajah mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Sang Kelembai ialah makhluk ghaib yang mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada d dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Dalam masyarakat orang Asli di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.
- Nama Kampung Gajah pernah hendak ditukar dengan nama lain kerana perkataan 'kampung' tidak sesuai lagi. Hal ini timbul semasa Dr Mahathir bin Mohamad datang ke majlis Semarak peringkat negeri Perak pada tahun 1986. Namun begitu ramai yang membantah dan tidak ada nama yang sesuai. Sebelum itu nama Teluk Anson ditukar kepada Teluk Intan dan Port Weld ditukar kepada Kuala Sepetang.
[Sunting] Kampung / kawasan
|
|
|
[Sunting] Wakil rakyat
- Kawasan Dewan Undangan Negeri Perak bagi N 49 Kampung Gajah (22,030)
- Mengikut perangkaan SPR , peratus pengundi Melayu : 91.75% Cina : 1.34% India: 4.70% Lain: 2.21%
- Dalam pilihan raya 1999, kawasan ini dimenangi oleh : Datuk Ainon Khariyah Mohd Abas dari (Barisan Nasional) dengan majoriti sebanyak 1,043
- Datuk Tajuddin Abd Rahman (Barisan Nasional) Jumlah Undi: 10,352 Menang
- Mustafa Shaari (PAS) Jumlah Undi: 5,335
- Majoriti pengundi : 5,017 , [[[Jumlah Undi]] : 16,062 , Undi Rosak : 375 dan % Mengundi ialah : 72.97%
[Sunting] Ramli Ngah Talib
Tan Sri Ramli Ngah Talib merupakan bapa pembangunan Kampung Gajah. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Perak yang berasal dari kampung ini. Bolehlah dikatakan Kampung Gajah dibangunkan atas jasa-jasa beliau sebagai wakil rakyat di kawasan ini. Sekarang Ramli Ngah Talib menjadi ahli parlimen Pasir Salak . Kini dilantik sebagai Speaker Parlimen di Dewan Rakyat.
ADUN Kampung Gajah sekarang ialah Dato Tajudin Abdul Rahman.
[Sunting] Budaya
Kampung Gajah dapat dikaitkan dengan beberapa budaya tradisional yang dikaitkan dengan budaya negeri Perak. Antaranya ialah :
- Tarian Dabus
- Hadrah dan Rebana.
- Barzanji
- Silat Sendeng
- Pulut Durian
- Rendang Tok
- Dodol durian
- Pajeri Nanas
[Sunting] Tokoh terkenal
Ada beberapa tokoh yang terkenal berasal dari Kampung Gajah. Daerah kecil Kampung Gajah ini merupakan tempat bersemayam beberapa orang sultan Perak, yang berasal dari sultan di Melaka.
- Megat Terawis dan Sambana
- Dato Maharaja Lela
- Dato Sagor
- Tan Sri Ramli Ngah Talib
- Tan Sri Megat Junid Megat Ayob
- Dr Mat Saat Baki
- Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid
- Shahrom Yub
- Profesor Dr Zaidatul Hawariah bt Lope Pihie , UKM
- Profesor Dr Zaidatul Akmaliah bt Lope Pihie , UPM
- Abdul Samad bin Lope Pihie , KL
- Dato Mahaguru Ibrahim Maohd Zain
[Sunting] Tempat menarik
Beberapa kawasan yang menarik di sini ialah :
- Kompleks Sejarah Pasir Salak
- Bukit Tunggal
- Pulau Indera Sakti
- Pulau Semarak
- Gelanggang Cup Prix
- Kubur JWW Birch di Bandar Baru
- Bengkel Labu Sayung di Pulau Tiga
[Sunting] Pendidikan
Ada beberapa institusi pendidikan di sini iaitu :
- Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah
- Sekolah Kebangsaan Selat Pulau, 36800 Kampung Gajah
- Sekolah Agama Sultan Azlan Shah, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela
- Sekolah Kebangsaan Dato Sagor, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Pusat latihan UiTM cawangan Kampung Gajah
- Kolej Komuniti Pasir Salak
- Maktab Rendah Sains Mara Kampung Gajah, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Institut Bina Semangat, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Yayasan Tekun Nasional, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
[Sunting] Tenaga Nasional Berhad
- Tenaga Nasional Bhd, Simpang Tiga, Kampung Selat Pulau, 36800 Kampung Gajah
- Tenaga Nasional Bhd, No. 9, Kedai PKNP, Jalan Teluk Intan, Bandar Baru, 36800 Kampung Gajah
- Tenaga Nasional Bhd, Jalan Kampung Gajah, MMC Sungai Galah, 31800 Tanjung Tualang
- Tenaga Nasional Bhd, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
[Sunting] Koperasi
- Koperasi Orang-Orang Melayu Kerajaan Skomk HP Bhd
- Koperasi Peneroka-Peneroka Rancangan Felcra Seberang Perak Bhd
- Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak
- Koperasi Bina Bersama Bhd
- Koperasi Gabungan PPPK Daerah Kampung Gajah Bhd
- Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru)
- Syarikat Kerjasama Orang-Orang Melayu
- Koperasi Felcra Tok Peduka Raja Kampung Gajah Bhd
- Pertubuhan Peladang Kawasan Daerah Kecil Kampung Gajah
[Sunting] Pejabat Pos
- Pos Malaysia Bhd , JKR463, Simpang Empat, 36800 Kampung Gajah
[Sunting] Bank
- Bank Islam Malaysia Bhd, Kompleks Pejabat Daerah, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Bank Pertanian Malaysia, Bangunan Felcra, Lbh Paduka, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
- Bank Pertanian Malaysia, Ground Floor, Bangunan Umno Pasir Salak, Jalan Besar, 36800 Kampung Gajah
[Sunting] FELCRA
- Felcra Agro Industry Sdn Bhd , Tapak Semaian Pusat Zon Utara, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
- FELCRA Bhd, Bangunan Felcra, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
- FELCRA Bhd, Sekolah Latihan Felcra, Jalan Sekolah Latihan, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
- Felcra Niaga Sdn Bhd, Bangunan Felcra, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
- Dewan Umno Felcra, Jalan Pekeliling Fasa 2, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
- Kompleks Felcra, Jalan Tanjung Tualang Km 1, 36800 Kampung Gajah
- FELCRA Bhd, Pej. Felcra Bhd, Bendang Besar, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
|
|
---|---|
Daerah-Daerah: Batang Padang | Kinta | Kuala Kangsar | Larut, Matang dan Selama | Kerian | Manjung | Hilir Perak | Perak Tengah | Hulu Perak |