Bantustan
From Wikipedia
Bantustan bermakna "negara kaum Bantu" dalam bahasa Hindi. Ia merujuk kepada kawasan-kawasan penempatan yang disediakan untuk kaum kulit hitam di Afrika Selatan di bawah regim aparteid. 10 bantustan (yang kemudiannya dikenali sebagai "tanah air") telah dibuka daripada tanah rizab pribumi, meliputi 14% kawasan Afrika Selatan. Daripada jumlah ini, 4 mengisytiharkan kemerdekaan iaitu Transkei, Bophutswana, Venda dan Ciskei. Walaupun begitu, kemerdekaan ini hanya nama sahaja sebab ia tidak diiktiraf oleh negara-negara antarabangsa yang lain. Malah, keempat-empat "negara" itu terpaksa begantung kepada kerajaan Afrika Selatan dari segi ekonomi. Rakyat di bantustan-bantustan ini telah hilang hak kerakyatan di Afrika Selatan. Namun demikian, pada tahun 1993, kerajaan kulit putih telah berakhir dan perlembagaan yang baru telah memulangkan hak kerakyatan kepada kaum kulit hitam disana dan kawasan-kawasan "homeland" telah dimansuhkan.