Universiti Nottingham
From Wikipedia
University of Nottingham merupakan salah sebuah institusi pendidikan antara bangsa yang mempunyai kampus di Malaysia. Cawangannya di Malaysia dirasmikan oleh Dato Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 26 September 2005 di Semenyih.
[Sunting] Lokasi
Universiti ini terletak di Ladang Balau, yakni sebuah ladang kelapa sawit yang tidak digunakan lagi di Semenyih. Mulanya, ladang ini ditanam dengan getah sebelum Perang Dunia II.
Universiti ini terletak kira-kira 5 kilometer dari Semenyih menuju ke Broga, satu kawasan yang terletak di sempadan Selangor - Negeri Sembilan. Tempat yang berdekatan ialah Taman Tasik Semenyih, Taman Pelangi Semenyih, Bandar Tasik Kesuma, Bandar Rinching dan Beranang.
[Sunting] Sejarah lokasi
Ramai penduduk Semenyih tidak menyangka sebuah universiti akan dibangunkan juga di Semenyih kerana Broga adalah kawasan komunis pada zaman darurat. Kisah pertempuran tentera British, Regimen Suffolk dan Australia bertempur dengan komunis ada diceritakan dalam novel 'Jungle Green' oleh Arthur Campbell tahun 1953.
Selain itu di sini adalah tempat pembuangan sampah pada tahun 1980-an. Sampah dari sekitar Hulu Langat dan Kuala Lumpur dibuang di satu tempat yang kini dikenali sebagai Taman Tasik Semenyih. Beberapa buah ladang ternakan babi secara haram dan dibenarkan turut pernah beroperasi di sini.
Kerajaan pusat juga berhasrat membina Insenarator di sini. Lantaran itu harga rumah di kawasan ini terjejas teruk. Beberapa pemimpin kampung telah dihantar ke Jepun bagi melihat sendiri akan kebersihan dan keindahan insenarator di Mishima dan lain-lain di Jepun. Ketika itu insenarator hampir pasti akan dibina di sini.
Tetapi setelah kemasukan pelajar ke Universiti Nottingham Malaysia, harga rumah dan sewa rumah meningkat secara mendadak.
[Sunting] Pautan luar
Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | |
---|---|
Negeri: Johor | Kedah | Kelantan | Melaka | Negeri Sembilan | Pahang | Perak | Perlis | Pulau Pinang | Sabah | Sarawak | Selangor | Terengganu | |
Wilayah Persekutuan: Kuala Lumpur | Labuan | Putrajaya |