Ultraungu
From Wikipedia
Sinaran ultraungu atau disebut ultraviolet (UV) merupakan sinaran elektromagnetik yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak. Panjang gelombang untuk sinar UV adalah antara 1-380 nm.
Ultraungu bermaksud "melampaui ungu" dan dinamakan sebegitu kerana cahaya ungu merupakan sinaran terpendek dalam sinar nampak. Sesetengah haiwan (burung, reptilia, dan serangga seperti lebah) boleh melihat sinar UV dekat. Ini adalah kerana kebanyakan buah-buahan, bunga dan bijian kelihatan lebih menyerlah dalam sinar UV berbanding sinar nampak.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |