Tujuh maha dosa
From Wikipedia
Sebahagian dari siri rencana mengenai agama Kristian |
|
|
|
Sejarah Kristian |
|
Tritunggal |
|
Bible |
|
Teologi Kristian |
|
Gereja Kristian Mazhab Kristian |
Tujuh maha dosa ialah satu pengelasan maksiat dalam ajaran-ajaran Kristian awal untuk mendidik dan melindungi pengikut-pengikutnya daripada naluri-naluri asas manusia. Gereja membahagikan dosa kepada dua jenis:
- dosa kecil: boleh dimaafkan melalui upacara suci
- dosa besar: boleh memusnahkan hidup limpah kurnia serta menghadapi penglaknatan kekal, jika tidak dibebaskan melalui sakramen pengakuan dosa.
Bermula dengan awal abad ke-14, kepopularan tujuh maha dosa di kalangan pelukis-pelukis pada masa itu telah mengukuhkan kedudukannya dalam kebudayaan manusia di seluruh dunia. Ketujuh-tujuh maha dosa yang telah diterima secara umum adalah seperti berikut:
- superbia: megah diri atau keangkuhan
- avaritia: ketamakan
- luxuria: keborosan, kemudian nafsu berahi
- invidia: rasa iri hati
- gula: sikap lahap
- ira: kemarahan
- acedia: kemalasan.
Setiap maha dosa mempunyai salah satu daripada Tujuh Sifat Murni Suci yang sepadan.
[Sunting] Pautan luar
- Laman web Seven-Deadly-Sin: Tujuh Maha Dosa
- Rencana mengenai kedudukan Kemalasan yang kurang penting antara dosa-dosa
- Jurnal Whitestone: Tujuh Maha Dosa
- Soal jawab Katolik mengenai Hukum Moral
- Tujuh Maha Dosa di Tempat Kerja
- 7 Maha Dosa, 7 Maha Kemurnian
- PITscan - Alat berdasarkan senarai lapan pemikiran berbahaya yang lebih awal oleh Evagrius
- 7 Maha Dosa (kelucuan dan blog Politik Amerika Syarikat)