Tasik Kenyir
From Wikipedia
Tasik Kenyir yang terletak di Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Ianya merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Tasik ini telah dibina pada akhir zaman 1970-an dan siap pada zaman 80-an. Ianya telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong kesini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan Bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.