Tan Sri Abdul Kadir Yusuf
From Wikipedia
Tan Sri Abdul Kadir Yusuf (1915-1992) adalah seorang ahli politik Malaysia yang terkenal.
Beliau dilahirkan di Parit Sakai, Muar, Johor pada tahun 1915. Sepanjang hayatnya beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Barisan Nasional, Menteri Undang-undang, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara.
Tan Sri Abdul Kadir telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1992. Sebagai pengiktirafan jasa Allahyarham terhadap negara. Jenazah beliau dimakamkan di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Anaknya Mohamed Shah kini menjadi Pengerusi McDonald's Malaysia dan juga Pengasas Tabung Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMCC). Manakala anak bongsunya Datuk Ali Abdul Kadir kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC)