Semoga Bahagia
From Wikipedia
Semoga Bahagia ialah lagu Melayu yang digubah oleh Zubir Said. Zubir Said juga telah menggubah lagu kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura".
Semoga Bahagia merupakan lagu rasmi Hari Kanak-Kanak di Singapura yang dirayakan pada 1 Oktober setiap tahun. Lagu ini menggambarkan nilai-nilai yang perlu dimiliki para remaja, dan juga mendorong mereka untuk menggapai cita-cita mereka, membuktikan nilai mereka kepada dunia dan mendoakan mereka kejayaan dan kebahagiaan.
Lagu ini dengan lirik yang telah diubahsuai untuk Hari Kebangsaan Singapura yang ke-41 boleh dimuat turun di [1].
[Sunting] Lirik
Lirik asal Sama-sama maju ke hadapan Dengan hati bersih serta suci Capailah lekas cita-cita pemudi-pemuda Kalau kita lengah serta lupa Lemah-lembut perangai pemudi Capailah nama yang mulia pemudi-pemuda |
Versi Hari Kebangsaan 2006
Sama-sama maju ke hadapan Dengan hati bersih serta suci Capailah lekas cita-cita pemudi-pemuda Kalau kita lengah serta alpa Suci murni sifatnya pemudi Capailah nama yang mulia pemudi-pemuda |