Sawan
From Wikipedia
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Apakah sawan.
Sawan adalah keadaan di mana berlakunya renjatan eletrik di otak diluar kawal yang mengakibatkan:
- Kekejangan otak
- Mata terbeliak
- Mulut berbuih
- Kancing gigi
- Menggigil
- Tidak sedarkan diri
[Sunting] Apakah sawan demam
Sawan demam adalah:
- sawan yang berlaku apabila suhu melebihi 380C.
- ia biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua demam.
- pada kebiasaannya berlaku kepada mereka dalam lingkungan umur 6 bulan sehingga 6 tahun.
[Sunting] Sebab-sebab sawan demam
Demam terlalu tinggi, kebanyakannya berpunca daripada:
- jangkitan bahagian atas salur pernafasan
- atau jangkitan telinga (penyakit otitis media) dan lain-lain.
[Sunting] Bolehkah sawan berulang
Ya. 30% sawan demam boleh berulang.
[Sunting] Adakah sawan demam mengakibatkan kecacatan otak
Tidak. Kecuali apabila sawan berlaku melebihi 15 minit.
[Sunting] Adakah ia keturunan
Ya. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam semasa kecil, risikonya adalah tinggi.
[Sunting] Adakah ia boleh mengakibatkan Epilepsi?
Hanya segelintir kecil kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsi.
[Sunting] Bagaimana anda mengenali sawan demam?
- Badan terasa panas.
- Badan dan kaki tegang
- Kaki dan tangan mungkin tersentak-sentak tanpa rangsangan
- Mungkin terjatuh
- Mulut berbuih
- Terbuang air kecil
- Tertidur dan tidak sedarkan diri seketika. Apabila terjaga juga kelihatan bingung seketika, kemudian kembali aktif.
[Sunting] Apa harus anda lakukan
- Lakukan mandi berjelum.
- Tanggalkan pakaian, pakaikan baju nipis sahaja.
- Berikan ubat demam (paracetamol) sebagaimana yang diarahkan
Pasangkan kipas atu beri peredaran udara yang baik.
[Sunting] Ketika sawan
- Anda harus bertenang.
- Mengiringkan badan anak anda
- Jauhi barang-barang merbahayadi sekitarnya
- jangan tinggalkan apa-apa di dalam mulut
- Jangan tinggalkan anak anda bersendirian
- Sekiranya serangan sawan berpanjangan melebihi 5 minit, bawa anak anda ke klinik dengan segera.