RPG-7
From Wikipedia
RPG 7 adalah sejenis senjata pelancar roket anti kereta kebal buatan Soviet Union. Di Rusia, ia dikenali dengan nama РПГ-7, dan dikeluarkan secara meluas untuk kegunaan Soviet Union dan sekutunya. Senjata ini juga dieksport dengan meluas dan boleh diperolehi dengan mudah di pasaran gelap.
RPG-7 (Ruchnoy [Handheld] Protivotankoviy [Anti-Tank] Granatomet [Grenade Launcher]-7) 6G3 adalah senjata anti kereta kebal mudah alih yang ditembak ketika dikandar di atas bahu untuk melancarkan sebuah grenad yang didorong tujahan roket. Senjata ini tahan lasak dan mudah digunakan. Ianya juga murah tetapi mempunyai kekesanan yang tinggi. Ciri-ciri ini menjadikannya sistem pelantar roket yang paling banyak digunakan di dunia. Senjata kini digunakan oleh sekurang-kurang 40 buah negara, tidak termasuk pergerakan gerila pembebasan dan juga oleh kumpulan-kumpulan haram.
Senjata ini mula digunakan oleh Tentera Soviet dalam tahun 1961 untuk menggantikan senjata RPG-3 dan satu sistem pelancar dibekalkan kepada setiap skuad pasukan tentera. Konsep asalnya berteraskan sistem roket Bazooka buatan [Amerika]] dan sistem Panzerfaust buatan Jerman.
Senjata ini digunakan dengan meluas di dalam semua konflik. Senjata ini digunakan untuk menembak jatuh 2 buah helikopter MH-60 Blackhawk semasa Pertempuran Mogadishu di Somalia (dikenali di serata dunia sebagai Blackhawk Down). Senjata ini juga digunakan oleh Taliban untuk menentang tentera Amerika dan tentera NATO di Afghanistan.
Model untuk kegunaan tentera payung terjun boleh dipecahkan menjadi du bahagian untuk memudahkan pergerakan anggota payung terjun bergerak ketika mengenakan payung terjun. Type 69 buatan China lebih ringan.
Versi yang dikeluarkan pada tahun 2001 dan sekarang digunakan oleh tentera Rusia adalah versi RPG-7V2 yang boleh melancarkan roket jenis biasa dan juga roket jenis HEAT (High Explosive Anti Tank), dan roket jenis thermobaric (proses di mana bahan letupan menggunakan oksigen daripada udara dan bukannya bahan pengoksidaan di dalam bahan peledak). RPG-7V2 mempunyai sistem pembidik UP-7V dengan kanta teropong untuk membolehkan pengguna membidik sasaran yang jauh.