Radar
From Wikipedia
Radar merupakan kependekan baru digunakan untuk radio pengesanan dan pengukur (radio detection and ranging). Radar merupakan sistem untuk mengesan, mengukur (menentukan jarak) dan memeta objek seperti kapal terbang dan hujan. Gelombang radio yang kuat dipancarkan, dan penerima mendengar untuk gema yang terpesong. Dengan menganalisa signal, pemesong boleh ditemui dan kadang kala di kenal pasti. Walaupun jumlah signal dikembalikan kecil, signal radio boleh dikesan dengan mudah dan diperkuatkan.
Gelombang radar radio boleh dihasilkan dengan mudah pada kekuatan yang diingini, boleh dikesan walaupun dengan kuasa rendah, dan kemudiannya diperkuatkan beberapa kali ganda. Oleh itu, radar sesuai untuk mengesan objek pada jarak jauh di mana cara lain seperti bunyi, daya penglihatan, menjadi terlalu lemah untuk digunakan.
[Sunting] Eletromagnet
Set radar cuba memesongkan gelombang eletromegnet, terutamanya gelombang radio dan gelombang mikro, dari objek sasaran. Pemesongan ini kemudiannya dikesan dengan menggunakan penerima radio.