Peso Mexico
From Wikipedia
Peso merupakan matawang negara Mexico. Ia boleh dibahagikan kepada 100 centavos.
Simbol yang digunakan untuk peso ialah "$", manakala centavos adalah dalam bentuk "¢". Kini, kod ISO 4217nya ialah MXN (sebelum 1993 kod "MXP" telah digunakan). Disamping Mexico, peso juga digunakan dibeberapa negara bekas jajahan Sepanyol yang lain.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Pada asalnya, peso datangnya dari dolar perak Sepanyol, yang dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "pieces of eight" yang dipopularkan dalam kisah-kisah lanun dahulukala.
Peso bermaksud berat, merujuk kepada sifat utama duit syiling tersebut yang mempunyai berat yang tertentu. Lombong bijih perak di Mexico telah membekalkan sumber perak yang mencukupi untuk pembuatan duit peso ini. Selain itu, satu sifat yang penting adalah peso ini mempunyai tepian yang boleh menunjukkan samada duit ini telah diubahsuai atau tidak. Mengubahsuaikan wang peso merupakan amalan biasa kerana dengan mencairkan tepian duit emas atau perak ini, seseorang itu boleh mendapat logam bermutu tinggi. Oleh sebab peso merupakan duit perak tulin dengan berat yang tertentu, agak sukar untuk membuat wang palsu dan ia merupakan matawang yang popular hinggalah kehari ini.
[Sunting] Sistem matawang sekarang
Pada tanggal 1 Januari 1993, Mexico telah menggunapakai matawang baru yang dipanggil nuevo peso ("peso baru", atau MXN). Peso baru ini adalah bersamaan dengan 1000 peso lama MXP yang tidak digunakan lagi. Perubahan ini adalah disebabkan pergolakan matawang yang teruk dan penguncupan nilai matawang yang telah berlaku pada suku akhir abad yang lalu.
Tiga tahun selepas itu, terma nuevo telah ditarik balik dan duit syiling serta wang kertasnya – masih sama dengan isu pada tahun 1993, kecuali ketiadaan perkataan "nuevo" – telah diedarkan. Kod ISO 4217, bagaimanapun, dikekalkan sebagai MXN.
[Sunting] Duit syiling
Duit syiling yang kini dalam edaran di Mexico bernilai muka 10¢, 20¢, 50¢, $1, $2, $5, $10, dan $20. Duit bernilai $50 memang wujud, tetapi ia tidak diisukan sejak 1996 kerana ianya tidak digemari oleh orangramai. Semua duit syiling menampilkan imej berunsurkan kalendar Aztek.
[Sunting] Matawang Kertas
Matawang kertas adalah diisukan dalam denominasi $20, $50, $100, $200, $500, dan sejak November 2004, nota $1000 yang baru. Wang kertas Mexico memaparkan tokoh-tokoh Mexico yang lampau.