Labis
From Wikipedia
Labis adalah pekan kedua terbesar selepas Bandar Segamat dengan anggaran populasi penduduk seramai 20,000 orang. Kaum Cina merupakan penduduk majoriti terbesar di Labis. Labis juga sebuah pekan pertanian dan merupakan pengeluar getah utama di Johor.
[Sunting] Sejarah
Labis, kini Pekan Labis bermula daripada sebuah kampung kecil dimana nama asalnya ialah Kampung Paya Merah. Nama Labis pula diambil dari sejenis rumput yang menjadi makanan kegemaran Labi-labi. Pada awal abad ke-20, Pegawai British telah datang meninjau dikampung ini bagi mencari tempat baru untuk dibangunkan dalam daerah Segamat.
Pegawai British tersebut terkejut apabila ternampak banyak labi-labi kerana beliau tidak pernah melihat haiwan itu sebelum ini. Pegawai tersebut bertanya kepada penduduk kampung apakah haiwan itu dan penduduk kampung menjawab "Labi-labi, tuan". Oleh kerana pegawai tersebut tidak pernah mendengar nama haiwan ini, maka beliau berkata "Labis". bermaksud banyak labi-labi. Selepas daripada peristiwa itu, Pegawai British tersebut menamakan tempat ini sebagai Labis dengan rasminya.