Kuprum(II) sulfat
From Wikipedia
Kuprum(II) sulfat | |
---|---|
Am | |
Nama sistematik | Kuprum(II) sulfat pentahidrat |
Nama-nama lain | Tembaga(II) sulfat Kuprik sulfat Vitriol biru Batu biru Kalkantit |
Formula molekul | CuSO4·5H2O |
Jisim molar | 249.68 g/mol (pentahidrat) 159.58 g/mol (kontang) |
Rupa | pepejal hablur biru (pentahidrat) serbuk putih kekelabuan (kontang) |
nombor CAS | [7758-99-8] |
Nombor EINECS | 231-847-6 |
Sifat-sifat | |
Ketumpatan dan fasa | 2.284 g/cm3, pepejal |
Keterlarutan dalam air | 31.6 g/100 ml (0 °C) |
Takat lebur | 110 °C (− 4H2O) 150 °C (− 5H2O) 650 °C mengurai |
Struktur | |
Geometri koordinatan | ? |
Struktur hablur | Triklinik |
Data termodinamik | |
Entalpi pembentukan piawai ΔfH°pepejal |
-769.98 kJ/mol |
Entropi molar piawai S°solid |
109.05 J.K−1.mol−1 |
Data keselamatan | |
Pengelasan EU | Mudarat Berbahaya bagi persekitaran |
Frasa R | R22, Templat:R36/38, Templat:R50/53 |
Frasa S | Templat:S2, Templat:S22, Templat:S60, Templat:S61 |
NFPA 704 | |
PEL-TWA | 1 mg/m³ (OSHA) |
IDLH (NIOSH) | 100 mg/m3 |
Takat kilat | tidak mudah terbakar |
Nombor RTECS | GL8800000 |
Halaman data tambahan | |
Struktur dan sifat-sifat |
n, εr, dsb. |
Data Termodinamik |
Sifat-sifat semasa dalam fasa pepejal, cecair, gas |
Data spektrum | UU, IM, RMN, SJ |
Sebatian-sebatian berkaitan | |
Kation-kation lain | Kuprum(I) sulfat Nikel(II) sulfat Zink sulfat |
Kecuali dinyatakan sebaliknya, data yang diberikan bagi bahan-bahan adalah pada keadaan piawai (pada 25 °C, 100 kPa) Penafian Infobox dan rujukan-rujukan |
Kuprum(II) sulfat, sebatian kimia dengan formula CuSO4, ialah garam yang biasa bagi kuprum. Kuprum(II) sulfat wujud dalam satu siri sebatian-sebatian yang berbeza-beza dari segi darjah penghidratannya. Kuprum(II) sulfat kontang berbentuk serbuk, manakala kuprum(II) sulfat terhidrat berwarna biru terang. Nama kuno bagi kuprum(II) sulfat ialah vitriol biru.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Penyediaan
Oleh sebab ia terdapat secara komersil, kuprum sulfat biasanya dibeli, dan tidak disediakan di makmal. Ia dihasilkan melalui tindak balas asid sulfurik dengan bermacam-macam jenis sebatian kuprum(II), seperti kuprum(II) oksida dan kuprum(II) karbonat. Tindak balas sedemikian biasanya dianggap sebagai tindak balas asid dan bes.
Kebanyakan kuprum sulfat wujud dalam alam semulajadi dalam bentuk pentahidrat (CuSO4 · 5H2O). Mineral ini dikenali sebagai kalkantit. Kuprum(II) sulfat mengurai sebelum melebur. Bentuk pentahidrat yang lazim ternyahhidrat, iaitu kehilangan empat molekul airnya pada 110 °C dan kelima-lima molekul air pada 150 °C. Pada 650 °C, kuprum(II) sulfat mengurai menjadi kuprum(II) oksida (CuO), sulfur dioksida (SO2) dan oksigen (O2).
[Sunting] Penggunaan
Ia boleh digunakan dalam penyaduran logam bersama kuprum, sebagai racun kulat atau racun herba, atau untuk ujian kimia bagi air (bentuk kontangnya akan menyerap air dan bertukar menjadi biru). Apabila dicampurkan dengan kapur, ia dinamakan larutan Bordeaux. Ia juga digunakan dalam larutan Fehling untuk ujian gula penurun, iaitu gula penurun akan menurunkan ion Cu2+ak biru kepada kuprum(I) oksida merah. Penggunaan-penggunaan lain termasuklah pewarna rambut dan pemprosesan barangan kulit dan tekstil.
Kuprum sulfat juga digunakan untuk menguji darah bagi mengesan anemia. Setitik darah pesakit dititiskan ke dalam bekas yang mengandungi kuprum sulfat, dan jikalau ia tenggelam pada masa-masa yang tertentu, maka pesakit mempunyai tahap hemoglobin yang mencukupi dan tidak menghidapi anemia. Jika titisan darah terapung atau tenggelam dengan sangat perlahan, maka pesakit adalah kekurangan besi dan berkemungkinan menghidapi anemia.
Dalam ujian nyala, ion kuprum memancarkan cahaya hijau-kebiruan gelap, lebih kebiruan daripada ujian nyala bagi barium.
Kuprum(II) sulfat juga sejenis bahan pengering.
Apabila dihangatkan dalam nyalaan terbuka, hablur kuprum(II) sulfat akan terhidrat dan bertukar menjadi putih kekelabuan.
Kuprum sulfat biasanya antara bahan-bahan kimia yang dimasukkan dalam set kimia kanak-kanak dan selalunya digunakan dalam eksperimen-eksperimen pertumbuhan hablur dan penyaduran kuprum semasa sekolah menengah.
[Sunting] Keselamatan
Walaupun kuprum penting bagi kebanyakan organisma hidup, akan tetapi kuprum(II) sulfat adalah beracun.